Thursday, October 15, 2009

Akhirnya....

Akhirnya... Setelah mengasak menggunakan pelbagai cara dan teknik, akhirnya mereka bersetuju juga untuk melepaskan aku. Alhamdullilah. Bukan kerana tindakan aku semata-mata, namun berkat pertolongan ALLAH yang makbulkan segalanya. Maka, ini hari terakhir aku menulis dari office kesayangan Een . Seingat aku hanya dua kali sahaja pernah aku menulis laman dari office. Itu pun setelah bosan yang melampau. Kadang-kadang bosan juga kalau asyik menghadap muka yang bersegi empat ini. Kata orang boleh baca banyak perkara. Boleh surf perlabagai cerita. Tapi aku bukan begitu. Puas aku serasikan diri untuk duduk diam sahaja. Tidak menjadi. Aku orang yang bergerak kesana sini. Mencari kerja yang boleh di buat bagi menambah ilmu di dada. Enam bulan aku berdiam diri atas kerusi. Bagai mahu patah rasanya kaki. Macam nak tercabut rasa hati. Akhirnya, apabila klimaks menghampiri, pelbagai dugaan datang dan pergi. Pelbagai kerenah aku hadapi. Itulah namanya manusia yang kurang bermuhasabah diri. Aku atau mereka? Hari ini aku ada sedikit lagi kerja yang perlu diselesaikan. Walaupun memang kerja yang tidak berkenaan, namun tidak mengapa sebab hari terakhir lah katakan. Seronok memang tidak terkira. Mengapa seronok sebegitu rupa. Mana tidaknya. Perit dan perih aku 'berjuang' mohon pergi akhirnya berhasil jua. Lebih kurang macam kita study la. Susah payah kita study akhirnya dapat segulung ijazah (even degree yg kita dapat tidak bergulung pun). Susah payah rasa terlerai daripada tubuh badan ini. Untuk next entry, aku akan cuba masukan pic hari terakhir aku di PLC International Sdn. Bhd. Salam perjuangan. khai. M

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...