Sunday, November 7, 2010

Ego Lelaki

1 ZulHijjah 1431 H/10 November 2010 0813 My Room @ TSM SS25
Assalamualaikum w.b.t Hello brother. Lu fikir sikit pasal maruah famili orang lain. Lu jangan fikir lu punya ego ja. Lu ingat lu buat onar macam tu, lu puas hati. Lu ingat lu buat macam tu lu dapat apa? Lu orang ni lain kali fikir pakai KEPALA OTAK. Jangan fikir pakai KEPALA LUTUT atau lain-lain kepala yang tak patut lu orang guna. Kata business man, perkara kecil macam molekul-molekul yang tak nampak pun lu orang tak boleh selesaikan? HAMPEH. Gua kecewa sama lu orang. No MORE RESPECT gua pada lu dua orang. Lu fikir la, lu belajar agama. Dua dua ada background agama, IMAN yang lu ada, lu letak mana. Sebab lu simpan bawah kereta ke bawah karpet di rumah lu orang? Lu orang bikin gua pulak jadi panas. Nasib sebab benda ni dunia punya hal. Lu jangan ingat lu orang punya EGO ja. Gua dan gua punya famili pun ada maruah k. Pesanan dari aku. Lu orang ingat la, benda ni semua kecil punya hal, dunia punya cerita. Lu setel elok-elok la. Perangai lu orang ni macam budak-budak kecik sekolah rendah. Balik la semula pasa basic kehidupan. Aku tujuan untuk buat business. Apa tujuan kita bekerluarga. Kalau cari harta dunia sampai macam ni sampai bila-bila rezeki tak datang. Walaupun lu orang 'ustaz', aku nak juga pesan dengan ayat-ayat berikut: Firman ALLAH: "Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan inagatlah, ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" - Ali Imran: 134 Firman ALLAH: "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampuni mu? - An Nur: 21 Firman ALLAH: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menajadi fasik, maka) amat buruklah sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim" - Al Hujarat: 11 -khai. M-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...