Tahun baru berkunjung tiba. Bagi aku, ini adalah semester terkahir dalam sesi pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Pahang.
Bukan untuk mencoretkan sesuatu yang terlalu panjang, namun ini adalah sedikit harapan aku untuk masa hadapan.
Aku mohon doa kalian untuk mendoakan kejayaan aku dalam mengejar cita-cita sebagai seorang engineer dan mendoakan juga berjaya dalam hasil garapan aku bersama rakan-rakan.
Garapan? Ye, aku akan bagi informasi mengenainya bila tiba waktunya nanti.
Aku doakan kalian sukses sentiasa dalam hidup sebagai Hamba ALLAH di Muka Bumi Ini.
SALAM MAALHIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepadaMu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmatyang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakankepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohonsifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
No comments:
Post a Comment