Chemical Engineering Society (CHEST). Kalau di UMP ini tidak lagi aku perlu perkenalkan. Bahkan universiti lain juga semakin mengenali CHEST (u yang ada cos chemical ja la). Kepimpinan dan kepesatan aktiviti yang telah dijadualkan sepanjang sepenggal kepimpinan menjadi ikutan persatuan dan kelab lain di UMP. Tidak melampau jika aku katakan persatuan lain terutamanya persatuan fakulti sememangnya mencemburui CHEST.
Mudah sahaja untuk berjaya dalam memimpin persatuan ini. Kaedahnya copy, paste and edit (CPE). Aku kira CPE ini selalu juga diamalkan oleh mahasiswa kita. Jadi dalam kepimpinan, kita copy apa yang kepimpinan yang sebelum ini buat, kita paste dengan laksanakan atau jalankan aktiviti tersebut dan akhir kita edit berdasarkan keadaan semasa dan pandangan pelbagai pihak yang telah kita ambil sebelum jalankan sesuatu aktiviti atau program. Itu sahaja. Maknanya jangan abaikan kaedah ini.
Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan tersendiri. Itu sememangnya tidak dinafikan. Sama seperti memimpin negara. Tun Mahathir, Tun Abdullah masing-masing juga mempunyai stail tersendiri. CPE hanyalah pada kesinambungan program yang dijalankan. Bukan pada stail kepimpinan anda.
Bukan aku ingin bercerita mengenai kepimpinan. Entry ini khas untuk Majlis Tertinggi CHEST 2006/2007 yang aku amat kasihi.
Bermula apabila aku di mohon rakan-rakan seperjuangan untuk masuk pemilihan Majlis Tertinggi CHEST 2006/2007. Aku menolak kerana azam aku untuk degree hanyalah menumpukan pada academic dan debat. Namun dek pujukan mereka aku tewas. Untuk membantu CHEST mengekalkan penguasaan sebagai persatuan terbaik aku menerima cabaran tersebut.
Sambil lewa aku mengisi borang dan akhirnya aku di sahkan sebagai calun untuk pemilihan tersebut. Malam manifesto seperti biasa dijalankan di astaka. Dua orang sahaja yang aku benar-benar kenal diantara calun tersebut. Ini kerana mereka semua junior aku. Aku hanya kenal Afifi Zainal dan Yapau Abd Rahim. Mereka berdua ialah rakan sekelas. Calun lain aku tidak beberapa fimiliar.
Namun aku masih ingat janji mereka ketika manifesto, Tuff mahukan sukan CHEST dipertingkatkan. Beliau mahu sediakan jersi untuk CHEST. Yop dan Chot, dua rakyat kedah ini mahu bawakan CHEST menggapai bintang. Zul, lupa pulak. Tiba-tiba blank. Buku yang aku tulis manifesto mereka masih ada, cuma aku sudah angkat barang pulang ke rumah. Tapi malam itu aku masih ingat siapa yang ada.
BKG - Tuff, Azam, Matt Denk dan Busu
BKC - Aku, Pujah, Mughi, Yapau, Afifi, Azimah, Joo Ann, Huda, Chot, Reza dan Yop
BKB - Intan dan Zul
Kerusi diperuntukan hanya 15 sahaja. Maka ada 2 diantara kami yang kecundang.
Keesokan harinya, undi secara manual dijalankan. Pa'an selaku SPR CHEST seperti biasa menjalankan tugasnya dengan cekap dengan dibantu dengan beberapa rakan setugas yang bukan mantan MT.
Malam pengumuman di buat. Aku memang biasa-biasa sahaja. Tidak mengharapkan kemenangan. Sebab kebanyakan pengundi adalah dikalangan junior. Aku tidak beberapa kenal dengan mereka. Tambahan saat pemilihan, final exzam akan tiba. Maka ketika itu sibuk juga untuk kami menghabiskan test 2 dan sebagainya.
Daripada tempat ke 15, Pa'an sebuatkn nama. Namun nama aku tidak langsung muncul. Masuk top 5 nama aku masih belum disebut. Aku fikir, hore, aku kecundang. Tidak perlu untuk aku pikul amanah. Kata Pa'an 'tempat kedua lelaki', aku pandang sekeliling, aku seorang sahaja lelaki yang tinggal. Mohd Khairul Afizan bin Harun. Undian tertinggi, Mahfuzah Mansor.
Rupanya aku ditempat kedua, tertinggal 1 undi dibelakang Pujah. Selang beberapa hari, terjumpa Pujah di cafe. 'Krul, awak jadi presiden la ye'.
Tanpa banyak bicara, aku on sahaja. Apabila berada setinggi itu, aku terus tukar 360 darjah semua pemikiran. Aku yakin, aku akan terbeban. Jadi aku telah mind set minda untuk terima apa sahaja.
Masih ingatkah kalian semua. Meeting pertama aku panggil, namun CHEST belum ada bilik. Kami meeting sahaja di bawaha payung putih. Maka sekalian jemaah menteri dan kabinet baharu berjaya dibentuk hasil muzakrah tersebut. (aku nak panggil payung demokrsi boleh..hehhe).
Sepenggal kepimpinan, banyak suka dan duka terjadi. Kena marah dan tegur oleh aku menjadi perkara biasa oleh kalian semua. Namun teguran kalian juga aku ambil kira.
Aku bersyukur mendapat MT yang begitu komited dalam menjalankan amanah. Paling penting aku senantiasa ingatkan untuk tunaikan janji menifesto mereka. Setinggi ucapan tahniah dan syabas kerana berjaya kita untuk menjadi pasukan dan kepimpinan yang mantap dalam mentadbir CHEST.
Sekalung apresiasi juga aku tujukan buat sekretariat MT yang bertungkus lumus membantu kami mengekalkan CHEST ke arah lebih CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG.
Pujah, Mughi, Zul, Afifi, Yop, Reza, Intan, Matt, Azam, Busu, Chot, Yapau dan Tuff, aku amat menghargai kalian semua. Ingatlah. aku akan cuba untuk kumpulkan kita semua suatu hari nanti. InsyaALLAH.
khai. M
mahukan duit tetap, anda mampu lakukannya
4 comments:
mne nme sy dlam entry nih??
;p
kumpul jgn x kumpul.. huhuhu
to ilham: eh mcm mn plk nm awk nk ade dlm entry ni. awk pn nk wujud x nk wujud ja time 2...hahahaha
to mr final: nnt aku rancang time baik punya utk kumpul..hehehe..insyaALLAH.
niat yang baik insyaAllah dipermudahkan-Nya..Amin.
Gudluck untuk masa depan=)
Post a Comment