Bilik No 4. Teratak Hj. Harun
10.40 pm
27 November 2009 / 10 Zulhijjah 1430H
Assalamualaikum w.b.t
ALLAHUKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Salam Eidul Adha untuk semua. Alhamdullilah kita masih dipanjang umur untuk merasa nikmat kehidupan dunia yang fana ini. Umur yang di pinjamkan ini seharusnya kita isi dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan pelbagai faedah untuk kita tuai di kemudian hari.
Macam ustaz mahu beri ceramah pulak. Tidak la. Aku sekadar ingat mengingati antara kita sahaja.
Sesudah usia sejauh ini, nikmat hari raya sebenarnya tidak terasa. Sekadar pergi menunaikan solat sunat di waktu pagi dan menziarahi kubur arwah bonda. Selepas itu pulang ke rumah melayan karenah stesyen TV ataupun melayan nafsu mata.
Itulah keadaanya baik Eidul Adha mahu pun Eidul Fitri. Kenapakah agaknya budaya ini yang semakin menular pada masa kini. Ia seolah-olah penyakit berjangkit yang terkena pada semua rakyatnya. Kenapa? Kerana aku rasa perkara tersebut bukan hanya terjadi ke atas aku, namun juga ke atas mereka yang lainya. Kan..kan..kan..
Renung-renungkan.
khai. M
No comments:
Post a Comment