Tuesday, October 27, 2009

Tenang + Celaru = ?

Alhamdullilah. Semuanya berjalan dengan lancar. Sepanjang aku menguruskan company sendiri ini merasa tenang sahaja dalam diri. Tidak terikat dengan lain manusia. Boleh buat keputusan sendiri. Tak perlu rasa geram dan marah. Apa-apa pun masa memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan diri dalam apa-apa bidang sekalipun. Duduk dan tinggal bersama mesin-mesin ini menyebabkan aku kadang-kadang terfikir benda ini semua seperti transformer. Boleh bertukar bentuk dan sebagainya. Khayalan yang melampau dari aku untuk sementara. Peralatan semua sudah bertambah baik. Semua keperluan yang dikehendaki lengkap. Insyaallah kalau ada modal lagi, boleh untuk menambah lain-lain barangan keperluan student. Tambah-tambah untuk jual prepaid. Tapi sedikit sedih mahu meninggalkan business sendiri. Walaupun berkongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain, namun aku telah diamanahkan oleh mereka untuk menguruskan perniagaan ini sebaik mungkin. Ini lah part celaru pada aku. Celaru untuk terus belajar atau mahu menumpukan full time in business. Mana tidaknya, kalau sudah pendapatan perniagaan pun boleh capai basic N44/bulan. Kalau bincang-bincang dengan daniel mahu sahaja aku teruskan menguruskan sendiri. Tapi aku juga mahu masa depan aku lebih cerah. Bukan untuk meninggalkan selama-lamanya. Tapi untuk meneruskan sesi pencarian ilmu. Aku akan digelar pelajar lebih kurang setahun lagi sebelum aku mencebur diri dalam kerjaya atau aku akan tekad dan bulatkan hasrat untuk menjadi businessman full time. Aku ucapkan terima kasih kepada Unit Usahawan & Inovasi JHEPA yang membantu dalam menjayakan hasrat aku & rakan-rakan untuk menjadi seorang usahawan. Untuk En. Reduan, Kak Lia kami amat berterima kasih kepada kalian. khai. M

Thursday, October 22, 2009

Sepi & Haji

Malam ini aku rasa sepi. Jarang rasanya ada perassan begini. Mungkin ada sedikit gundah gelana menyelinap dalam diri. Buang, buang, buang. Buang jauh-jauh. Tidak perlu layan perasaan begitu. Nanti rasa sayu sendiri. Cuma aku harapakan doa rakan sekalian untuk mudahkan perjalanan hidup ku ini. Teringat aku, ada satu entry yang aku belum publish pagi. Sudah lama ter'draft' dalam edit post. Nanti kalau aku rajin, aku publish kan entry tersebut. Musim haji sudah terasa. Berangkat lah saudara-mara, rakan taulan, sahabat handai memenuhi jemputan Maha Esa ke rumahnya disana. Aku doakan kalian mendapat haji mabrur dan diterima ALLAH. Doakan aku juga berpeluang untuk memenuhi jemputan tersebut suatu hari nanti. Itu sahaja untuk entry kali ini. Good luck untuk rakan-rakan yang sedang mem'projek' kan diri di PD, Cherating atau mana-mana kawasan yang sewaktu dengannya.
khai. M

Thursday, October 15, 2009

Akhirnya....

Akhirnya... Setelah mengasak menggunakan pelbagai cara dan teknik, akhirnya mereka bersetuju juga untuk melepaskan aku. Alhamdullilah. Bukan kerana tindakan aku semata-mata, namun berkat pertolongan ALLAH yang makbulkan segalanya. Maka, ini hari terakhir aku menulis dari office kesayangan Een . Seingat aku hanya dua kali sahaja pernah aku menulis laman dari office. Itu pun setelah bosan yang melampau. Kadang-kadang bosan juga kalau asyik menghadap muka yang bersegi empat ini. Kata orang boleh baca banyak perkara. Boleh surf perlabagai cerita. Tapi aku bukan begitu. Puas aku serasikan diri untuk duduk diam sahaja. Tidak menjadi. Aku orang yang bergerak kesana sini. Mencari kerja yang boleh di buat bagi menambah ilmu di dada. Enam bulan aku berdiam diri atas kerusi. Bagai mahu patah rasanya kaki. Macam nak tercabut rasa hati. Akhirnya, apabila klimaks menghampiri, pelbagai dugaan datang dan pergi. Pelbagai kerenah aku hadapi. Itulah namanya manusia yang kurang bermuhasabah diri. Aku atau mereka? Hari ini aku ada sedikit lagi kerja yang perlu diselesaikan. Walaupun memang kerja yang tidak berkenaan, namun tidak mengapa sebab hari terakhir lah katakan. Seronok memang tidak terkira. Mengapa seronok sebegitu rupa. Mana tidaknya. Perit dan perih aku 'berjuang' mohon pergi akhirnya berhasil jua. Lebih kurang macam kita study la. Susah payah kita study akhirnya dapat segulung ijazah (even degree yg kita dapat tidak bergulung pun). Susah payah rasa terlerai daripada tubuh badan ini. Untuk next entry, aku akan cuba masukan pic hari terakhir aku di PLC International Sdn. Bhd. Salam perjuangan. khai. M

Sunday, October 11, 2009

Jilat+Bermuka=Pengampu

Minggu ini adalah kemuncak segalanya. Aku belum pasti apakah tindakan aku berlembut dengan pihak tersebut menyebabkan mereka naik kepala. Kerahan tenaga bakal berlaku. Ini yang aku pasti. Aku akan tunjukan kepada kalian semua. Sebagaimana biasa kebanyakan pihak-pihak tersebut di Malaysia sememangnya suka menggunakan aku atau yang sewaktu tempat dengan aku bagi memaksimakan pendapatan mereka. Bagi mereka yang pernah berada di tempat aku memang memahaminya. Aku bukan seorang penjilat. Aku bukan bermuka-muka. Aku bukan pengampu. Aku akan berterus terang dengan semua. Kalau itu salah aku katakan salah. Kalau itu benar aku katakan benar. Kalau mereka merasa pahit untuk menerima, maknanya mereka sememangnya melakukan perkara tersebut.agaknya Seorang penjilat, seorang yang bermuka-muka, seorang yang kuat mengampu bagi aku tidak akan maju. Aku faham akan nasihat lecture kesayangan aku dan rakan-rakan. Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Tapi aku juga manusia biasa. Ada tahap kesabarannya apabila ada orang yang sebegitu rupa. Aku juga seorang yang demokrasi. Perbincangan sentiasa aku buka. Jika ada perkara-perkara perlu penyelesaian bersama, datanglah bersemuka. Jangan manis didepan sahaja. Belakang engkaulah yang paling berkuasa. p/s:ini laman aku punya. kamu, kamu dan kamu jangan nak terasa. jangan nak terbawa-bawa. sebab aku takut kamu,kamu dan kamu gila meroyan jadinya. maaf jika terkasar bahasa. khai. M

Saturday, October 10, 2009

Aku tetap aku

Cukup lama aku tidak menulis. Biasa lah mood tidak ada. Namun mood aku kini mencurah-curah. Sampai terketar-ketar tangan untuk melepaskan segalanya.
Aku mungkin tidak tahu siapa yang boleh aku harapakn untuk bercerita. Aku juga tidak tahu kepada siapa untuk aku adu dan kongsi bersama. Tuntas laman ini menjadi pilihan. Tapi, aku tidak mahu untuk menulis meleret dan membebel. Aku hanya sekadar mahu notakan sahaja agar mudah rakan sekalian membaca.
- Aku sudah pun bergraduasi. - Aku tidak terikat dengan universiti. - Aku sudah lama jaga nama baik universiti, kini tiba masanya aku perlu jaga nama baik sendiri. - Kalau aku sudah dapat surat tamat pengajian daripada senat, boleh siapa-siapa yang bantah kata aku masih ada pertalian dengan universiti. Aku katakan tidak. - Timbang-timbanglah secara professional, jangan penimbang yang dipegang berat sebelah. Lain pula jadinya. Senget la nanti. - Aku tetap dengan keputusan aku. - Hanya aku yang merancang masa depan sendiri, bukan kamu, kamu, kamu, kamu dan juga kamu yang sedang membaca ini.
p/s: ini hanyalah luahan rasa sendiri. sebab ini laman peribadi. jangan di ambil cakna sebarang bahasa yang kurang senang kerana ini hanyalah luahan rasa hati sahaja.sekian.
khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...