Wednesday, April 29, 2009

Bulu Mata

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata.'' kredit:isuhangat khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Monday, April 27, 2009

Sekali Lagi

MAJLIS TAHLIL & KERAIAN K03 28 APRIL 2009 8.30 MALAM LALUAN BLOK X & Y SEMUA WARGA K03 DIJEMPUT HADIR pakaian : baju kebangsaan Malaysia p/s: kepada yang nak sedekahkan makanan pada malam tersebut sangat dialu-alukan.

Sunday, April 26, 2009

Terakhir

Usia semakin pendek. Jam ditangan terus berputar. Meninggalkan perkara yang paling jauh untuk kita kejar. Dan tidak mungkin kita akan dapat mencapainya kembali. Masa. Masa terus berlalu. Saat berganti minit. Minit berganti jam. Jam berganti hari. Hari berganti minggu. Minggu berganti tahun. Akhirnya, kita akan pergi jua.
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa Hilang dimata tapi dihati jangan lupa Berdoalah kita pada tuhan yang berkuasa Semoga berjumpa pula dilain masa

Pertemuan Kita Di Suatu Hari Menitiskan Ukhwah Yang Sejati Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi Dugaan Yang Menimpa Diri Bersabarlah Di Atas Suratan Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu Dalam Mendidikkan Kesabaranku Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini. Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu Menjadi Ingatan Setiap Waktu Tanda Kemesraan Bersimpul Padu Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Tuesday, April 21, 2009

7 Hari Berlalu

Hari ini, genap 7 hari UMP dilanda krisis air. Jika krisis ini tidak melangkau ke angka 2 minggu, maka krisis kali ini adalah yang kedua teruk selepas krisis pada semester 2 tahun 2006. Krisis ketika itu menjangkau masa selama 2 minggu lebih. Dalam situasi yang sama, iaitu musim peeriksaan akhir. Betapa gigihnya mahasiswa UMP ketika itu untuk mencari air bagi membersihkan badan dan membuang hajat. Memang perit untuk ditelan. Mungkin bagi rakan-rakan yang sudah grade, kenangan itu tinggalkan memori yang tidak dapat dilupakan. Ketika itu aku dan paker(roomate ketika itu, dah grade), yang tinggal di aras C1 201, terpaksa untuk mengangkut air dari puncanya yang hanya 'cukup-cukup makan' sahaja. Penat memang terasa, tapi bagi meneruskan kelangsungan hidup di UMP, segalanya akan dilakukan. Tapi kadang-kadang seronok juga, sebab macam pesta, kesana-sini, mesti ada yang membawa baldi. Tidak kira masa dan ketika. Lelaki dan wanita. Mandi beramai-ramai seperti di asrama sekolah dulu kala (lelaki di asrama lelaki, bukan campur). Malas juga untuk aku bercerita. Tapi yang pasti, esok 1st paper untuk aku yang di tahun akhir ini. Mood tiada. Tapi aku kuatkan semangat juga. Dengan berita si dia. Tersentap juga. Ya ALLAH, kekalkan semangat khai untuk terus belajar dan berusaha. Amenn.
TitleMAKLUMAN TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR
Message

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa bekalan air sehingga kini masih lagi terputus. Pihak JPPH turut menjalankan siasatan bersama dengan JBA di Loji Air Lepar Hilir. Hasil siasatan mendapati bahawa paip air dari loji ke UMP tiada masalah. Pihak JBA baru sahaja mengenalpasti punca masalah di loji iaitu pada 'outlet' tangki di Lepar Hilir. Buat masa ini JBA sedang berusaha mengatasi masalah ini dan dijangka siap pada keesokan harinya.

Diharap semua pihak dapat bersabar dan BERJIMAT dalam menggunakan air yang dibekalkan melalui lori tangki. Sama-samalah kita BERDOA agar masalah daripada JBA ini dapat diselesaikan dengan segera. Dalam kita menangani masalah air ini JANGAN kita lupa kepadaNya. INSYAALLAHmudah-mudahan semuanya selesai.

KESULITAN AMAT DIKESALI

Sekian.

khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Sunday, April 19, 2009

Esok Kita Berperang

Esok perjuangan akan bermula. Semua gerak gempur dan latihan yang selama ini telah dijalankan akan diguna pakai sepenuhnya, bagi menangkis serangan yang bakal datang bertubi-tubi sama ada dengan lembing yang bewarna atau sekadar parang biasa. Masih dialam tradisionalkah kita? Namun dalam keadaan semua sedang bersiap seraga, hakikat dan realiti yang nyata, kem ini tiba-tiba telah di sajbotaj. Mungkin dek kerana ketua strategi yang terlupa atau para angkatan yang tidak faham tentang bala bencana. Kini walaupun sudah sedia, namun semangat hilang jua. Batang yang kering sudah masuk hari keempat menyeksakan semua. Boleh dikatakan yang tidak patut dilihat dengan mata kasar ada di merata-rata. Bergelimpangan. Hidung terpaksa di tutup agar semua yang bergelimpangan tidak menusuk sanubari bau yang ada. Bukan itu sahaja, semua pakaian tidak buleh diguna. Takut kalau-kalau ibadah tidak sempurna. Maka salah siapa? Katanya lubang utama telah dibaiki. Namun hakikat tetap nyata, negeri ku yang tercinta miskin untuk membela. Untuk memberi lubang itu dipenuhi air dengan banyaknya. Aduh aku naik pening kepala. Aku doakan kepada semua bala tentera, kuatkan semangat, bulatkan tekad. Jangan jadikan perkara ini menyebabkan kita kalah. Oh batang, aku terus menanti kau dipenugi agar tentera di kem ini dapat dapat menikmati kehidupan kembali. Batang = batang paip Lubang = kepala pam khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Saturday, April 11, 2009

'Tua-Tua' dan 'Muda-Muda'

Al-kisah negaru ku tercinta katanya akan menjalankan aktiviti 'famili day'. Semua pelajarnya bersetuju sahaja. Namum ada juga yang tidak dapat follow atas sebab-sebab teknikal. Tidak mengapa. Sepatutnya hari ini program tersebut berjalan, namum dek kerana aku yang ada kursus ******, maka di istiharkan oleh memanda menteri untuk tangguhkan program tersebut. Terima kasih diucapkan. I'ALLAH 16 - 17 April ini program ini akan berjalan. Kita tunggu sahaja. AJK akan jalankan kerja. Tiba-tiba pokok bergoyang, macam nak tercabut akarnya daripada tanah walaupun jenis akarnya tunjang. Ribut melanda. Aku cuba untuk menyelamatkan diri. Alhamdullilah setakat ini masih selamat. Tapi aku rasa mungkin ribut ini akan menghampiri aku dalam sehari dua lagi. Adakah aku perlu untuk terus larikan diri atau cuba hentikan ribut yang melanda. Aku masih fikir-fikirkan. Aku bagi sedikit hint untuk selesaikan masalah ribut ini. Analoginya mudah sahaja, kalau yang ' tua-tua' nak bawa semua angkatanya dengan alasan sebab yang 'tua-tua' ini rapat sesama mereka, bagaimana pula dengan yang 'muda-muda' ini.? Masih ada 60 orang angkatan yang 'muda-muda' yang lagi rapat antara mereka yang juga mahu follow bersama. Tapi mereka semua sedar diri, mereka bukan daripada negara yang sama. Tidak terkinja-kinja mahu 'bergedik' bersama yang 'muda-muda' walaupun hati teresak mahu juga. Jadi harapanya agar ada yang faham tentang analogi yang 'tua-tua' dan yang 'muda-muda' . Jangan sampai tidak bertegur sapa dek kerana perkara sebesar microorganisme ini. Rasionallah. Mohon lah dengan negara masing-masing bantuan jika mahu turun 'bergedik' seperti negara ini. Akhir kata, kalau mereka tidak pergi pun, matikah kita? khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Friday, April 10, 2009

Kemana Menghilang?

Kemana menghilang? Digabungkan kemana? Siapa yang menjaga kementerian ini? Bagaimana nasib pelbagai program yang dijalankan oleh MeCd sebelum ini? Tidak ada lagi TEKUN, PUNB dan skim bantuan perniagaan yang lain? Hampir tidak perasan dengan kementerian ini. Terima kasih kepada tanpa nama kerana mengingati kementerian ini. Kepada sesiapa yang mempunyai jawapan kepada persoalan diatas, mohon bagi pandangan segera.
Selaku sebuah kementerian yang banyak membantu masyarakat bumiputra khususnya, adalah molek kiranya kementerian ini terus dikekalkan. Memang tidak dapat dinafikan, pelbagai skim pinjaman yang dijalankan oleh kementerian ini, benar-benar membantu peniaga kecil dan sederhana di seluruh negara dalam melangsungkan perniagaan mereka. Tambahan pula dalam keadaan kelempabapan ekonomi begini. Dalam senarai kementerian yang dikeluarkan semalam, tidak pula terlihat atau terbaca mengenai kementerian ini yang digabungkan dengan lain-lain kementerian. Jadi apa cerita? Adakah peminjam yang meminjam dengan kementerian ini tidak lagi perlu membayar hutang mereka. Dengan alasan kementerian tersebut sudah tidak wujud. Akta mana yang mereka perlu patuhi untuk membayar hutang piutang mereka?
p/s: en red, siapa mahu bagi sumber kewangan untuk unit en kalau MeCD sudah tiada?
khai. M

Thursday, April 9, 2009

Jom Baca, Penting Untuk Kita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Timbalan Perdana Penteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam Timbalan-timbalan menteri: Datuk Liew Vui Keong Datuk Dr Mashitah Ibrahim Datuk SK Devamany Ahmad Maslan T Murugiah Menteri Kewangan I Datuk Seri Najib Razak Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Datuk Chor Chee Heung (timbalan) Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan) Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan) Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan) Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan) Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan) Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok Datuk Hamzah Zainudin (timbalan) Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan) Jelaing Mersat (timbalan) Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan) Senator Heng Seai Kie (timbalan) Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Noriah Kasnon (timbalan) Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek (timbalan) Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan) Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan) Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan) Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili Fadillah Yusof (timbalan) Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas Tan Sri Joseph Kurup (timbalan) Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan) Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar Datuk Johari Baharum (timbalan) Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan) Menteri Mertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan) Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Yong Khoon Seng (timbalan) Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan) Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Razali Ibrahim (timbalan) Wee Jeck Seng (timbalan) Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam Datuk Maznah Mazlan (timbalan) Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna Datuk Ismail Sabri Yaakob Datuk Tan Lian Hoe (timbalan) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Kong Cho Ha Datuk Lajim Ukin (timbalan) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan) Menteri Muar Datuk Anifah Aman A Kohilan Pillay (timbalan) Datuk Lee Chee Leong (timbalan) Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk M Saravanan (timbalan)
Respon: Tahniah diucapkan kepada semua muka-muka baharu yang diberi peluang oleh YAB Perdana Menteri untuk berkhidmat kepada negara Malaysia. Maka selaku penjawat awam, tugas utama adalah untuk berkhidmat kepada semua masyarakat di Malaysia tidak kira apa bangsa dan agama dan yang paling penting tidak kira fahaman politik yang 'dianuti'. Sedikit kecewa apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak disenaraikan sebagai Menteri mahu pun timbalan menteri. Selaku ketua kepada semua pemuda UMNO (parti yang memerintah negara),Khairi Jamaluddin sudah dikira seperti ketua kepada pemuda/i Malaysia. Tempat yang paling sesuai untuk Khairi Jamaluddin (KJ) ialah di Kementerian Belia & Sukan. Karisma beliau yang agresif dan tegar, bersuara lantang, berani dan berjiwa muda sangat menarik untuk dimanipulasikan oleh kepimpinan kini untuk menarik ramaja-remaja Malaysia dalam melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk kebaikan negara pada masa hadapan. Kalau dikira pandangan ramai tentu ada yang pro dan kontra. Namun sebagai seorang pemimpin tidak wajar untuk menyisihkan beliau. Walaupun ketika kempen merebut jawatan Ketua Pemuda beliau ada melakukan kesalahan, namun kita perlu untuk bersangka baik terhadap diri KJ. Mungkin beliau telah insaf dan akan menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Baik, tinggalkan KJ. Pada pandangan peribadi, Kementerian baharu yang dibentuk ia itu kementerian Tenaga, Tenaga Hijau & Air seperti dan seolah-olah mempunyai bidang tugas yang bersamaan dengan kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan kementerian Sains, Teknologi & Inovasi. Mungkin pada pandangan PM, ada kerja khusus untuk kementerian tersebut.Namun baik kira dimaklumkan apakah sebenarnya potfolio sebenar kementerian tersebut agar tidak berlaku pertindihan bidang kerja. Bukan untuk menentang atau tunjuk hebat, tapi implikasi kepada rakyat apabila terpaksa berulang-alik dari satu kementerian ke kementerian yang lain untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Masalah ini disebabkan oleh pegawai yang bertugas tidak faham potfolio kementerian masing-masing. Kesian rakyat. Nanti lagi hangin Satu lagi kementerian yang digabungkan ialah kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan & Kesenian yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Keseniaan & Warisan dan Kementerian Air, Tenaga & Komunikasi. Apabila tiga kementerian ini digabungkan ia diharapkan dapat memberi satu demensi baharu kepada negara. Jika dihalusi dengan lebih mendalam, ketiga-tiga kementerian ini mempunyai satu asas yang sama iaitu promosi. Kebudayaan & Kesenian perlukan penerangan dan komunikasi untuk dihebahkan kepada masyarakat seluruhnya dan yang paling penting apabila digabungkan, semua stesen TV di negara kita telah diletakan di bawah satu bumbung kementerian yang sama. Tidak lagi stesen TV kerajaan berdengki dengan kebebasan stesen TV swasta disebabkan ada akta-akta yang tidak sama diguna pakai disebabkan oleh kementerian yang berbeza. Sebenarnya kementerian yang paling penting ialah kementerian kewangan. Adalah diharapkan menteri yang menerajui kementerian tersebut dapat memberi ransangan yang lebih hebat pada negara untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara. Tapi kementerian lain wajib menolong kementerian ini untuk mendapatkan hasil mahsul yang dapat menampung kos pembinaan negara Pada kali ini, kabinet mempunyai hampir 40 orang timbalan menteri. Satu angka yang sangat besar. Tapi tidak mengapa kalau semuanya menjalankan tugas dengan sempurna. Gunakan sebaik mungkin duit yang rakyat laburkan. Jangan ada pulak mana-mana timbalan menteri yang goyang kaki tidak menolong bos mereka. Dalam kepimpinan kali ini, adalah sangat diharapkan DS Najib dapat meneruskan beberapa projek yang terbatal atau tertangguh pada zaman Pak Lah seperti jambatan bengkok ke Singapura, Isu Air, Isu Persempadanan Negara, Ruang Angkasa dan beberapa isu luar negara yang perlu dipandang serius sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka. Persoalan: Eh panjang betul respon aku kali ini? Mungkin sebab gian lama tidak bercakap isu politik Khai. M penyokong tegar KJ ka? Nampak bersungguh benar pertahankan KJ. Ish mana ada. Itu pandangan peribadi sahaja. Tulisan khai. M ini nampak macam sokong benar kepimpinan baharu negara? Memanglah. Sebab dalam PRU 12 rakyat pilih yang ini. Jadi sokonglah yang ini sehingga 4 tahun lagi. Nanti PRU 13 kita sama-sama nilai semula. Khai M. sudah siap thesis? Cepat update blog. Soalan sensitif. Sebab tidak siap lagi. Tiba-tiba mood hilang. Baru nak sambung semula lepas ini. khai. M

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...