Tuesday, January 6, 2009

Process & Plant Design (PPD)

ETHYLBENZENE

Hari ni aku nak infokan satu lagi projek yang mahasiswa tahun akhir FKKSA kena siapkan. Projeck & Plant Design (PPD). Memang mantap siapa yang dapat A dalam subjek ni. Semester lepas aku dapat A -, Alhamdullilah dan sekalung apriseasi aku ucapkan pada team mate aku. Kak As, Tim, Elein, Atiq dan Brain.

Untuk info semua, PPD ini dijalankan secara berkumpulan, berbeza dengan PSM yang dijalankan secara individu. Dalam projek ni, team working is very impotant. Communication skill and others.

Projek ini memerlukan semua subjek yang pernah di pelajari daripada tahun satu sehingga semester sekarang. Semua kena di hubung kaitkan. Sebenarnya projek ini memerlukan kami merancang sebuah plant mengeluarkan bahan kimia. Kalau nak tahu gambaran sebenar plant tersebut adalah seperti yang ada di Gebeng dan Kerteh. Kami wajib untuk siapkan sedemikian rupa.

Group aku ni kena produce 100 000 T/M EthylBenzene. Bahan ni adalah intermediate product. Macam-macam product boleh buat daripada benda alah ini.

Supervisor aku untuk projek ni ialah En. Syamsul atau kami panggil En. Sam. Tapi tiba-tiba kami telah dicampak ke ke sana kemari. Kenapa.? En. Sam telah bercuti untuk sambung study. Langsung tidak dimaklumkan pada kami. Agak kecewa juga lah. Namun hakikat mesti diterima.

Oklah, sampai di sini sahaja. Tiba-tiba teringatkan kena buat homework untuk jumpa Dr. Mimi esok. SV aku utk PSM.

Seperti biasa aku mohon doa kalian agar Group aku dapat lakukan yang sehabis baik. Untuk makluman, presentation kami akan dijanlankan pada 4 Feb 2009. Doakan kami ya.

1 comment:

Anonymous said...

gud luck erk..usaha yg mantap, hnya ALLAH shja yg membalasnya..berserah..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...