Saturday, July 4, 2009

1971,1972, 1983, 1985 tikam nombor ke

24 ALLAH kurniakan kita dengan masa dua puluh empat jam sehari. Adakah cukup dengan masa tersebut untuk kita melakukan kerja-kerja seharian kita. Tentu ada yang kata tidak cukup. Ada yang cakap lebih sangat. Ada juga yang berkata, kalau kita pandai menguruskannya, tentu kita akan dapat memenuhi dengan aktiviti dan perkara yang berfaedah. Bagi pelajar, tentu sekali kata tidak cukup. Kononnya banyak sangat assigment yang diberikan oleh lecture dan sebagainya. Namun bagi aku itu semua alasan biasa bagi seorang student. Mungkin juga alasan tersebut pernah aku gunakan untuk menyelematkan diri. Aku sendiri pun tidak beberapa ingat. Kalau dalam TV, 24 merupakan sebuah drama Inggeris yang ditayang di stesen swasta. Kenapa tiba-tiba aku bercerita mengenai angka 24 ini. Tentu ada istimewanya. Entry kali ini memang istimewa. Entry ke 100 selama enam bulan laman ini dibuka sempena sambutan hari lahir aku yang 24. Alhamdullilah, bersyukur aku kepada ALLAh yang telah memanjangkan umur ehingga sejauh ini. Aku bersyukur atas pemberian yang telah diberikan. Kesihatan yang sempurna, keluarga yang berkasih-sayang, kawan-kawan yang bersama ketika susah dan senang, bakal orang rumah yang cantik akhlak dan berbudi bahasa, rezeki yang tidak pernah putus dan pelbagai lagi yang tidak aku dapat untuk coretkan sepanjang aku berumur 24 tahun ini. Bagi rakan-rakan yang bakal mengucapkan selamat hari lahir pada 6 Julai 2009 ini, aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengingati hari lahir aku walaupun kalian berada jauh di sisi. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk kakak aku.
1 Julai - Siti Khatijah Harun(Ctok-No 6) 5 Julai - Norashikin Harun(Along-No 1) 19 Julai - Samseema Harun(Kak Dah-No 2)
Terima kasih atas bantuan dan kasih sayang yang diberikan sejak aku kecil sehingga kini. Aku tujukan lagu ini khas untuk 3 kakak aku dan rakan-rakan yang menyambut hari lahir di bulan Julai.
Yang tulus ikhlas Ingin sekali sekala dirinya dibalas Walau hanya dengan dakapan di angin lalu Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima Cukup dengan salam dan manis doa Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta Dan leburkan saja serpihan calar derita Selamat ulang tahun sayang Kini kau bersayap, pergilah terbang Rentaslah langit cita cita mu Harap nanti kita 'kan bertemu Selamat ulang tahun sayang Janganlah engkau tak terbang pulang Ku nanti penuh kerinduan Selamat tinggal, selamat jalan Aku hanya inginkan engkau setia Kerana setia yang mencipta bahagiamu
SELAMAT ULANG TAHUN KE 24 KHAI MOGA ALLAH MERAHMATI DAN MURAHKAN REZEKI ANDA!!!
khai. M

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...