Wednesday, September 23, 2009

Syahid Di Bumi Palestin

Salam Idulfitri.
Dalam kegembiraan menyambut kemenangan, dalam keperitan perut menahan tujahan air dan makanan, dalam lonjakan hati dapat bertemu rakan dan taulan. Sedar atau tidak, sahabat kita syahid di tanah air mereka. Sayu dan sedih kerana kejadian ini berlaku kepada sahabat sesama Islam di Palestin. Ubaida M.A Al-Qudis, syahid di tanah air beliau. Kejadian ini telah pun dimaklumkan oleh Saufi (rakan aku yang berada di UIA). Lantas aku mencari berita ini di internet. Bersyukur kita di bumi Malaysia, namun aku juga harapkan ALLAH sematkan kekuatan yang ada pada beliau dalam diri aku dan kita semua. Aku selitkan berita kematian beliau.
Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu. Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, "Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday." Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu. Kalau anda biasa beriqtiqaf di IIUM SHAH'S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa. Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini. Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya. Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya. Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
Sumber : martinelli's blog
Teringat pula kata fazli (member sekolah) tempoh hari. Selemah-lemah iman, kita katakan tidak dalam hati. khai. M

1 comment:

pja said...

innalillah..semoga Allah mencucuri rahmat pada mereka..

..ak akn menyusul nnt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...