Tuesday, December 14, 2010

RJ Buat Hal Lagi

My PC @ MV
0845am
8 Muharram 142 H / 14 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Pernah aku buat entry pasal mamat ni. Semalam dia buat hal lagi. Siap pakai nama manager lain konon. Apa da. Nasib baik beliau tua daripada aku. Kalau tak, lama dah aku hempuk kepala dia. Sebab soalan bodoh dia la. 

Selama aku buat technical part, baca sepc from customer and others, F51 tidak pun bermaksud metal seat. Nasib baik ada hormat lagi aku pada orang tua.

Kalau macam ini lah perangai orang yang lebih tua. Tak menunjukan contoh yang baik kepada staf lain. Dia hanya tahu ampu boss dan sebagianya. Sebab time dia dia nak sound orang semua boss dia akan CC. Tunjuk dia paling bagus la. Ada aku kisah. Aku tak reply pun email dia. Buat bodoh.

Aku nak tunjuk email dia yang 1st time dulu:

Tolong la kawan-kawan… Tolong la. Saya tujukan pada kita semua (bukan pada Khairul Afizan shj): Kita semua mesti tak suka kena sound kan. Tapi kalau kualiti kerja kita macam ini, sedangkan kita tahu kita boleh buat yang lebih baik, memang kita akan kena sound. Jadi terimalah teguran dgn hati yang terbuka dan tunjukkan pada diri kita sendiri kita boleh perbaiki diri. Cuba bayangkan perasaan org lain yang menerima hasil kerja macam ni. Kalau la cukup 40 kali kena maki dgn org yg teraniaya, silap-silap makbul.
Terus-terang saya tak tau nak cakap apa lagi dah. Semoga Allah Ta’ala memberi rahmat dan petunjuk kepada kita semua.

Sebenarnya semua orang pun nak buat kerja yang terbaik. Salah sebenarnya tidak lah sedikit sahaja daripada draftman. Tapi aku juga dia tujukan. Tak mengapa pakcik RJ. Sabab beliau nak tunjuk alim kan. ALLAH pun makbul doa orang yang beliau selalu nak kenakan.

Tapi yang aku tak faham. Kenapa dai tak puas hati sangat dengan aku. Aku tak pernah pun sakitkan hati dia. Pelik kan. Pak cik. Pak cik.







~khai. M~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...