Seorang demi seorang rakan-rakan seperjuangan meninggalkan bumi UMP. Tempat segala perit jerih dilalui selama 4 sehingga 6 tahun.
Baru sahaja beberapa minit yang lepas, roomaate aku, Afifi Zainal meninggalkan taman ilmu ini. Semalam Boolat, Yaya, Aainaa, Fariz, Fat, Syahir, Atiq, Yapau dan beberapa rakan yang lain juga meninggalkan UMP. Pagi tadi teman study merangkap Eksekutif Kewangan BEST Pja, pulang ke kampung halaman bersama abangnya.
Rakan-rakan yang lain akan menyusul dalam hari ini atau esok dan hari yang akan datang. Tapi sekarang tidak ramai yang tinggal. Blok I semakin sunyi. Sebelum ini blok ini menempatkan mahasiswa tahun empat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Meriah, kecoh, gelak tawa dan sebagainya.
Mungkin suasana ini biasa sahaja. Namun bagi aku, ia sedikit berbeza dengn cuti-cuti sebelum ini. Kali ini kami belum pasti bila akan berjumpa. Paling awal boleh berkumpul bersama hanayalah pada konvo yang akan datang. Kata pihak pengurusan 3 Oktober 2009.
Kenapa aku masih disini? Aku ingin memberi tugas terakhir kepada UMP. Aku akan menjadi urusetia bagi program Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS). Kali ini akan diadakan di Kelantan.
Detik-detik akhir ini aku cuba untuk abadikan dengan sebaik mungkin keran aku sendiri belum pasti cukupkah umur aku untuk bersama rakan-rakan yang lain. Beberapa saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun ini pelbagai perkara boleh berlaku. Aku juga ingin semakin rapat dengan MAHA PENCIPTA.
Aku ucapkan terima kasih kepada semua. May ALLAH bless us.
khai. M
1 comment:
Good Luck & All da best... :D
Post a Comment