Salam Ramadahan untuk semua. Agak lama aku tidak meninggalkan sebarang coretan di laman ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi untuk menziarah laman ini.
Tidak banyak aku mahu coretkan. Mungkin terlalu lama tersimpan di dalam hati, maka ia tawar dengan sendiri. Aku suka untuk katakan aku kembali kerna mencari yang hakiki, sinar pasti janji suci yang abadi. Adakah bertemu aku seperti yang tersirat di sebalik kata-kata tersebut.
Suka untuk ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan sekalian, ambil dan rebut lah peluang dalam penghulu segala bulan ini. Semai lah sebanyak mungkin benih-benih di dunia ini agar suatu hari nanti ia boleh untuk kita gunakan di alam yang satu lagi.
Selamat berpuasa untuk pusingan kedua Ramadhan Al-Mubarakh.
khai. M
No comments:
Post a Comment