Cukup lama aku tidak menulis. Biasa lah mood tidak ada. Namun mood aku kini mencurah-curah. Sampai terketar-ketar tangan untuk melepaskan segalanya.
Aku mungkin tidak tahu siapa yang boleh aku harapakn untuk bercerita. Aku juga tidak tahu kepada siapa untuk aku adu dan kongsi bersama. Tuntas laman ini menjadi pilihan.
Tapi, aku tidak mahu untuk menulis meleret dan membebel. Aku hanya sekadar mahu notakan sahaja agar mudah rakan sekalian membaca.
- Aku sudah pun bergraduasi. - Aku tidak terikat dengan universiti. - Aku sudah lama jaga nama baik universiti, kini tiba masanya aku perlu jaga nama baik sendiri. - Kalau aku sudah dapat surat tamat pengajian daripada senat, boleh siapa-siapa yang bantah kata aku masih ada pertalian dengan universiti. Aku katakan tidak. - Timbang-timbanglah secara professional, jangan penimbang yang dipegang berat sebelah. Lain pula jadinya. Senget la nanti. - Aku tetap dengan keputusan aku. - Hanya aku yang merancang masa depan sendiri, bukan kamu, kamu, kamu, kamu dan juga kamu yang sedang membaca ini.
p/s: ini hanyalah luahan rasa sendiri. sebab ini laman peribadi. jangan di ambil cakna sebarang bahasa yang kurang senang kerana ini hanyalah luahan rasa hati sahaja.sekian.
khai. M
No comments:
Post a Comment