Coretan kali ini dan selepas ini pasti akan banyak berkisar tentang LI. Kali kedua aku LI. Tapi kali ini sedikit berbeza. Mungkin tidak lagi aku ke plant seperti LI dahulu. Tapi itu hanyalah ramalan sahaja. Aku pun masih belum tahu apakah tugas atau projek yang akan aku siapkan ketika dalam LI kali ini.
Doa kalian aku pohon agar aku dapat buat yang terbaik dan mendapat peluang untuk terus bekerja dn mencari pengalaman yang beharga. Tapi sebenarnya doa aku sendiri lebih afdal untuk minta dengan maha pencipta. Teringat aku dalam ceramah seorang ustaz yang mengatakan lebih kurang begini, 'anak dia nk exam, dia suruh orang sana doa, orang sini doa, anak itu lah yang lebih afdal doa mintak dengan ALLAH'. Maknanya doa aku lagi afdal la kan. Tapi doa kalian menguatkan lagi permohonan aku terhadap ILAHI.
Walaupun LI telah hendak bermula, hati masih terus gundah gelana. Masih ada perkara yang belum dapat disetelkan di UMP. Hati memang kecewa. Tapi aku terus kuatkan semangat dan katakan pada diri sendiri, ada hikmah disebaliknya. Apa yang penting aku berusaha daripada sekarang.
Banyak perkara yang aku ingin coretkan. Tapi mood menulis belum ada lagi sejak tiba di KL ini. Ada sedikit rindu pada famili dan rakan-rakan. Tapi aku yakin suatu hari nanti kita pasti bertemu kembali. Insyaallah.
Untuk rakan-rakan yang sudah mula LI, buat sehabis baik. Dan yang masih dirumah bersabar menantikan hari yang di nanti.
Insyaallah jika berkelapangan, aku akan sentiasa update laman ini. Boleh kita semua berkongsi rasa dan cerita.
khai. M
1 comment:
saya pun tgh LI...dah abes separuh...hoho
Post a Comment