Monday, September 21, 2009

Salam Eid Mubarak

Selamat Menyambut Idulfitri untuk semua rakan-rakan aku yang beragama Islam. Memang lambat entry ini. Tapi bak kata orang Melayu, raya kan sebulan. Jadi aku ambil kesempatan untuk wish pada semua. Tapi bagi yang tidak cukup sebulan jangan mahu beraya sakan. Gunakan bulan syawal yang mulia ini untuk mencari pahala bagi puasa enam pula. Sudah sebulan kita semua berpuasa, akhirnya alhamdullilah kita menyambut kemenangan bersama. Lebih manis kerana kita berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan jayanya. Mungkin bagi kita yang sudah besar belaka, Idulfitri hanyalah sekadar perkara biasa. Pagi bangun, mandi sunat idulfitri, pergi solat sunat idulfitri dan balik rumah tengok TV. Perkara ini lah sebenarnya yang hampir dilakukan oleh kita semua. Betul? Adakah kita perlu untuk menyalahkan stesen TV ini yang menyajikan pelbagai rancangan menarik? Itu lu pikirlah sendiri bak kata nabil. Disebalik sambutan idulfitri ini ada beberapa perkara yang kita tidak sedari. Pertamanya dimasa inilah kita berkumpul bersama famili dan bermaafan. Tuntas dalam masa yang sama mengeratkan kasih sayang antara keluarga. Susah sebenarnya untuk mengumpulkan semua jika tidak ada perkara atau sambutan seperti ini. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang ramai dan mempunyai kerjaya masing-masing. Keduanya, bagi yang sudah menceburi alam pekerjaan, tentu faham bagaimana sukarnya untuk cuti dan bertemu rakan-rakan lama. Namun terfikirkah kita ketika sambutan idulfitri inilah kita dapat berjumpa dan bertemu mata dengan sekalian rakan lama sama ada rakan sekolah, universiti atau rakan-rakan yang dikenali dimana-mana. Betul kan rakan-rakan aku yang bekerja? Rasanya itu sahaja coretan kali ini. Coretan pertama yang aku lakukan dari rumah di kampung halaman ini. Akhirnya sekali lagi aku ucapkan:
SALAM IDULFITRI UNTUK SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s: tq ilham dan ray @ aliff wish me hari raya via my blog. khai. M

DUIT masyuk KERJA daripada RUMAH

PERCUMA

membongkar rahsia KEKAYAAN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...