Assalamualaikum w.b.t
Aku baharu sahaja selesai membaca dua lagi novel tulisan Ramli Awang Murshid. Kali ini ia bercerita mengenai semangat hutan Keningau. Namun seperti biasa, jalan penceritaan yang digarap bagi aku sebenarnya berkait dengan kemasyarakatan.
Apa yang paling aku suka ialah perkaitan dengan sifat dan kebesaran ALLAH. Apa juga kehebatan yang diceritakan ia akan kembali pada ALLAH.
Untuk kali ini aku telah menghabiskan Novel Semangat Hutan & Tombirou Terakhir. Sepatutnya masih ada novel awal iaitu Tombirou. Walaupun tidak lengkap trologi ini, namun aku faham bagaiman kisah ini diceritakan.
Pada pandangan aku, cerita ini tidak sehebat 3 novel yang aku baca sebelum ini yang juga tulisan beliau iaitu Cinta Sang Puteri, Hijab Sang Pencinta dan lupa tajuk sebuah lagi trilogi kisah tersebut.
Apa yang aku cari dalam setiap novel ini ialah sifat dan kebesaran ALLAH yang sangat di agungkan oleh setiap watak yang ada.
Aku cadangkan untuk kalian semua juga membaca novel tulisan ramli awang murshid ini. Semoga pengajaran yang ada dalam novel ini boleh kita jadikan panduan hidup kita bersama.
p/s: saja nak kongsi cerita. sebab tak tahu nak tulis apa.
khai. M
No comments:
Post a Comment