Tuesday, January 27, 2009

AUTOCLAVE

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA

Setelah lama meninggalkan laman ini dengan zarah-zarah yang boleh membawa penyakit, hari ini aku autoclave semula. Insyaallah semua bacteria yang ada, yang boleh membawa bahaya akan terhapus dengan suhu 2700C.

Cuti semester sempena Tahun Baharu Cina telah sampai ke pertengahannya. Allahamdullilah, ada sedikit kerajinan telah muncul dalam diri aku untuk meneruskan usaha untuk menyiapkan Plant Design yang telah tertangguh selama dua minggu akibat kemalasan untuk berfikir.

Dalam pembahagian tugas mengikut chapter yang telah diberikan, aku mendapat chapter 4, iaitu Process Safety Study. Kalau nak dikatakan ringan tidak juga, sama sahaja berat dengan chapter yang lain. Dalam masa 7 hari dari hari ini, 2nd presentation untuk PD ini akan menyusul. Doakan aku dapat siapkan dengan jayanya.

Perhatian untuk group members aku, siapkan chapter masing-masing around 60%. Rabu malam akan ada perjumpaan di café KK1 jam 8.45 malam. Hari Khamis SV nak tengok progress. Jangan lupa.

Sebelum terlambat, salam takziah buat mahasiswa UMP yang kembali ke rahmatullah akibat kemalangan maut pada 24 Januari 2009. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang solehah. Al-Fatihah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...