Thursday, December 23, 2010

Hujan

My PC @ MV
0853
17 Muharram 1432 H / 23 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Memang seronok la hujan. Daripada semalam sehingga pagi ni. Macam tak nak bangun aje. Bukan senang nak merasa hujan di tanah shah alam ni. Duduk di pantai timur hujung tahun memang la musim tengkujuh.

Bila hujan macam ni, teringat pula time study dulu.  Hujan lebat gila, nak pergi kelas macam mano. Duduk di KK2. Boleh lencun juga kalau naik motor. So tak boleh nak menunggang CBL 7262. Terpaksa menumpang kawan-kawan. Biasanya fariz la menjadi mangsa. Agak-agak fariz pakai kancil dia lagi tak? Gaji dah bosar la ni. Tak kan kereta tak tukar.

Itu aja. Terima kasih fariz.  


Wednesday, December 15, 2010

Puasa 9 & 10 Muharram

My Laptop @ TSMSS25
0702
9 Muharram 1432 H / 15 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Kelebihan puasa muharam ini antara lain ialah Allah mengampunkan dosanya pada setahun sebelumnya. Marilah kita berpuasa dan dapatkan segala fadhilat yang ada.


Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).


~khai. M~ 

Tuesday, December 14, 2010

RJ Buat Hal Lagi

My PC @ MV
0845am
8 Muharram 142 H / 14 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Pernah aku buat entry pasal mamat ni. Semalam dia buat hal lagi. Siap pakai nama manager lain konon. Apa da. Nasib baik beliau tua daripada aku. Kalau tak, lama dah aku hempuk kepala dia. Sebab soalan bodoh dia la. 

Selama aku buat technical part, baca sepc from customer and others, F51 tidak pun bermaksud metal seat. Nasib baik ada hormat lagi aku pada orang tua.

Kalau macam ini lah perangai orang yang lebih tua. Tak menunjukan contoh yang baik kepada staf lain. Dia hanya tahu ampu boss dan sebagianya. Sebab time dia dia nak sound orang semua boss dia akan CC. Tunjuk dia paling bagus la. Ada aku kisah. Aku tak reply pun email dia. Buat bodoh.

Aku nak tunjuk email dia yang 1st time dulu:

Tolong la kawan-kawan… Tolong la. Saya tujukan pada kita semua (bukan pada Khairul Afizan shj): Kita semua mesti tak suka kena sound kan. Tapi kalau kualiti kerja kita macam ini, sedangkan kita tahu kita boleh buat yang lebih baik, memang kita akan kena sound. Jadi terimalah teguran dgn hati yang terbuka dan tunjukkan pada diri kita sendiri kita boleh perbaiki diri. Cuba bayangkan perasaan org lain yang menerima hasil kerja macam ni. Kalau la cukup 40 kali kena maki dgn org yg teraniaya, silap-silap makbul.
Terus-terang saya tak tau nak cakap apa lagi dah. Semoga Allah Ta’ala memberi rahmat dan petunjuk kepada kita semua.

Sebenarnya semua orang pun nak buat kerja yang terbaik. Salah sebenarnya tidak lah sedikit sahaja daripada draftman. Tapi aku juga dia tujukan. Tak mengapa pakcik RJ. Sabab beliau nak tunjuk alim kan. ALLAH pun makbul doa orang yang beliau selalu nak kenakan.

Tapi yang aku tak faham. Kenapa dai tak puas hati sangat dengan aku. Aku tak pernah pun sakitkan hati dia. Pelik kan. Pak cik. Pak cik.







~khai. M~

Saturday, December 11, 2010

P1 WiMax PENIPU

My Laptop @ TSMSS25
1653
5 Muharram 142 H / 11 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t



Hangat tak tajuk di atas sana. Tak? Tapi bagi aku sangat hangat.

Macam ni, alkisahnya bulan lepas, aku pergilah ke I.T Rock PC Fair di stadium melawati shah alam. Sengaja nk window shopping. Sebab memang xda barang pun nak beli. Just nak nengok gudget-gudget baharu ja.

Seorang kawan ni pun bagi tahu, PI ada buat promosi la ni. Sape yang pakai RM 49 per month boleh add on Broadband dengan harga RM 30 per month.

Alkisah, ada la P1 di tempat PC Fair tersebut. Maka bertanya lah aku mengenai promosi yang sahabat aku cakapkan. 

Pung pang pung pang bla bla bla...aku pun setuju nak ambil tapi pakai nama member aku sebab BB ni just boleh add on untuk mereka yang sedia ada. so dengan penuh yakin mereka pun cakap. "NO HIDDEN FEES. JUST RM 30 WILL ADD TO YOUR BILL FOR NEXT MONTH". 

Suka la aku. Sebab aku memang nak terminate BB celcom yang mecam beruk siput ni. Bermula eposid aku pakai P1. Lembab die sama juga macam celcom Berukband broadband. Tapi kadang-kadang ada la laju juga. Better la daripada yang celcom. 

Kelmarin, sebab dah aku pakai atas nama sahabat tersebut, dengan senang dan tenang hati, aku pun bertanya la RM berapa bill untuk last month. Susah hati dis cakap RM 160. WTF. OMG. Pelik. Cakapa just RM 30 will add to your bill. 

Aku pun call billing department P1 ni. Bla bla bla pung pang pung pang. Operator dengan senang hati berkata. "May be that promoter give you wrong info, based on P1 term & condition you need pay for registration and activation fees which is RM111 plus RM 49 for your previous subscription. So you need to pay RM 160".

Aku pun geram la. P1 yang salah bagi info pada promoter mereka. Aku pulak yang jadi mangsa. Tunggu masa. Aku nak pergi terminate kan aja P1 ni. Memang haram. P1 makan duit haram.

P1 PENIPU.

~KHAI. M~



Friday, December 10, 2010

JANJI MEREKA



My Laptop @ TSMSS25
2313
4 Muharram 142 H / 10 Dec 2010



Assalamualaikum w.b.t

Kalau di akhbar arus perdana memang tak akan berjumpa sudah pasal isu-isu harga ni. Pelikan. Mana pergi rasa simpati mereka terhadap rakyat jelata. Yang miskin terus papa, yang susah tidak terbela, yang kaya berjaga-jaga sebab takut harta di hilang sekelip mata.

Kerajaan selalu berjanji itu dan ini. Hari ini berjanji tak akan naik tarif elektrik. Kita tengok sampai bila kerajaan nak cakap tak serupa bikin. 

Pelikan. Macam boleh menteri-menteri terbabit seolah-olah bagi jaminan barangan keperluan ini tidak akan naik harga.

1. Adakah mereka ini tidak buat kerja?
2. Adakah mereka ini sibuk berpolitik semata?
3. Adakah sebab yang buat research orang lain, beliau sekadar baca report.
4. Kerana memang tak ambil tahu pun sebenarnya pasal permasalahan rakyat.

Mungkin terlambat untuk aku bercerita pasal barang-barang naik harga ni. Tapi sengaja aku nak kasi tahu pada semua aku memang tidak puas hati dengan pentadbiran sekarang. Setakat aku ingat, dah dua kali harga naik diam-diam. Kenapa? Mereka semua perlu jawab.

Tengok sahaja berita di bawah. Apa janji menteri terbabit. Bukan paper 3 tahun lepas. Paper tahun ni. Tapi, naik juga. Lidah bercabang dan cakap tak serupa bikin. Panas !!!. Sorry aku tak edit pun pic ni. Aku ambil dari blog mana entah. Sorry la ya.

So korang semua. Apa lagi. UBAH SEKARANG !!!




~khai. M~

Saturday, December 4, 2010

Empat (4) Sekawan

28 Zulhijjah 1431H/4 December 2010 1206 My Room @ PBIK
Assalamualaikum w.b.t Memang menarik dan hangat berita yang keluar hari ini. Pasal 4 sekawan yang yang tiba-tiba harganya naik. Memang benar slogan yang dilaung-laungkan dalam 1 Malaysia.
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN
Maka pada pemahaman aku, hari semua rakyat telah didahulukan untuk merasai kenaikan yang tidak seiring dengan pendapatan masing-masing. Sebenarnya mahu sahaja aku membuat anlisa berkitan kenaikan harga 4 sekawan ini sejak daripada zaman Pak Lah sehingga zaman Najib.
Tapi aku tidak menyimpan data-data berkenaan. Harap aku akan berjumpa dengan data berkenaan untuk membuat analisa lengkap. Nak tengok macam mana seksa nya aku sebagai penduduk Malaysia yang dipenuhi dengan kekayaan sendiri. Mari kita server kata-kata orang yang berkenaan: Bagus jawapan beliau kan? Kalau nak cari dalam utusan meloya dengan berita hairan memang tidak menjadi tajuk utama la. Aku rasa macam tak lama dah kerajaan sekarang ni.
~khai. M~

Thursday, December 2, 2010

PENDEK

My PC @ MV 1830 26 Zul Hijjah 1431 H / 2 Dec 2010 Assalamualaikum w.b.t
December
Dah masuk bulan december rupanya. Bulan terakhir dalam rutin kitaran tahun masihi. Cepatkan masa berlalu. Mean dah masuk bulan ke 6 aku bekerja d company. Syukran Ya ALLAH.
Pilihan Raya
Signal PRU dah PM berikan. Sebab sebelum ni pun pernah kalau tak silap aku UMNO 'drag' pemilihan mereka sebab ada PRU. Nantikan kejutan daripada PM Malaysia.
AIR
Ahad ini 5 Dec 2010, moh kita ramai-ramai pakat turun ke masjid negara. Hantar memo pada KDYM Agung. Kita semua mesti dapatkan semula perkara asas dalam kehidupan kita. Baik ahli UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, AKIM ke semua pakat turun sebab jangan tipu diri sendiri. Korang semua guna air tiap-tiap hari. Tak kan korang nak bagi satu keturunan sahaja untung. Kita patut sama-sama untung.
~khai. M~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...