Alhamdullilah. Semuanya berjalan dengan lancar. Sepanjang aku menguruskan company sendiri ini merasa tenang sahaja dalam diri. Tidak terikat dengan lain manusia. Boleh buat keputusan sendiri. Tak perlu rasa geram dan marah. Apa-apa pun masa memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan diri dalam apa-apa bidang sekalipun.
Duduk dan tinggal bersama mesin-mesin ini menyebabkan aku kadang-kadang terfikir benda ini semua seperti transformer. Boleh bertukar bentuk dan sebagainya. Khayalan yang melampau dari aku untuk sementara.
Peralatan semua sudah bertambah baik. Semua keperluan yang dikehendaki lengkap. Insyaallah kalau ada modal lagi, boleh untuk menambah lain-lain barangan keperluan student. Tambah-tambah untuk jual prepaid.
Tapi sedikit sedih mahu meninggalkan business sendiri. Walaupun berkongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain, namun aku telah diamanahkan oleh mereka untuk menguruskan perniagaan ini sebaik mungkin. Ini lah part celaru pada aku. Celaru untuk terus belajar atau mahu menumpukan full time in business. Mana tidaknya, kalau sudah pendapatan perniagaan pun boleh capai basic N44/bulan. Kalau bincang-bincang dengan daniel mahu sahaja aku teruskan menguruskan sendiri. Tapi aku juga mahu masa depan aku lebih cerah.
Bukan untuk meninggalkan selama-lamanya. Tapi untuk meneruskan sesi pencarian ilmu. Aku akan digelar pelajar lebih kurang setahun lagi sebelum aku mencebur diri dalam kerjaya atau aku akan tekad dan bulatkan hasrat untuk menjadi businessman full time.
Aku ucapkan terima kasih kepada Unit Usahawan & Inovasi JHEPA yang membantu dalam menjayakan hasrat aku & rakan-rakan untuk menjadi seorang usahawan. Untuk En. Reduan, Kak Lia kami amat berterima kasih kepada kalian.
khai. M
No comments:
Post a Comment