Sunday, September 30, 2012

Akimura Chan & Reimei Chan

Assalamualaikum.

Jumaat malam sabtu yang lepas sempat Zul arrange kan farewell party untuk Akimura Chan & Reimei Chan. Mereka berdua ni aku kenal time nk pergi hiking ke Gunung Kajang yang lalu. Tapi sebab Reimei Chan tak follow aku just rapat dengan Akimura Chan je la.

Start esok Akimura akan mulakan kerjaya baru di company keduanya setelah empat tahun meyambung bidang pengajian di MMHE. Empat tahun beb. Memang patut dah die bergraduasi daripada MMHE. Dah dapat degree kan. Nak tahu die ke mana. Nun jauh di sebuah pulau. Mana? Pulau Indah di Klang. THHE. TH Heavy Engineering. Rupanya die masuk competitor. Gaji boleh tahan masyuk. So sape rasa nak keje THHE, silalah hantar resume ke Akimura HR THHE sendiri.

Reimei? Die pulak berangkat ke consultant. Ke PRW. Masyuk juga kan. Reimei pun almost 4 yrs d MMHE. So kiranya die pun bergraduasi untuk dergree yang kedua la.Reimei aku pun nak masuk sana. Ko tolong adjust se meja untuk aku ye. Tapi aku nak habiskan Tapis R ni dulu.

Apa-apa pun, korang ingat pesanan Zul yang montel tu. "Kerja rajin-rajin. Aku yakin korang boleh. Jangan lupakan kami di sini".

Pesanan aku 'All the BEST bros'


Thursday, September 20, 2012

Oh Manpower

Assalamualaikum.

Masalah manpower makin menjadi semenjak dua menjak ni.

Macam mana la mereka ni nak siapkn keje on time.

Senak kepala hotak aku nak tolong fikirkan. Sampai aku pulak nampak buleh buat biss sapply manpower.

Tak pe.Relax dulu. Kita fikir benda laen je la.

Chow..

Monday, September 17, 2012

Jangan BESAR Kepala

Assalamualaikum.

Aku doakan kita (aku dan semua kawan-kawan) tidak melukakan hati kedua ibu-bapa.

Ye. Aku faham susahnya nak puaskan hati mereka. Begitu juga susahnya mereka nak puaskan hati kita time kecil dulu.

Tapi pesan aku untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Silalah beri perhatian permintaan mereka selagi mereka masih bernyawa.

Ya ALLAH ampunkan dosa aku dan kawan-kawan ku yang laen.

Bagi ibu bapa yang terbaca entry ini, aku cuma berharap sama-sama bersyukur dengan rezeki yg ALLAH kurniakan.

Selamat Malam.

Sunday, September 16, 2012

Ustaz Boleh Pakai Kalu Macam Ni?

Assalamualaikun.

Pelik.Ilmu agama belajar katanya tinggi. Hingga ke Mesir. Tapi sayang bila ilmu yang di tuntut tidak di letak di kepala otak. Tapi letak di kepala lutut.

Ilmu agama ni kalau belajar tinggi pun tapi tak di amalkan.Memang boleh makan tuan sendiri. Itulah orang cakap 'ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON YANG TAK BERBUAH'. Maknanya memang tak guna langsung ilmu yang ada kalau tak di praktikan. Aku nak panggil ustaz/ustazah pun rasa geli bulu hidung.

Bab batasan lelaki dan perempuan perlu lah di jaga. Tak kira lah dengan orang luar atau ipar duai sendiri. Dah kalau ko senang masuk bilik perempuan tanpa rasa segan silu, aku nak panggil apa tu?

Adakah bila ade tittle ustaz yang haram jadi halal. Yang batal jadi sah. Yang tak sopan jadi sopan. Fikir lah sendiri.

Aku bukan nak ceramah petang-petang macam ni.Tapi melihat keadaan sekeliling menyebabkan aku muak dengan ustaz kalu tak boleh nak jadi contoh pada orang lain.

Tak gitu. Orait. Selamat beristirehat kawan-kawan.

Tangkap Muatla Tu

Assalamualaikum.

Nak jadi pengacara perlu ada asasnya. Tidak kira la d TV, radio, majlis- majlis dan sebagainya.

Bagi aku apa yang penting ialah banyakan membaca dan dan tengok pengacara professional yang biasa mengacara.

Daripada membaca (teori)barulah kita akan amalkan (praktikal) teori yg dh d baca. Barulah tak nampak sangat awak tu time jadi pengacara 'kurang cerdik'. Aku ni bercakap secara umum je la kan.

Walaupun aku bukan orang yang patut bercakap mengenai bidang ni. Tapi kalu 'kurang cerdik' tu jelas kelihatan. Orang mcm aku pun kena la bagi tahu. Nanti 'pa cheroh' syok sendiri.

Stesen yang nak ambik pengacara pun jangan la tengok muka je. Pengalaman dan basic tu penting jg. Nanti lama-lama orang pun muak dengan stesen tersebut. Sebab perkara remeh tapi tak patut d lakukan.

Orait. Selamat Hari Malaysia ke 49.

JOM UBAH.

Friday, September 14, 2012

SHAMEEE

Assalamualaikum.

Korang pernah rasa malu gile tak. Kalu ade try share ngan aku. Tapi sebelum korang nak share, aku pun nak story what happen to me just now.

Hari ni aku nak balik kuantan. Cari cari cari, tiket 630pm from Larkin. Drive la aku ke Larkin.

Sampai dah 615pm. Tu pun after isi perut kat KFC sebelah tu. Naseb ade voucher, jimat cikit.

So lepas makan nak la cari tandas. Huh, WTHouse, tandas dekat platform ni full bangat. Kena la aku jalan ke arah masjid sana. Tak tahan dah ni nak terkucil.

Aik, sampai tandas atas renovate pulak. Jadi aku pun ke bawah pulak. Seb baek tak full sangat. Cari duit dan bayar.

Aku dengan yakinnya melangkah masuk, dah nampak ada tandas kosong, sebaik nak meluru tetiba langkah terhenti. Ade seorang yang tengah pandang cermin sambil belek belek muka. Tambah pelik lagi senyum pandang aku. Lagi aku pelik die pakai tudung.

Aku cepat tersedar. Sedikit kuat aku kata, EH TANDAS PEREMPUAN KA? Cepat aku kuar n masuk tandas sebelah sambil tengok tanda. Dalam hati, aah la tandas perempuan, tadi nampak tanda lelaki.

Masuk je tandas lelaki datang sorang bro tu, baek2 kang ade pulak kena tibai. Aku senyum je. Masuk tandas sorang2, aku ketawa sorang. 1 st time benda bongok ni happen to me. Shammeeee!!!!.

Moral of the story. Walaupun nak kucil, mata buka luas-luas baca tanda tu.

Hahahaha.

Catatan dalam bas.

Monday, September 10, 2012

Ahad

Assalamualaikum.

Sepatutnya posting dh publish semalam. Tup tup tengok dalam draft masih. So kira dah terlajak sehari la untuk posting ni.

Subhanallah. Cepat betul masa berlari. Sekarang dah tak boleh kata masa berjalan. Sebab secara realitinya berlari lagi cepat daripada berjalan. Jadi kita semua kena cakap cepat sungguh masa berlari.

Ahad bertemu ahad umpama hanya sehari. Rasa seperti bau je semalam ahad last week.

Masa. Inilah antara perkara yang yang dah lepas dan tak dapat di kembalikan. Betulkan. Walau pun rutin kerja yang kita lakukan tiap-tiap hari sama. Tapi semalam yang sudah berlalu memang tak akan dapat di ulang lagi.

Ok lah. Kepada kawan-kawan,selamat beristirehat dan isi masa dengan perkara yang berguna.

Untuk jr. UMP yang bakal memulakan semester baru, aku doakan korang dapat habiskan pengajian masing-masing dan capai cita-cita kalian.

Saturday, September 8, 2012

via my HP

assalamualaikum

Pejam celik dh nak habis pun bulan syawal yang mulia. Aku tengok rancangan di TV ni tiap-tiap hari pasal Idulfitri. Hamboi. Meriahnya mereka ni sambut raya. Puasa tak bak pulak sambut meriah macam ni.

Aku just nak bagi tahu. Aku baru jumpa application ni dlm play store. Ermmm,mudah sikit nak update laman aku ni. Hope lepas ni masih ade kerajinan pada aku untuk terus bercerita.

Kerja?Work load gile.Tapi alhamdullilah boleh handle lagi. Sometime aku pn tak percaya aku dapat handle banyk task in the same time. Bersyukur pada ALLAH. Jom tengok sikit apa yang aku handle sekarang:-
Engineering (drawing, LQ, HT Pacakage,MTO)
GRE (contractor n drawing)
LSF (instalation)
Weekly Report
Hydrojetting n Chemica cleaning.
Meeting (yg x hbs2).

What ever pun aku happy sebab banyak yang aku belajar. Ni semua untuk future career develoment.

Ok. Adios.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...