Thursday, January 12, 2012

Sehari Sebelum

Assalamualaikum.

Sehari sebelum.

Banyak maknanya pada aku dengan sehari sebelum.

Tapi aku tak nak elaborate panjang-panjang sebab semuanya belum berlaku. Atas perancangan ALLAH semuanya. Ya ALLAH berikanlah ku kekuatan untuk menempuhi hidup ini. Aku merancang, Engkau juga yang berkuasa menentukan segalanya.

Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa. 
Menang dan kalah adat pertandingan.

ALLAH, kuatkan diriku.

Ameen.



Monday, January 9, 2012

Dah.....

Assalamualaikum.


Alo-alo. Erm. Macam-macam berlaku dalam dua hari ni kan.

Bukan pasal diri aku. Tapi pasal politik kita la. Kadang-kadang bosan pun ada juga. Tapi itulah sebagai rakyat dah menjadi tanggungjawab kita ambil tahu serba sedikit pasal politik ni.

Hassan Ali.

Exco Agama Negeri Selangor kena pecat.

Kesian juga pada beliau ni. Tapi apakan daya, bukan aku buat keputusan untuk beliau. Bagi aku, ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Dalam kes HA ni, konklusi aku macam tu la. Yang aku follow statement beliau selama ni lebih kurang macam ikut hati kan. 

Try korang cari video beliau di You Tube pada 8 Januari 2012. Aku kurang gemarlah statement beliau yang "saya pandai...saya pandai..saya pandai". Kalau aku berada sekitar beliau time tu, malu gila. Bukan apa, bagi aku macam dah meninggi diri pula. Aku faham beliau ada doktor falsafah. Tapi jangan lah macam tu kan. Korang tengok la.

Anwar Ibrahim.

Tahniah untuk beliau sekeluarga, Harap-harap adalah kebaikan yang beliau dapat dikemudian hari. Honestly, aku memang tak mengikuti pun perkembangan perbicaraan liwat ni. Just terdengar kawan-kawan bercerita. Berapa lama perbicaraan, siapa saksi, semua aku tak tahu. Sibuk mencari rezeki katanya.

Kepada pasukan yang kalah, jangan berputus asa. Buat la rayuan ye. Kalau betul keputusan ni bukan drama la may be keputusan dikekalkan. Itu pendapat aku je.

Alright la.. Nanti update lagi. Penat lak. Baru sampai rumah. Selamat berehat ye kawan-kawan.

Chowww.



Sunday, January 8, 2012

Adoi Tersasul Pulak!!

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Erm..mesti ada yang masih guling-guling atas katil kan. Hujung minggu macam ni memang best untuk rehatkan diri. 

Semalam hot pula story pasal pembaca berita tersasul sebut nama PM Malaysia. Mana tidaknya, orang yang bakal dijatuhkan hukuman pada 901 boleh jadi PM. Agak-agak ini doa die ke. Eh tak la, memang die tersasul ni. 

Tapi pada aku, jangan la blam dia. Kesian pula aku nampak. Kalau aku jadi pembaca berita a.k.a duduk di tempat dia, may be aku juga tersasul sasul. Mana tidaknya, duk cerita pasal Anwar je. Otak aku pun jam nak cerna benda lain.

Walaubagaimana pun, beliau dah minta maaf. Semua tu sebab tak disengajakan. Jadi, mari mari kita maafkan beliau. 


Mana-mana penyokong tegar parti politik, sila jangan emo k. Bertenang sahaja. Kesilapan mengajar erti kehidupan. Tidak ada orang yang sempurna. Ewah..macam back up Jay pula kan. Hahaha.

PEACE NO WAR!!!




Saturday, January 7, 2012

Transwater Got Talent

Assalamualaikum.

Hey korang. Selamat berhujung minggu. Apa la aktiviti weekend macam ni kan.

Macam biasa la. Aku masuk office. Kerja dah timbun-timbun. Mana nak siapkan dulu pun aku jadi pening.

13 Januari 2012 akan datang TW akan adakan Annual Dinner. Ala yang macam time kita study dulu kan. Tapi kali ini tak yah la aku nak cari sponsor bagai kan. 

Tema tahun ni., TW Got Talent. Aku pun cabar diri sendiri. Masuk la competition ni. Korang mampu. Hahaha. Aku try je buat apa yang boleh. Kami buat ala-ala teater muzikal. Ada la part yang aku kena nyanyi. Tapi suara tak sedap pun. Hahaha.

Tunngu kan performance nanti. Aku team dengan si yapau and nurul. Hope kami dapat buat yang terbaik. 

Ok. Jom sambung buat kerja sambil hafal-hafal skrip.



Maafkan ku Kawan

Assalamualaikum semua.

Semalam tak sempat nak coret-coret kat wall ni kan. Tak pa, hari aku sambung lagi la. Pasal apa ek? Pasal apa - apa aje. Kan ikut suka aku.

Aku nak mintak maaf dulu untuk kawan aku sorang ni. Aku masih belum sampai seru untuk sebutkan nama dia. Sebab keputusan ni bukan untuk diri aku sendiri, tapi disebabkan faktor luaran yang tak dapat dielakan.

Next next punya next punya next entry nanti baru aku sebutkan nama beliau. 

Ngantuknya rasa. Jom sleeping beauty dulu. Esok kena masuk office lagi. Kerja amal.

Choww.






Wednesday, January 4, 2012

Boss & Syibah

Assalamualaikum.

Scandal baru ke di opis ni. Lain macam je dengar kan..


TIDAKKKKKKK..



Aku just nak upload pic time sambut birthday mereka berdua minggu lepas.


HAPPY BIRTHDAY TO AHMAD RIDZUAN & NUR NASYIBAH.
MAY ALLAH BLESS BOTH OF YOU. AMEEN.











Night....zzzzzzz

Cinta Muka Buku

Assalamualaikum.

Apa ke jadah subject post kali ni.

Hahahaha. Ta de kaitan dengan sape sape pun. Cuma tak puas hati dengan diri sendiri. Sebab apa. Sebab nya kurang menulis dalam laman aku yang aku comel ni.

Konon-konon lah ada muka buku. Semua pun dah jatuh hati dengan muka buku. Asyik bercinta dengan muka buku. Tidur, makan, minum, borak, meluah perasaan, ayat-ayat ganaz, lucah, cinta, semua dengan muka buka. Sampai sedang berak pun masih dengan muka buku kan. Manusia manusia.

2011, aku hanya mampu buat 36 entry - pemalas benar
2010, 49 entry, kira rajin sikit lah time ni .
2009, 129 entry. Wow meriahnya. Sebab time ni aku masih student kan. Muka buku aku tak berapa nak kenal.

Aku harap tahun ni aku nak sambung cinta yang hampir terputus dengan si comel ni la. Tapi muka da juga. Tapi tak nak hangatkan sangat la.

Alright la bro. Chow dulu.

Da be da be duu...


Suratan atau Kebetulan

Bismillahirahmanirahim.

Bercerita pasal hidup sendiri memang panjang berjela-jela. Mungin tak habis dalam satu atau dua hari. Itu pun kalau skip skip. Kalau yang full house punya story seminggu baru habis agaknya.

Suratan. 

Dalam hidup kita memang sudah Allah suratkan apa yang berlaku. Dalam kata lain qada' dan qadar. Erm..aku pun bukan arif sangat bab bab macam ni. tapi sebab kita beriman dengan qada' dan qadar maka aku yakin setiap suratan daripada Maha Pencipta.

Aku percaya semua kita melalui pengalaman hidup yang berbeza. Bak kata lain, itulah suratan nya. Namun boleh kah kita menukar suratan tersebut. 

Tidak pernah aku terfikir untuk menukar suratan. Yang selalu ligat di fikiran adalah mahu menukar taraf kehidupan aku dan keluarga. Macam mana. Berusaha cari duit lah. As anak lelaki kini aku mula rasa bebanan setelah bertahun-tahun bebanan tersebut di tanggung oleh kakak-kakak yang berhati mulia dan cantik-cantik belaka. Terima kasih Along, Kak Dah, Kak Ya, Kak Neck n CT. Dan macam biasalah perkara kedua yang duduk dalam otak ini ialah menukar kerajaan..opppp..terlebih sudah.

Suratan nya dah aku kesana. Maka aku berusalah untuk buat yang terbaik. Jika suratannya aku terus di sini, berada di sisi kalian, aku tetap akan beruasaha menjadi yang terbaik.

Kebetulan.

Bagi aku kebetulan ni macam tuah la. Kalau dalam Bahasa Melayu panggil LUCK. Tapi aku tak pernah pula kena LUCK LUCK ni. Mana tidaknya, kalau ada cabutan bertuah aku tak pernah kena pun. Sedih kan.

Kalau korang faham baca entry ni bagus la. Kalau tak faham baca lagi sampai faham.

Ok lah. Aku tak wish lagi kan.

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...