Malam ini aku hanya mahu ucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Hassan Ali kerana dengan beraninya 'memangkah maut' tindakan salah seorang Exco Selangor dalam proses untuk membenteras arak. Tindakan beliau yang 'tidak berlapik' adalah wajar untuk disokong bagi memastikan kemaslahatan ISLAM terjaga.
Sebagai umat Islam, keadaan seperti ini lah yang kita perlu untuk lebih sensitif walaupun sesetengah daripada kita mengatakan perkara ini isu-isu kecil sahaja.
Sedangkan jika kita fikir secara logiknya, arak juga merupakan salah satu punca kepada berlakunya masalah jenayah yang semakin meningkat saban hari. Jika kita dapat membenteras peminum arak dikalangan umat ISLAM khususnya, insyaALLAH kita akan dapat menurunkan statistik jenayah di negara kita yang tercinta.
Moga ALLAH membantu hamba-hambanya mendaulahkan ISLAM dibumi yang Fana ini.
khai. M
duit masuk melimpah-limpah
rahsia menjana duit daripada rumah
No comments:
Post a Comment