Thursday, December 23, 2010

Hujan

My PC @ MV
0853
17 Muharram 1432 H / 23 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Memang seronok la hujan. Daripada semalam sehingga pagi ni. Macam tak nak bangun aje. Bukan senang nak merasa hujan di tanah shah alam ni. Duduk di pantai timur hujung tahun memang la musim tengkujuh.

Bila hujan macam ni, teringat pula time study dulu.  Hujan lebat gila, nak pergi kelas macam mano. Duduk di KK2. Boleh lencun juga kalau naik motor. So tak boleh nak menunggang CBL 7262. Terpaksa menumpang kawan-kawan. Biasanya fariz la menjadi mangsa. Agak-agak fariz pakai kancil dia lagi tak? Gaji dah bosar la ni. Tak kan kereta tak tukar.

Itu aja. Terima kasih fariz.  


Wednesday, December 15, 2010

Puasa 9 & 10 Muharram

My Laptop @ TSMSS25
0702
9 Muharram 1432 H / 15 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Kelebihan puasa muharam ini antara lain ialah Allah mengampunkan dosanya pada setahun sebelumnya. Marilah kita berpuasa dan dapatkan segala fadhilat yang ada.


Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).


~khai. M~ 

Tuesday, December 14, 2010

RJ Buat Hal Lagi

My PC @ MV
0845am
8 Muharram 142 H / 14 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Pernah aku buat entry pasal mamat ni. Semalam dia buat hal lagi. Siap pakai nama manager lain konon. Apa da. Nasib baik beliau tua daripada aku. Kalau tak, lama dah aku hempuk kepala dia. Sebab soalan bodoh dia la. 

Selama aku buat technical part, baca sepc from customer and others, F51 tidak pun bermaksud metal seat. Nasib baik ada hormat lagi aku pada orang tua.

Kalau macam ini lah perangai orang yang lebih tua. Tak menunjukan contoh yang baik kepada staf lain. Dia hanya tahu ampu boss dan sebagianya. Sebab time dia dia nak sound orang semua boss dia akan CC. Tunjuk dia paling bagus la. Ada aku kisah. Aku tak reply pun email dia. Buat bodoh.

Aku nak tunjuk email dia yang 1st time dulu:

Tolong la kawan-kawan… Tolong la. Saya tujukan pada kita semua (bukan pada Khairul Afizan shj): Kita semua mesti tak suka kena sound kan. Tapi kalau kualiti kerja kita macam ini, sedangkan kita tahu kita boleh buat yang lebih baik, memang kita akan kena sound. Jadi terimalah teguran dgn hati yang terbuka dan tunjukkan pada diri kita sendiri kita boleh perbaiki diri. Cuba bayangkan perasaan org lain yang menerima hasil kerja macam ni. Kalau la cukup 40 kali kena maki dgn org yg teraniaya, silap-silap makbul.
Terus-terang saya tak tau nak cakap apa lagi dah. Semoga Allah Ta’ala memberi rahmat dan petunjuk kepada kita semua.

Sebenarnya semua orang pun nak buat kerja yang terbaik. Salah sebenarnya tidak lah sedikit sahaja daripada draftman. Tapi aku juga dia tujukan. Tak mengapa pakcik RJ. Sabab beliau nak tunjuk alim kan. ALLAH pun makbul doa orang yang beliau selalu nak kenakan.

Tapi yang aku tak faham. Kenapa dai tak puas hati sangat dengan aku. Aku tak pernah pun sakitkan hati dia. Pelik kan. Pak cik. Pak cik.







~khai. M~

Saturday, December 11, 2010

P1 WiMax PENIPU

My Laptop @ TSMSS25
1653
5 Muharram 142 H / 11 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t



Hangat tak tajuk di atas sana. Tak? Tapi bagi aku sangat hangat.

Macam ni, alkisahnya bulan lepas, aku pergilah ke I.T Rock PC Fair di stadium melawati shah alam. Sengaja nk window shopping. Sebab memang xda barang pun nak beli. Just nak nengok gudget-gudget baharu ja.

Seorang kawan ni pun bagi tahu, PI ada buat promosi la ni. Sape yang pakai RM 49 per month boleh add on Broadband dengan harga RM 30 per month.

Alkisah, ada la P1 di tempat PC Fair tersebut. Maka bertanya lah aku mengenai promosi yang sahabat aku cakapkan. 

Pung pang pung pang bla bla bla...aku pun setuju nak ambil tapi pakai nama member aku sebab BB ni just boleh add on untuk mereka yang sedia ada. so dengan penuh yakin mereka pun cakap. "NO HIDDEN FEES. JUST RM 30 WILL ADD TO YOUR BILL FOR NEXT MONTH". 

Suka la aku. Sebab aku memang nak terminate BB celcom yang mecam beruk siput ni. Bermula eposid aku pakai P1. Lembab die sama juga macam celcom Berukband broadband. Tapi kadang-kadang ada la laju juga. Better la daripada yang celcom. 

Kelmarin, sebab dah aku pakai atas nama sahabat tersebut, dengan senang dan tenang hati, aku pun bertanya la RM berapa bill untuk last month. Susah hati dis cakap RM 160. WTF. OMG. Pelik. Cakapa just RM 30 will add to your bill. 

Aku pun call billing department P1 ni. Bla bla bla pung pang pung pang. Operator dengan senang hati berkata. "May be that promoter give you wrong info, based on P1 term & condition you need pay for registration and activation fees which is RM111 plus RM 49 for your previous subscription. So you need to pay RM 160".

Aku pun geram la. P1 yang salah bagi info pada promoter mereka. Aku pulak yang jadi mangsa. Tunggu masa. Aku nak pergi terminate kan aja P1 ni. Memang haram. P1 makan duit haram.

P1 PENIPU.

~KHAI. M~



Friday, December 10, 2010

JANJI MEREKA



My Laptop @ TSMSS25
2313
4 Muharram 142 H / 10 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Kalau di akhbar arus perdana memang tak akan berjumpa sudah pasal isu-isu harga ni. Pelikan. Mana pergi rasa simpati mereka terhadap rakyat jelata. Yang miskin terus papa, yang susah tidak terbela, yang kaya berjaga-jaga sebab takut harta di hilang sekelip mata.

Kerajaan selalu berjanji itu dan ini. Hari ini berjanji tak akan naik tarif elektrik. Kita tengok sampai bila kerajaan nak cakap tak serupa bikin. 

Pelikan. Macam boleh menteri-menteri terbabit seolah-olah bagi jaminan barangan keperluan ini tidak akan naik harga.

1. Adakah mereka ini tidak buat kerja?
2. Adakah mereka ini sibuk berpolitik semata?
3. Adakah sebab yang buat research orang lain, beliau sekadar baca report.
4. Kerana memang tak ambil tahu pun sebenarnya pasal permasalahan rakyat.

Mungkin terlambat untuk aku bercerita pasal barang-barang naik harga ni. Tapi sengaja aku nak kasi tahu pada semua aku memang tidak puas hati dengan pentadbiran sekarang. Setakat aku ingat, dah dua kali harga naik diam-diam. Kenapa? Mereka semua perlu jawab.

Tengok sahaja berita di bawah. Apa janji menteri terbabit. Bukan paper 3 tahun lepas. Paper tahun ni. Tapi, naik juga. Lidah bercabang dan cakap tak serupa bikin. Panas !!!. Sorry aku tak edit pun pic ni. Aku ambil dari blog mana entah. Sorry la ya.

So korang semua. Apa lagi. UBAH SEKARANG !!!




~khai. M~

Saturday, December 4, 2010

Empat (4) Sekawan

28 Zulhijjah 1431H/4 December 2010 1206 My Room @ PBIK
Assalamualaikum w.b.t Memang menarik dan hangat berita yang keluar hari ini. Pasal 4 sekawan yang yang tiba-tiba harganya naik. Memang benar slogan yang dilaung-laungkan dalam 1 Malaysia.
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN
Maka pada pemahaman aku, hari semua rakyat telah didahulukan untuk merasai kenaikan yang tidak seiring dengan pendapatan masing-masing. Sebenarnya mahu sahaja aku membuat anlisa berkitan kenaikan harga 4 sekawan ini sejak daripada zaman Pak Lah sehingga zaman Najib.
Tapi aku tidak menyimpan data-data berkenaan. Harap aku akan berjumpa dengan data berkenaan untuk membuat analisa lengkap. Nak tengok macam mana seksa nya aku sebagai penduduk Malaysia yang dipenuhi dengan kekayaan sendiri. Mari kita server kata-kata orang yang berkenaan: Bagus jawapan beliau kan? Kalau nak cari dalam utusan meloya dengan berita hairan memang tidak menjadi tajuk utama la. Aku rasa macam tak lama dah kerajaan sekarang ni.
~khai. M~

Thursday, December 2, 2010

PENDEK

My PC @ MV 1830 26 Zul Hijjah 1431 H / 2 Dec 2010 Assalamualaikum w.b.t
December
Dah masuk bulan december rupanya. Bulan terakhir dalam rutin kitaran tahun masihi. Cepatkan masa berlalu. Mean dah masuk bulan ke 6 aku bekerja d company. Syukran Ya ALLAH.
Pilihan Raya
Signal PRU dah PM berikan. Sebab sebelum ni pun pernah kalau tak silap aku UMNO 'drag' pemilihan mereka sebab ada PRU. Nantikan kejutan daripada PM Malaysia.
AIR
Ahad ini 5 Dec 2010, moh kita ramai-ramai pakat turun ke masjid negara. Hantar memo pada KDYM Agung. Kita semua mesti dapatkan semula perkara asas dalam kehidupan kita. Baik ahli UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, AKIM ke semua pakat turun sebab jangan tipu diri sendiri. Korang semua guna air tiap-tiap hari. Tak kan korang nak bagi satu keturunan sahaja untung. Kita patut sama-sama untung.
~khai. M~

Wednesday, November 24, 2010

Valve 1

18 Zulhijjah 1431H/24 November 2010 2248 My Room @ TSM SS25 ____________________________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t Edisi Ilmu. Sebab aku kerja di kilang buat Valve. Jadi aku kongsi lah berkaitan valve disini. Valve merupakan satu alat (device) yang biasa digunakan untuk mengawal berkenaan pergerakan seperti pengaliran minyak, gas, air dan sebagainya. Valve di dalam BM dipanggil Injap (mcm xsedapkan). Valve penting dalam industri pada hari ini. Kebanyakan indsutri menggunakan valve terutamanya dalam industri oil & gas. Valve akan mengawal pergerakan aliran bendalir di dala paip yang disambungkan. Valve terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya: Ball Valve Gate Valve Butterfly Valve Globe Valve Check Valve Floating Valve Emergency Shut Down Valve dan lain-lain. Cukup setakat ini sahaja dahulu. Sukar untuk aku menaip dalam BM benda alah ni semua. Sebab ada term-term yang tak sesuai. Aku sambung lagi nanti. Adios.
~khai.M~

Monday, November 22, 2010

R

16 Zulhijjah 1431H/22 November 2010 2300 My Room @ TSM SS25 ____________________________________________________________________ Assalamualaikum w.b.t
Bila dah kerja, politik kerja pun bermula. Kalau kita buat tak tahu tak boleh. Nak ambil tahu rasa meluat. Al-kisah la, ada sorang pakcik ni. Aku namakan R. Ciri-ciri beliau: Nama : R Jawatan : Kuli Je Department : Bukan Engineering Tugas Hakiki : Mengampu semua Boss Ciri-ciri Istimewa : Banyak Songeh & Suka cari pasal. Pengajaran: 1. Inilah sifat Melayu, mengampu no 1. Apa yang dia dapat pun aku tak tahu. Bila la Melayu nak berubah. 2. Kalau mengampu nak naikn diri sendiri tak pa la. Ini semua orang dia nak salahkan. Dia sorang ja cerdik dan pandai buat kerja. Tapi setiap soalan yang dia tanya aku, ada dalam data sheet. Itulah mengampu pandai, baca malas. Alahai pakcik. 3. Jangan lah nak tunjuk alim time nak mengampu tu. Tak da maknanya kalau nak sebut2 nama ALLAH sambil ampu-ampu. Tak berkat juga. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya sendiri. p/s: kalau ada yang baca dan terasa, jangan ambil hati. Ini wa punya laman peribadi. So ikut suka la nak taip apa-apa. -khai. M-

Sunday, November 7, 2010

Ego Lelaki

1 ZulHijjah 1431 H/10 November 2010 0813 My Room @ TSM SS25
Assalamualaikum w.b.t Hello brother. Lu fikir sikit pasal maruah famili orang lain. Lu jangan fikir lu punya ego ja. Lu ingat lu buat onar macam tu, lu puas hati. Lu ingat lu buat macam tu lu dapat apa? Lu orang ni lain kali fikir pakai KEPALA OTAK. Jangan fikir pakai KEPALA LUTUT atau lain-lain kepala yang tak patut lu orang guna. Kata business man, perkara kecil macam molekul-molekul yang tak nampak pun lu orang tak boleh selesaikan? HAMPEH. Gua kecewa sama lu orang. No MORE RESPECT gua pada lu dua orang. Lu fikir la, lu belajar agama. Dua dua ada background agama, IMAN yang lu ada, lu letak mana. Sebab lu simpan bawah kereta ke bawah karpet di rumah lu orang? Lu orang bikin gua pulak jadi panas. Nasib sebab benda ni dunia punya hal. Lu jangan ingat lu orang punya EGO ja. Gua dan gua punya famili pun ada maruah k. Pesanan dari aku. Lu orang ingat la, benda ni semua kecil punya hal, dunia punya cerita. Lu setel elok-elok la. Perangai lu orang ni macam budak-budak kecik sekolah rendah. Balik la semula pasa basic kehidupan. Aku tujuan untuk buat business. Apa tujuan kita bekerluarga. Kalau cari harta dunia sampai macam ni sampai bila-bila rezeki tak datang. Walaupun lu orang 'ustaz', aku nak juga pesan dengan ayat-ayat berikut: Firman ALLAH: "Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan inagatlah, ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" - Ali Imran: 134 Firman ALLAH: "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampuni mu? - An Nur: 21 Firman ALLAH: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menajadi fasik, maka) amat buruklah sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim" - Al Hujarat: 11 -khai. M-

Thursday, October 28, 2010

EMAS

20 ZulQaedah 1431 H/28 October 2010 0710 My Room @ TSM SS25
Assalamualaikum w.b.t Kepada kawan-kawan dan pembaca sekalian. Siapa-siapa yang berminat mahu membeli emas daripada public gold atau apa - apa jenis emas boleh lah emailkan kepada saya di krul.harun@gmail.com Banyak kelebihan kita menyimpan emas. Sekarang emas bukan hanya untuk perhiasan semata-semata. Tapi sebagai harta untuk masa depan dan ketika kesempitan wang. Jadi jangan lupa untuk emailkan kepada saya. Nak tanya apa-apa pasal emas pun boleh. Sangat dialu-alukan.
-khai. M-

Tinggal Kenangan

20 ZulQaedah 1431 H/28 October 2010 0621 My Room @ TSM SS25
Assalamualaikum w.b.t Ntah apa yang berlaku selasa baru-baru ini pun aku tidak tahu. Apakah sebenarnya hujung pangkal pun aku tidak tahu. Kenapa perkara tersebut berlaku pun aku tidak tahu. Yang pasti beliau sudah tidak ada lagi di MV. Meninggalkan rakan-rakan sepekerjaan tanpa rela hati. Apakah sebenarnya belaku. Wahai kawan-kawan opis ku. Cerita lah agar menjadi iktibar kepada semua. Bukan aku mahu mencari kesilapan orang itu dan ini. Cuma sekadar mahu berhati-hati dengan mereka semua. Tapi sayang, masing-msing menjaga periuk nasi sendiri. Tidak dapat untuk membantu. Termasuk aku kut. Tapi aku tak tahu apa-apa. Manakan aku boleh tolong. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Terus menjadi persoalan dalam benak otak ku ini.
-khai. M-

Monday, October 25, 2010

Bala' ALLAH

20 ZulQaedah 1431 H/28 October 2010 0613 My Room @ TSM SS25 Assalamualaikum w.b.t
Negaraku terchinta sedang menunggu bala' ALLAH. Progran transformasi yang dilakukan oleh yang berkuasa sangat menakutkan. Apakah kita redha dengan penubuhan pelbagai tempat-tempat maksiat seperti yang di umumkan. Sama-sama kita beringat, jika ALLAH menurun bala' NYA, bukan orang yang melakukan perkara tersebut sahaja yang terkena bala', tapi seluruh alam ini akan terkena termasuk alim ulama'. Nauzubillah. Marilah kita bermunajat kepada ALLAH supaya tidak turunkan bala' dan buka kan hati yang berkuasa untuk menghantikan segala dosa. Jika tidak, KITA TUKAR. -khai. M-

Thursday, October 7, 2010

Engineering Department MV

28 Syawal 1431 H/07 October 2010 1048 My Room @ PASA Assalamualaikum w.b.t.
Aku nak sambung lagi bab makan-makan di Engineering Department MIR ni.. Entry sebelum ni ada aku cakap sedang tunggu nasi arab daripada boss. Alih-alih hari ni bos dah ajak semua kanak-kanak riang a.k.a warga engineering untuk makan bosar lagi. Hari ni makan nasi arab yang memang massssyukkk habis. Alhamdullilah. Kenyang benar. Terima kasih boss. Sempat la aku ambil sikit-sekit pic time makan hari ini. So aku uploadkan untuk korang semua.
Ni tangan orang yang paling lambat behenti makan. Meloya je lebih.
Bibit-bibit cinta, Dengan yang sebelah sini, bukan sebelah sana. Mat, Farah & Boss
Smile..Bro Azmi, Chuah, Zack, Apad, Bro Hasni, Pak Andi
Smile lagi..Muradi, Syamsul
Sambungan daripada yang atas.
EH!! Ingatkan pakistan mana yang terjojol depan camera ni..Bad rupanya. Ecah pun ada.
Ni time farah belanja.
Muradi, Ecah, Apad n Bro Azmi
Chuah ambil kesempatan seat sebelah boss.
Nasi beriyani. Sedap.
-khai. M-

Campur Aduk

28 Syawal 1431 H/07 October 2010 0733 My Room @ PASA Assalamualaikum w.b.t
Hidup aku: Semalam aku try update laman ni di office. Last-last bila publish, apa-apa je jadinya. Bukan aku nak curi tulang, sekadar mengisi masa yang terluang. Boss bercuti, kurang lah sikit kerja-kerja yang terbeban. Aku nak wish congratulation for all my junior yang akan bergraduasi pada sabtu ini. Sepatutnya aku bergraduasi tahun ini. Aku patutnya pun bergraduasi tahun ini. Tapi sebab aku lompat melompat (bukan macam katak la), aku dah bergraduasi tahun lepas. Semoga korang semua suksess dan berjaya dalam kerjaya di dunia dan kehidupan di akhirat nanti. InsyaALLAH. Kalau korang nak tahu, hari ini sudah 1 tahun 4 hari (satu tahun empat hari sahaja) aku bergraduasi daripada bumi UMP a.k.a KUKTEM yang mana selama 6 (enam) tahun aku menimba pelbagai ilmu akademik dan kepimpinan serta hiup susah dan senang. Memang sedig juga mahu meninggalkan kenangan bersama rakan dan taulan di sana, namun hidup mesti diteruskan. BTW, aku nak umumkan sekali lagi. Macam tahun-tahun sudah, aku menjual bungan kan. So tahun ini aku masih mejual bunga. Jadi datanglah beramai-ramai ke gerai no 29 dan 30 berhadapan library UMP untuk membeli bunga-bunga yang cantik dan menarik. Jangan lupa, dapatkan bunga segar terus daripada kedai aku. Politik: Semalam dah kecoh pasal satu lagi dakwaan liwat ke atas Anwar Ibrahim. Wow! hebat betul AI ni kan. Semua lelaki nak di sapunya. Agak-agak la berapa ramai lelaki yang pernah ditusuknya dengan 'senjata' beliau. Dah berumur pun masih bernafsu lagi ke? Tapi aku fikir ini semua macam motif polotik sahaja. Nak dekat pilihanraya, ada-ada sahaja benda-benda pelik yang keluar. Aku tak kata yang aku defense AI. Tapi bila fikir-fikir, macam mana nak tengok bontot kalau dah 3 tahun kena sodomy baru buat report. Tak kan 3 tahun tak basuh bontot macam kes sekarang. Penin kejap. Tak nak masuk campur. Makan: Macam biasa warga Engineering MV. Bab makan nombor wahid la. Isnin lepas Nang Farah a.k.a Design Engineer telah sponsor kami semua lunch dengan nasi Beriyani. Masyyyyyyyukkk habis. Sedap. Ops, sebelum terlupa, happy belated birthday Farah. Nanti belanja belanja lagi ya. Ada ambil picture time makan-makan tersebut, tapi belum sempat nak transfer dalam laptop lagi. Tunggu berkelapangan nanti la. Sekarang sedang tunggu nasi Arab daripada boss pulak. -khai-

Wednesday, September 22, 2010

Stiker Lagi

10 Syawal 1431 H/22 September 2010 1215 My Room @ PASA
Assalamualaikum w.b.t. Ni ada sebahagian lagi yang aku buat. Janga lupa untuk buat komen. Terima kasih pada yang memberi pandangan. Mamat, kalau tidak setuju bagi tahu ya. Thanks.
-khai. M-

Tuesday, September 21, 2010

Stiker Alumni

9 Syawal 1431 H/21 September 2010 1208 My Room @ PASA Assalamualaikum w.b.t. Ini adalah cubaan aku. Tolonglah bagi komen. Just nak compare dan gabung-gabung mana yang patut dengan yang mamat buat. Thanks. -khai. M-

Thursday, September 9, 2010

Memang lain

1 Syawal 1431 H/10 September 2010 0118 My Room @ PBIK Assalamualaikum w.b.t.
Mesti kita semua pun biasa pulang ke kampung masing-masing untuk bertemu ibu-bapa dan adik beradik yang lain. Walaupun 100x kali pun kita semua balik ke kampung halaman masing-masing, balik time raya macam ni tetap rasa bezanya. 1) Rumah riuh rendah dengan adik beradik dan anak sedara yang ramai. Memang wajib la pekik memekik. Dengan dak-dak ni kalau buat baik-baik x makan saman. 2) Kampung hingaq. Mercun tembak menembak sana-sini. Kampung sini akan lawan dengan kampung sebelah. Lawan mana yang lagi kuat. Yang jadi pekak. kami la penduduk setempat. Tapi xpa. satu malam ja. 3) Makanan memang banyak gila di dapur rumah. Memang x lapaq la. Pi ja dapoq, memang buleh aja nk makan apa-apa pun. Memang best. 4) Gether dengan member-member. La ni masing-masing dengan sibuk bekerja. So kalau bukan time raya ni, x bertemu la kita semua. Lagi-lagi yang dah kawin, memang susah nak jumpa. Tapi time idulfitri, alhamdullilah, insyallah boleh bertemu. 5) Tapi soalan ni memang dah start la pakcik-pakcik surau duk tanya aku. 'Dah keje ni, bila lagi nak kawin, dah ade calon?'..Ha3 dan macam biasa aku jawab. 'X dak lagi, tapi kalau pakcik ada boleh le kenalkan. He3. Orait lah..aku ucapkan Salam Idulfitri untuk rakan-rakan semua. Maaf zahir dan batin. -khai. M-

Wednesday, August 18, 2010

Diari Sepi

8 Ramadhan 1431 H/18 August 2010 2200 My Room @ PASA26
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Daniel berdiri di balkoni tingkat 17 apartment mewahnya. Matanya tajam memerhati limpah lampu neon yang menerangi gelap malam Kota Metropolis Kuala Lumpur. Tajam matanya seolah-olah dapat meneroboh ke setiap lapisan bangunan pencakar langit berhampiran apartmentnya. Nafasnya berdengus kencang. Dada berdentum-dentum. Bagai guruh dan petir saling sambung menyambung. Berita pagi tadi benar-benar mencabar ego lelakinya. Egonya dipermainkan. Egonya dibola-bolakan. Egonya dibulu tangkiskan. Egonya dilayak habis-habisan.
"AAAAAAAArrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggg", Daniel menjerit sekuat hatinya melepaskan geram sambil dinding balkoni ditumbuk berkali-kali dengan sekuat hati. Nasib baik rakan serumahnya masih belum pulang daripada pejabat. Tumbukan seperti orang hilang akal sebentar tadi barulah terasa sakitnya. Buku limanya tangan kirinya terasa pejar dan panas. Darah merah pekat mengalir laju. Daniel terkejut. Darah terus menjijis di balkoni tersebut. Namun kerana masih dengan egonya, dia biarkan sahaja. "Astagfirullahalazim". Tiba-tiba Daniel seperti tersedar. Tidak. Dia bukan bermimpi. Tapi dia tersedar daripada hasutan amuk dan amarah. Dia diamuk perasaan cemas, lekas dia dia berlari ke bilik air. Membasuh kesan luka dan membalutnya dengan tuala basah. Daniel berlari ke dapur dan menyolongkar first aid yang ditempatkan bersebelahan sinki. Dituang Iodin keatas lukanya. "ffffuuhhh, ppppeedihh". Jarinya kuning. Dibanlutnya pula dengan bandage. Daniel mengambil mop di dalam stor untuk membersihkan titisan darah mudanya di balkoni dan dinding luar. Sambil mengemop, fikirannya ligat berputar dan berpusing. Mencari jawapan kenapa semua ini terjadi. Namun fikiranya buntu. Tumpul seperti belakang parang. Dia pening. Selesai membersihkan ruangan luar, Daniel menghempaskan badan tegapnya di sofa, sambil menghemburkan sebuah keluhan berat. Nafas kasar seorang lelaki dari lubuk jiwa paling dalam. "Aku mesti tetapkan keputusan", Suara hatinya memberi arahan. Tanganya berdenyut-denyut. Matanya semakin kuyup. Penat dan mengantuk seharian memikirkan untuk membuat keputusan. ~~~bersambung~~~
-khai.M-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...