SEPARATION OF FRUCTOSYLTRANSFERASE USING ULTRAFILTRATION ON MEMBRANE: EFFECT OF pH AND IONIC STRENGTH ON FLUX AND REJECTION
Ini merupakan Projek Sarjana Muda (PSM) yang aku sedang jalankan. Faham bila baca tajuk di atas? Persoalan untuk semua. Sebenarnya aku pun belum faham sepenuhnya. Masih blur-blur lagi. Naik cuti lagi bertambah blur aku. Tak tahu kenapa.
Secara ringkasnya, projek ini ialah menguji nilai pH dan kekuatan ionic pada Fructosyltranfererse (FTase) yang dipakai. FTase ini sejenis enzim yang diguna pakai dalam makanan. Nama komersilnya ialah Invertase. Daripada FTase dapatlah keluarkan F.O.S. Pusat beli belah ? Bukan, F.O.S = Fructosyl Oligo Scaride. Benda alah ini diguna pakai untuk buat minuman. Alah yang syarikat Power Root pakai yang nama minuman Oligo. Ni la dia.
Sekarang proses aku untuk memahami lebih dalam tentang projek ini. Memang sukar namun aku tekadkan hati untuk teruskan juga. Sebab kalau tidak kena extend pulak. Mohon ALLAH jauhi perkara tersebut. Tapi yang bestnya aku dapat Supervisor dengan Dr. MIMI SAKINAH. Seronok sangat. Tak nak cerita lebih-lebih. Risau dikatakan megampu pulak.
Bagi kami student kimia di UMP ada dua projek yang perlu disiapkan . Satu lagi nama Process & Plant Design. Nanti aku info pulak apa benda tu semua.
Moga apa yang dikongsi bersama dapat untuk tambah pengetahuan semua.
Doakan aku dapat siapkan Projek Sarjana Muda ini mengikut masanya. AMEEN.
No comments:
Post a Comment