Sunday, October 11, 2009

Jilat+Bermuka=Pengampu

Minggu ini adalah kemuncak segalanya. Aku belum pasti apakah tindakan aku berlembut dengan pihak tersebut menyebabkan mereka naik kepala. Kerahan tenaga bakal berlaku. Ini yang aku pasti. Aku akan tunjukan kepada kalian semua. Sebagaimana biasa kebanyakan pihak-pihak tersebut di Malaysia sememangnya suka menggunakan aku atau yang sewaktu tempat dengan aku bagi memaksimakan pendapatan mereka. Bagi mereka yang pernah berada di tempat aku memang memahaminya. Aku bukan seorang penjilat. Aku bukan bermuka-muka. Aku bukan pengampu. Aku akan berterus terang dengan semua. Kalau itu salah aku katakan salah. Kalau itu benar aku katakan benar. Kalau mereka merasa pahit untuk menerima, maknanya mereka sememangnya melakukan perkara tersebut.agaknya Seorang penjilat, seorang yang bermuka-muka, seorang yang kuat mengampu bagi aku tidak akan maju. Aku faham akan nasihat lecture kesayangan aku dan rakan-rakan. Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Tapi aku juga manusia biasa. Ada tahap kesabarannya apabila ada orang yang sebegitu rupa. Aku juga seorang yang demokrasi. Perbincangan sentiasa aku buka. Jika ada perkara-perkara perlu penyelesaian bersama, datanglah bersemuka. Jangan manis didepan sahaja. Belakang engkaulah yang paling berkuasa. p/s:ini laman aku punya. kamu, kamu dan kamu jangan nak terasa. jangan nak terbawa-bawa. sebab aku takut kamu,kamu dan kamu gila meroyan jadinya. maaf jika terkasar bahasa. khai. M

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...