Thursday, May 28, 2009

Aku Mahu Jadi Kaya

Kalau bercakap pasal kaya, mesti semua orang akan terbayang-bayang pasal duit. Betulkan? Tak perlu nak beralasan itu dan ini. Tidak kira lelaki atau wanita, muda atau tua mesti dan pasti terbayang-bayang not bewarna-warni.
Mesti juga ada yang jawab, kaya tidak semestinya duit, mungkin kaya budi pekerti, kaya ilmu agama atau sebagainya. Betulkan?Tapi kali ini aku nak bercakap mengenai kaya di dunia. Kawan semua tak nak jadi kaya? Zuhud betul kawan-kawan aku ini. Jangan kufur nikmat kalau ALLAH mahu bagi kita rezeki. Tapi yang pasti aku mahu jadi kaya. Aku sedang berusaha untuk menjadi kaya. Tidak percaya. Kalau nak percaya dan nak tahu bagaimana caranya, boleh hubungi aku. Aku akan berkongsi dengan kawan-kawan semua. InsyaALLAH aku tidak akan kedekut ilmu. Apa? Sebab aku dah mula untuk bekerja. Tidak lah. Betul dan benar. Memang aku sudah mula bekerja. Tapi kawan-kawan rasa, kalau bekerja makan gaji boleh jadi kaya? Bagi aku tidak. RasulALLAH bersabda 9/10 daripada rezeki ialah perniagaan. Maknanya kita mesti berniaga. Tidak kira dimana anda berada, saya akan cuba untuk berkongsi perkara ini dengan kawan semua. Entry pun pasal kaya, maka aku masukan juga, senarai terbaru 10 individu terkaya Malaysia. Seorang sahaja yang seagama dengan aku. Tan Sri Syed Bukhari. Jom kita terjah. Aku doakan khai. M jadi kaya seperti mereka. Ameen. p/s : Masih kecewa dengan kekalahan MU. khai. M

Tuesday, May 26, 2009

Halal

Entry yang ke 80 dalam laman ini akan bercerita tentang makanan halal. Makanan merupakan satu element penting dalam hidup kita. Tanpa makanan kita akan kebuluran. Orang cakap hidup kita untuk makan dan ada juga yang berkata makan untuk hidup. Tapi kedua-dua nya membawa makna pentingnya ada makanan untuk makan. Tapi adakah kita sedar bahawa dalam zaman semakin canggih yang mana kita terpaksa mengejar teknologi, sehinggakan ada yang hampir tidak perasan untuk memilih makan yang halal. Makanan yang kita makan akan sebati dalam diri dan akan menjadi darah daging kita. Apakah anda fikir, kita akan mendapat zuriat yang halal jika makanan yang kita makan bercampur dengan perkara haram. Adakah anda terfikir, ibadah anda diterima ALLAH jika kita makan makanan yang tidak halal. Makanan yang di buat menggunakan teknologi terkini juga ada campuran bahan tidak halal. Sebagai hamba ALLAH, adalah wajib untuk kita mencari makanan yang halal daripada sumber yang halal. Suka untuk aku berkongsi kod babi yang mengandungi dalam makanan kita yang pernah tersebar dalam internet dahulu. Click sahaja disini . Maka aku mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan yang lain untuk menggunakan produk halal dan makanlah makanan yang halal. khai. M

Saturday, May 23, 2009

Pi mai, Pi mai, Tang tu

Hari sabtu, hari bercuti. Sepatutnya tidur. Tapi aku tidak selesa untuk tidur berlebihan. Lalu untuk membuang masa, aku pun update laman ini. Suka untuk aku berbicara sedikit mengenai politik semasa. Setelah sekian lama aku memerhatikan politik Malaysia yang semakin rosak. Punah. Busuk. Terkeluar daripada landasan perjuangan dan sebagainya.
1. Politik Perak menjadi semakin tidak stabil. Kita sebagai rakyat masih belum dapat untuk hidup senang dan meneruskan kehiduapn harian jika pemimpin kita terus bermain putar belit ke sana kemari. Lepas keputusan. Tiba pula keputusan lain. Lepas rayuan, datang pula rayuan lain. 'Pi mai Pi mai, Tang tu'. Saranan kepada pemimpin terlibat, cukup lah, berhenti untuk membuat segala muslihat politik. Kembali ke perjuangan asal. Satu sahaja cara terbaik untuk meyelesaikan masalah ini. Bubarkan Dewan Undangan Negeri. Itu sahaja jawapan daripada kami untuk para pemimpin yang kami hormati. 2. Pilihanraya Penanti. Kali ini BN tidak melatakan calunnya. Itu sahaja aku ambil tahu untuk PRK kali ini. Bertanding di kerusi Penanti ini hanya PKR dan beberapa calun bebas yang aku sendiri pun tidak tahu daripada munculnya mereka. Harap mereka yang bebas ini benar-benar bebas dan bukan di taja oleh mana-mana pihak. 3. Manek Urai. Nama manek sama dengan panggilan untuk Iman. Tapi tidak ada kaitan langsung dengan beliau. Alfatihah untuk penyandang kerusi ini kerana telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam. Apa yang pasti dan mesti, satu lagi PRK akan berlangsung di Kelantan. Aku cuma harapkan semua parti politik yang bakal bertanding untuk lebih berintegriti dalam memilih calun dan juga gerak kerja untuk undi mereka. Harap yang menang itu ISLAM. p/s: - Alfatihah untuk Allahyarham Ustaz Ahmad bin Nihad yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam kerana penyakit lukemia. Beliau merupakan ustaz ketika aku di SMA Al-Ihsan. Semoga roh beliau ditempatkan diakalangan orang yang beriman. - Selamat datang kepada Pijan yang baharu sahaja menjadi salah seorang blogger di Malaysia. Welcome. khai. M

Thursday, May 21, 2009

Hari 4

Hari ke empat. Susah juga mahu absorb diri dalam office ini. Bukan sebab engineer di sini tidak mesra. Atau tidak ada kerja. Tapi sebab aku asyik mengantuk sahaja. Tiba jam 2 hingga 4 petang, memang waktu kritikal mata aku. Mungkin sebab time study dulu sempat aku 'tidur seketika' sebelum ke kelas jam 2-4 petang. Aku pun pelik juga, sedang tekan calculator, mata aku masih sempat untuk terlelap. Pelik sungguh. Adakah kerana peningkatan usia. Oh tidak. Aku masih kekal muda. Tapi mungkin dalam seminggu dua ini aku akan mula serasi dengan keadaan disini. Insyaallah. Kadang-kadang aku pun tidak ada idea untuk update laman ini. Aku tidak suka sangat asyik mahu menulis pasal LI ini. Nanti aku cari idea untuk kita bincang perkara-perkara yang lagi ilmiah. Baharu dapat untuk berkongsi ilmu. Terima kasih untuk rakan-rakan yang sedang bersantai di rumah yang sudi melawat laman ini. Keep in touch. khai. M

Tuesday, May 19, 2009

Pusing-pusing

Semalam hari pertama aku LI. Untuk makluman semua memang benar sangkaan aku. Tidak meleset. Kali ini assigment aku agak mencabar.
Mana tidaknya, kalau dalam kelas dengan Puan Siti Zubaidah pun, hari pertama tidak diberikan kerja untuk buat calculation, tapi di company ini, hari pertama pun sudah kena buat calculation.
Pusing-pusing sekejap otak aku. aku tersenyum-senyum sahaja. Bukan sebab tidak tahu untuk buat, tapi rasa macam dalam kelas juga. Aku relaks sahaja.
Semalam aku mencari equation yang berkaitan akau aku cari nilai VCE ini. Siapa yang stduy safety mesti tahu apa VCE. Hari ini aku try pula untuk apply semua rumus yang ada.
Cuma peringatan daripada penaja (aku la), lecturer aku di FKKSA yang mengajar safety akan aku jadikan rujukan. Maka tunggu masa sahaja untuk aku menelifon mereka jika aku tidak dapat mengenal pasti untuk meyelesaikan equation ini.
khai. M

Sunday, May 17, 2009

LI Mali

Coretan kali ini dan selepas ini pasti akan banyak berkisar tentang LI. Kali kedua aku LI. Tapi kali ini sedikit berbeza. Mungkin tidak lagi aku ke plant seperti LI dahulu. Tapi itu hanyalah ramalan sahaja. Aku pun masih belum tahu apakah tugas atau projek yang akan aku siapkan ketika dalam LI kali ini. Doa kalian aku pohon agar aku dapat buat yang terbaik dan mendapat peluang untuk terus bekerja dn mencari pengalaman yang beharga. Tapi sebenarnya doa aku sendiri lebih afdal untuk minta dengan maha pencipta. Teringat aku dalam ceramah seorang ustaz yang mengatakan lebih kurang begini, 'anak dia nk exam, dia suruh orang sana doa, orang sini doa, anak itu lah yang lebih afdal doa mintak dengan ALLAH'. Maknanya doa aku lagi afdal la kan. Tapi doa kalian menguatkan lagi permohonan aku terhadap ILAHI. Walaupun LI telah hendak bermula, hati masih terus gundah gelana. Masih ada perkara yang belum dapat disetelkan di UMP. Hati memang kecewa. Tapi aku terus kuatkan semangat dan katakan pada diri sendiri, ada hikmah disebaliknya. Apa yang penting aku berusaha daripada sekarang. Banyak perkara yang aku ingin coretkan. Tapi mood menulis belum ada lagi sejak tiba di KL ini. Ada sedikit rindu pada famili dan rakan-rakan. Tapi aku yakin suatu hari nanti kita pasti bertemu kembali. Insyaallah. Untuk rakan-rakan yang sudah mula LI, buat sehabis baik. Dan yang masih dirumah bersabar menantikan hari yang di nanti. Insyaallah jika berkelapangan, aku akan sentiasa update laman ini. Boleh kita semua berkongsi rasa dan cerita. khai. M

Thursday, May 14, 2009

Terima Kasih

Seminggu berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seminggu juga tanpa internat. Seminggu juga aku tidak dapat menjenguk laman ini. Baharu sahaja tiba lewat tengah malam semalam. Dengan hujan yang maha lebat sedikit mengurangkan kelajuan Nissan Latino 1.6 Edaran Tan Chong Motor(kata Ali UM). Hari ini, hari terakhir di UMP. Sekejap lagi aku akan check out bilik yang meninggalkan kenangan abadi sepanjang aku disini. Aku ingin mengambil kesempatan ini memohon ribuan maaf kepada semua yang mengenali dan pernah bekerjasama dengan aku sepanjang di KUKTEM aka UMP ini. Moga perkenalan dan persahabatan yang ada terus berkekalan sehingga akhir hayat Khas untuk MT Chemical Engineering Society, terus memartabatkan dan gemilangkan CHEST di seluruh pelusuk tanah air. Khas juga untuk adik-adik Orator, teruskan perjuangan kalian dalam dunia perdebatan. Aku berdoa agar kejayaan menanti di masa depan hasil jerit perih di masa kini. Buat staff FKKSA, terutamanya Dr. Mimi(deputy dean), Mdm. Jun, Mr. Rozaimi dan semua pensyarah yang pernah aku kenal mahu pun tidak, halalkan semua ilmu kalian terhadap aku. Terima kasih buat semua. Jumpa kalian di puncak kejayaan.

Thursday, May 7, 2009

Awal Pagi

Tidak banyak yang aku boleh coretkan. Hanya sepi meneman hari. Orang disana juga diam sahaja. Aku juga tidak tahu bagaimana mahu bertanya. Risau juga. Ada sedikit lagi kerja-kerja yang perlu di bereskan. Thesis kawan-kawan semua sudah Iman tolong setelkan. Akaun juga, aku dan Iman sudah update semuanya. Tinggal hanya serahkan pada Dany dan Abu Zar untuk semester yang akan datang. Insyaallah mereka mampu untuk lakukan walau dalam sibuk mentelaah pelajaran. Pesanan untuk rakan yang sedang bercuti. Jangan lepak sahaja dirumah, tolonglah ibu bapa. Jangan buat aktiviti besarkan badan sahaja. Kelak diri merana. Aku ingatkan diri sendiri juga. Hari ini aku berangkat ke Kelantan selama seminggu. Ada sedikit hal disana. Insyaallah, 13 Mei kembali semula ke bumi UMP untuk mengambil barang-barang yang masih ada. Untuk adik Orator sekalian, maaf aku tidak dapat bersama untuk sesi latihan kali ini. Aku yakin lain masa dan ketika kita dapat bersama. Sebelum terlupa, tahniah buat Mohd Adam Salam kerana baharu sahaja memenangi Naib Johan pidato belia Negeri Pahang. Teruskan berusaha mengasah bakat yang ada. Anda mampu lakukannya. Selamat bercuti rakan-rakan. Semoga LI nanti memberi kita wadah dunia sebenar. khai. M

Bahaya!! Ancaman Flourida

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI? Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

APA ITU FLUORIDA? Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan. khai. M

Wednesday, May 6, 2009

Hampir Siap

Hampir siap!! Kerja-kerja baik pulih sudah hampir siap. Mungkin lepas ini kerja-kerja ini jarang dilakukan. Lepas ini Latihan Industri akan bermula. Tinggal 12 hari sahaja lagi sebelum aku akan berpindah ke KL pula. Ops..sebelum terlupa, sebentar nanti, perlawanan antara MU vs Arsenal. Jom kita pakat sokong MU. MU Forever!!! khai. M

Monday, May 4, 2009

Under Maintenance

Under Maintenance We are currently performing scheduled maintenance. We will be back soon!

Sunday, May 3, 2009

GIGGS terima anugerah lagi

Anugerah tertinggi Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) itu adalah satu-satunya pengiktirafan yang belum pernah dimenangi pemain bola sepak England itu yang paling banyak memenangi pingat sejak muncul buat kali pertama bagi Manchester United dalam Mac 1991.Meskipun sudah mencecah 35 tahun, Giggs masih kekal menjadi pemain penting bagi United yang sedang memburu empat kejuaraan musim ini.

United telah pun memenangi dua daripadanya - Piala Dunia Kelab dan Piala Liga - dan masih bersaing untuk mempertahan mahkota Liga Perdananya dan Liga Juara-Juara.

Giggs, yang mempunyai kontrak dengan United hingga Jun 2010, telah memenangi 10 kejuaraan Liga Perdana, dua Liga Juara-Juara, empat Piala FA dan dua Piala Liga - kesemuanya bersama United.

'Ini yang terbaik sekali kerana ia adalah pilihan rakan seperjuangan yang merupakan pemain bola sepak,' kata Giggs di majlis yang diadakan di London itu.

'Saya agak bertuah telah memenangi banyak trofi. Saya memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik sebanyak dua kali, tetapi ini yang paling besar.'

Bekas pemain antarabangsa Wales itu telah memecahkan rekod penampilan paling banyak untuk United semasa United mengalahkan Chelsea dalam final Liga Juara-Juara pada Mei lalu, mengatasi Bobby Charlton yang telah mewakili United sebanyak 758 kali.

Meskipun Giggs hanya 12 kali disertakan dalam kesebelasan pertama United dalam liga musim ini kerana kelincahannya sudah mula kendur, beliau dialihkan daripada posisi pemain sayap kepada peranan di tengah padang dan masih merupakan pemain regular dalam skuad United untuk semua pertandingan.

'Ini satu musim yang menarik,' kata Giggs.

'Saya fikir ia persaingan yang akan berterusan hingga ke perlawanan akhir. Terdapat satu demi satu perlawanan-perlawanan yang besar. Itulah yang anda mahu dan perlukan di sebuah kelab seperti Manchester United.'

Giggs juga adalah antara lima pemain United di kalangan enam pemain yang dicalonkan dan beliau telah memuji pengurusnya, Sir Alex Ferguson, 67 tahun, yang telah berada di Old Trafford sejak 1986.

'Pengurus itu telah memainkan peranan besar sekali dalam kerjaya saya sejak pertama kali saya menemuinya ketika berusia 13 tahun,' kata Giggs.

Ferguson pula berkata, Giggs, yang dilahirkan di Cardiff, bukan sekadar menerima anugerah itu kerana sebab-sebab sentimental.

'Susah hendak dipercayai bahawa beliau telah berada pada tahap teratas sekali untuk sekian lamanya,' kata Ferguson.

Giggs adalah antara enam pemain United yang dipilih untuk pasukan Liga Perdana PFA. Yang lain ialah penjaga gawang, Edwin van der Sar; pemain pertahanan, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Patrice Evra; dan pemain sayap, Cristiano Ronaldo.

Melengkapi senarai itu ialah pemain pertahanan Portsmouth, Glen Johnson; Steven Gerrard dan Fernando Torres dari Liverpool; penyerang Chelsea, Nicolas Anelka; dan pemain sayap Aston Villa, Ashley Young, yang turut dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik. / AP

khai. M

rahsia pendapatan lumayan

mahukan duit tetap, anda mampu lakukannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...