SEPARATION OF FRUCTOSYLTRANSFERASE USING ULTRAFILTRATION ON MEMBRANE: EFFECT OF Ph AND IONIC STRENGTH ON FLUX AND REJECTION
Untuk fasa pertama bagi analisa optimum pH telah berjaya aku siapkan dalam masa dua hari. Tunggu untuk recheck result yang dah dapat before jumpa Dr. Mimi.
Lepas ni kena mengangkat pulak semua sample FTase ke Lab FKASA di Blok Z untuk analisa concentration menggunakan TOC.
So, aku boleh katakana 35% run experiment dah pun siap. Tunggu untuk fasa kedua experiment dan akhirnya writing.
Doakan aku dapat siapkan dengan segara ya.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMudan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Selemah-lemah iman adalah dengan membantah dalam hati atas segala maksiat yang berlaku. Adakah aku juga berada dalam golongan yang lemah imannya.
Aku amat tidak bersetuju dengan segelintir rakan-rakan yang meninggalkan solat. Solat wajib pun tak lakukan apatah lagi solat sunat. Solat wajib aku tak nak selidik sampai lubang cacing, cuma yang aku perhatikan ialah SOLAT JUMAAT .
Bila ternampak kawan-kawan yang takSOLAT JUMAAT, ayat pertama daripada mulut aku ialah gilo apa. Apa yang pelik ialah, mereka ini tidak ada hati dan perasaan takut pada ALLAHka? Aku bersyukur pada ALLAH sebab memberi hatiku ini untuk selalu mengingatiMu.
Bukan aku tidak boleh tegur dengan mulut, tapi biasa lah kalau kawan-kawan, bila kita tegur egonya makin naik. Nanti sampai bergaduh pula. Semata-mata tegur untuk solat. Sampai bila lah nak jadi JAHIL macam ni.
Kalau pembaca ada cara untuk aku bantu kawan-kawan aku ni, tinggalkan komen ya. Terima kasih.
Aku sertakan juga HUKUM SOLAT JUMAAT
Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Padanya dicipta Adam as, padanya dia dimasukkan ke dalam syurga dan padanya juga dia dikeluarkan daripadanya. Dan Qiamat tidak berlaku kecuali pada hari Jumaat.”
Hadith di atas menunjukkan dengan jelas keistimewaan hari Jumaat. Dalam Islam, kelebihan hari tersebut bertambah dengan satu ibadat yang tidak disyariatkan pada hari-hari lain dalam seminggu iaitu solat Jumaat.
Hukum Solat Jumaat
Hukum solat Jumaat ialah Fardhu ‘Ain ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya. Ini berdasarkan dalil-dalil berikut:
Al-Quran
Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli.”(Surah al-Jumuah, ayat 9).
Hadith
Sabda Rasulullah saw bermaksud, “(Solat) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”Syarat Wajib Solat Jumaat
Solat Jumaat diwajibkan ke atas orang yang memenuhi tujuh syarat berikut:
1. Islam
Solat Jumaat hanya diwajibkan ke atas orang Islam. Orang kafir tidak dituntut berbuat demikian. Walau bagaimanapun, pada hari akhirat nanti, mereka akan diazab kerana enggan memeluk agama Islam.
2. Lelaki
Solat Jumaat diwajibkan ke atas orang lelaki dan tidak pada orang perempuan. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, orang perempuan sibuk mengurus anak dan rumahtangga. Banyak kesulitan akan timbul jika mereka juga diwajibkan menunaikan solat Jumaat.