Pejam celik, tidur bangun, makan minum, rupanya sudah sebulan aku berada di Kuala Lumpur. Menjalani Latihan Industri untuk semester terakhir dan InsyaALLAH untuk mencari rezeki terus di syarikat yang aku jalani LI ini.
Setiap kali sms dengan rakan-rakan atau junior-junior, pasti mereka bertanya, "seronok LI di sana?", "Macam mana, ada apply yang kita study?".
Jawapannya, bagi aku seronok. Sebab sememangnya apply apa yang telah aku belajar di UMP terutamanya part HSE. Banyak perkara-perkara baharu juga yang aku belajar di sini. Sepanjang berada di sini, aku banyak study, Tiap-tiap hari mesti study berkenaan projek yang sedang aku jalankan.
Sudah minggu ke empat ini, aku sudah mula dapat menyerap tekanan yang mula-mula dulu aku terasa. Alhamdullilah. LI kali ini aku sedikit terasa rupanya bukan senang hendak menjadi orang yang berstatus 'engineer'. Statusnya memang macam glmour. Tapi kerja-kerja yang perlu diselesaikan agak rumit rupanya.
Rabu lepas sempat aku menjelajah KL, berjalan-jalan? Tidak. Aku membuat research di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Mencari maklumat-maklumat perlu untuk siapkan projek ini. Kenapa jelajah. Sebab ini kali pertama aku ke PNM, jadi terkial-kial aku mencari jalan ke sana. Alhamdullilah sampai.
Sempat juga aku singgah di KLCC untuk ke Oil & Gas Asia 09(OGA '09). Bagi aku sebagai engineer dalam industri ini, sememangnya peluang yang hebat untuk melihat dan mengintai company-company yang berda dalam industri oil & gas. Acara dwi tahunan ini telah berjaya mengumpulkan lebih 1000 company oil & gas. Memang hebatkan.
Esok, rakan-rakan yang lain akan mula menjalani LI secara official. Aku ucapkan semoga berjaya untuk kalian semua. Apa-apa pun jaga kesihatan dan keselamatan diri. Jangan lupa jaga nama baik universiti. Doakan aku juga berjaya. Ameenn.
khai. M
No comments:
Post a Comment