Alhamdullilah, kursus aku telah berjalan selama satu bulan setengah. Tiggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi kursus ini akan berakhir.
Aku memang rindu untuk menulis di laman aku ini. Namun apakan daya masa yang terhad dan servis internet yang memang 'haram' menyebabkan hasrat terbantut untuk beberapa kali.
Bulan Islam sudah smpai ke penghujungnya. Jika mengikut tahun Islam, umur aku akan menjengah angka dua enam pada petang ini. Namun bagi aku itu semua hanya nombor. Sebanyak mana nombor yang ada jika hubungan kita dengan Maha Pencipta tidak sekuat mana.
Menjenguk tahun baharu ini seperti biasa pertamanya kita perlu meningkatkan amal ibadat kepada Maha Pencipta. Amal ibadat bukan hanya perlu duduk di atas sejadah sahaja, setiap perkara yang kita lakukan juga dikira ibadah dengan berpandukan niat yang betul. Seterusnya, meningkatkan prestasi diri dalam apa jua bidang yang sedang kita jalankan.
Petang ini jangan lupa sama-sama kita ke masjid dan surau untuk berdoa akhir dan awal tahun. Semoga doa yang kita mohon daripada Maha Pencipta ini dimakbulkan.
Akhirnya, selamat tahun baharu 1431 H buat semua ahli keluarga, akan-rakan, sahabat-sahabat, pensyarah dan semua yang mengenali aku. Aku mohon maaf daripada kalian semua untuk dosa-dosa aku tahun-tahun sebelumnya.
khai. M
1 comment:
salam awal muharam abg kerul.
tengah sambung master ke?
Post a Comment