Entry pertama dari Pasir Gudang, Johor Bharu.
Sungguh mencabar mental aku. Keadaan benar-benar tidak sempurna. Tiada pengurusan yang ambil tahu pasal kebajikan kami. Tidak seperti di GEMs. Kawan-kawanku melaporkan mereka semua duduk di chalet-chalet selesa. Dalam aircond dan sebagainya. Tidak kira mereka berada di lumut, PD mahu pun cherating. Mereka tetap dalam keadaan selesa.
Aku tidak minta itu semua. Cuma fikirkan dan berikan sedikit kebajikan pada kami disini. Ditempatkan disekolah tinggalan, denga kemudahan yang serba serbi kekurangan. Dengan keadaan air yang berbau dan kurang bersih. Bilik yang tidak langsung mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sangat menggusarkan aku. Itulah cabaran di sini. Gambaran untuk rakan-rakan se KUKTEM, keadaan tempat ini lebih teruk daripada KUKTEM 2003. Tidak mengapa, perjalanan aku seorang pelajar KUKTEM dan UMP memberi aku kekuatan mental untuk terus bertahan disini.
Seperti biasa mendapat rakan-rakan baharu. Kebenyakannya lebih tua daripada aku. Bukan aku perasan muda. Tapi itu hakikatnya. Tapi yang aku paling tidak percaya, ada yang sudah bekerja 4 hingga 5 tahun sanggup berhenti kerja untuk mendapatkan sijil ini semata-mata. Besar pengorbanan mereka.
Aku ada lebih kurang 8 bulan lagi di sini. ALLAH kurniakan kekuatan pada diri hambaMU yang lemah ini untuk terus berjuang demi masa depan yang cerah. Amen.
Tapi.aku rindukan perniagaan aku.
khai. M
No comments:
Post a Comment