Tidak banyak yang aku boleh coretkan. Hanya sepi meneman hari. Orang disana juga diam sahaja. Aku juga tidak tahu bagaimana mahu bertanya. Risau juga.
Ada sedikit lagi kerja-kerja yang perlu di bereskan. Thesis kawan-kawan semua sudah Iman tolong setelkan. Akaun juga, aku dan Iman sudah update semuanya. Tinggal hanya serahkan pada Dany dan Abu Zar untuk semester yang akan datang. Insyaallah mereka mampu untuk lakukan walau dalam sibuk mentelaah pelajaran.
Pesanan untuk rakan yang sedang bercuti. Jangan lepak sahaja dirumah, tolonglah ibu bapa. Jangan buat aktiviti besarkan badan sahaja. Kelak diri merana. Aku ingatkan diri sendiri juga.
Hari ini aku berangkat ke Kelantan selama seminggu. Ada sedikit hal disana. Insyaallah, 13 Mei kembali semula ke bumi UMP untuk mengambil barang-barang yang masih ada.
Untuk adik Orator sekalian, maaf aku tidak dapat bersama untuk sesi latihan kali ini. Aku yakin lain masa dan ketika kita dapat bersama.
Sebelum terlupa, tahniah buat Mohd Adam Salam kerana baharu sahaja memenangi Naib Johan pidato belia Negeri Pahang. Teruskan berusaha mengasah bakat yang ada. Anda mampu lakukannya.
Selamat bercuti rakan-rakan. Semoga LI nanti memberi kita wadah dunia sebenar.
khai. M
No comments:
Post a Comment