Atas tuntutan diri sebagai wakil kepada anda sekalian. Maka saya titipkan nasihat ini untuk kita bersama.
Sejak akhir-akhir ini, dalam era kedatangan lecturer ke company masing-masing, maka angin bertiup kencang tanpa pokok bergoyang berkenaan hal untuk menamatkan Latihan Industri lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan.
Tuntas perkara ini telah dipandang serius oleh pihak berkuasa fakulti. Ini kerana perkara ini telah bertiup di dalam kulit kesukaan ramai, itu sebab pokok tidak bergoyang, iaitu kulit buku atau bahasa orang putihnya, Facebook. Pihak berkuasa fakulti sangat risau jika perkara ini tersalah faham, atau disalah faham atau juga diambil kesempatan oleh pihak yang berkenaan.
Maka mereka telah menghulurkan tangan memberikan maklumat berikut:
kalau pun nak berenti LI, tak perlu spell out loud kat facebook. lain pulak ceritanya nanti. dan, pesanan untuk semua, tak semua kes fakulti akan luluskan. ketua program akan screen semua permohonan. so, bertindak dgn bijak.. dan, guna bahasa baik. cik bedah je. disrespectful. nak bercakap ikut sedap hati pun, guna la private message.
Jadi saya rasa, kita semua faham maksud message yang disampaikan dalam memo tersebut.
Lantaran message terus, saya telah mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai hal berikut:
saya pn nk mntk tlg jg..saya nk th status konvo kami..adakah benar akan ber konvo this oct atau mcm mn..? sy mohon kerjasama ** atau pihak yang berkaitan untuk sekurang2 nya mengeluarkan memo @ announcement yg berkiatan. jangan gantung kami x bertali..
Hasil message tersebut, jawapan nya begini:
konvo confirm oktober. sbb tu evaluation LI buat awal. sbb senat nak luluskan u all awal, baru boleh konvo.Saya kira, saya menjalankan kerja, bagi memenangkan kedua-dua pihak. Maka akhirnya, saya titipkan nasihat untuk semua agar perbincangan secara bersemuka kita lakukan dengan pihak berkuasa tersebut agar tidak timbul kekabutan di kemudian hari. Jika ada masalah ada eloknya terus berhubung dengan saya atau pihak fakulti. Tapi di ingat kan juga, ini bukan saya bermaksud saya melarang demokrasi semua. Sekadar untuk tidak lebih menghitamkan keadaan yang sudah sedia ada hitam. Akhir kata, salam sayang daripada saya untuk rakan-rakan dan juga pihak fakulti. Selamat menunaikan ibadah puasa. Tambahkan amal ibadah di bulan yang mulia. Jaga akhlak, hiasi diri. p/s:mesaage terpaksa di edit agar tidak menyinggung mana-mana pihak yang berkenaan.
khai. M
1 comment:
kerol? neh ape kes?
Post a Comment