Wednesday, May 25, 2011

TINGGALKAN SOLAT. JIKA ANDA ADA IMAN.BACALAH.

25 May 2011
22 Jamadil Akhir 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Soutul Mujahid merupakan graduan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik Perubatan. Penulis juga merupakan pengarang bagi blog www.soutulmujahid.blogspot.com
By: Soutul Mujahid

Sekiranya kalian haus semasa hayat kalian, kalian boleh meminum rezeki Allah yang enak-enak. Sirap bandung, kopi, sirap... Semuanya kalian boleh teguk untuk menghilangkan dahaga. Tetapi, air manakah yang bisa menjadi asbab untuk menghilangkan dahagamu ketika kalian menghadapi sakaratul maut?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sungguh cergas kalian berlari ke sini-sana mengejar bola di tengah dan tepi padang. Berapa gelen peluh yang kalian keluarkan untuk tujuan itu? Tidak malukah kalian, kalian mampu berlari ke sini-sana, tetapi tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat yang tidak perlu mengeluarkan bergelen-gelen peluh.

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian berasa lapar sekiranya tidak bersarapan, tidak menjamah makanan tengah hari, dan tidak menjamah santapan malam. Tetapi, tidakkah kalian pelik, jiwa kalian kosong daripada santapan rohani, tetapi kalian tidak sedikitpun berasa lapar.

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sedarlah, golongan yang mendirikan solat 5 waktu ditambah dengan amalan-amalan sunat pun tidak dijamin syurga, inikan pula kalian yang meninggalkan kewajipan yang merupakan dosa besar! Tidakkah kalian tahu, tiada pilihan ketiga selepas syurga dan neraka?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian sanggup berjam-jam menghadap facebook, blog, dan youtube, tapi kalian tidak sanggup untuk meluangkan hanya sedikit masa untuk berdamping dengan Pencipta kalian. Tidakkah kalian berasa malu?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Setiap saat Allah SWT mengurniakan nikmat yang tidak terhitung, tidak malukah kita sewenang-wenangnya mengkhianati Pemberi nikmat itu? Adakah terlalu payah untuk memanjatkan kesyukuran dengan bersolat?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Ingatlah, Nabi Muhammad SeAW bersyukur dengan menunaikan solat sehingga kakinya pecah-pecah. Itu Nabi SAW yang telah dijanjikan syurga dan sangat dekat dengan Allah! Bagaimana dengan kita yang rendah dan hina ini? Masih mahu meninggalkan solat?

Jika mata batinmu tidak mampu menangkap dan mencermati secara adil terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah Maha Pencipta dan tidak mampu mencintai-Nya dengan kecintaan yang hebat, maka janganlah kamu tidak mencintai pemberi nikmat yang berbuat baik kepadamu. Jangan sekali-kali lebih rendah daripada seekor anjing, sebab anjing itu mencintai tuannya yang selalu berbuat baik kepadanya. [Imam al-Ghazali]


-khai. M-
 

Sebulan di TW

25 May 2011
22 Jamadil Akhir 1432 H


Assalamualaikum w.b.t

Sebulan.

Pejam celik sudah sebulan aku bertukar ke new company. 

Banyak juga yang aku belajar disini. Dulu buat ball valve, sekarang belajar pula pasal safety valve.

Best di sini sebab banyak training yang di providekan. Pilih sahaja apa training yang aku nak pergi.

Boss,

Erm, aku pun jarang-jarang jumpa boss. Boss memang bz bangat. Apa pun aku decide sendiri. Tapi buat masa sekarang aku selaju berbincang dengan senior-senior di sini. 

Oraitlah. Itu sahaja nak bagi tahu. Chowww..


-khai. M-

Sunday, May 22, 2011

La la la la ....

22 May 2011
19 Jamadil Akhir 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Kononnya macam under construction la kan. Tapi sebenarnya sebab tengah rajin-rajin nk update sikit-sikit. Mata tiba-tiba je mengantuk. Lalu dengan mudah nya aku pun letak ka under construction. 

Terima kasih la anep budak sengal yang rajin datang sini walaupun aku tulis under construction. 

Hari ni aku berjaya update sikit heading laman ni. Tak la nampak entah apa-apa kan. 

Rajin pula kan. Tapi homework belum siap ni. Erm....macam zaman study pulak. Weekend pun ada homework. Tapi tak pe lah. Pengalaman mengajar erti kehidupan. 

Jam pun dah sebelas ++, mata pun stim semacam ni. Bantal atas katil tu dah macam memanggil-manggil, mintak bermanja dengan aku ni. 

Orait. chaw chin chaw.

-khai. M-

Thursday, May 19, 2011

Sunday, May 8, 2011

BERTUKAR


5 Jamadil Akhir 1423 H
550pm




Assalamualaikum w.b.t
Ahad ku tidak ketat sangat minggu ini. Jadi aku ringan-ringankan tangan untuk update laman kesayangan aku ini. 


Entry kali ini masih berkisar tentang kehidupan ku kebelakangan ini. Bukan mudah untuk aku coretkan sesuatu di sini jika ikut kan mata aku yang asyik kuyu sahaja sejak akhir-akhir ini. Entah apa yang aku mengantuk sangat.

Baiklah. Kali ini aku dengan rasminya mengumumkan di laman ini yang aku telah dengan izinhNYA selamat bertukar. Bertukar? Tukar apa?

Selamat bertukat tempat kerja. 

MIR Valve Sdn. Bhd.

Setinggi penghargaan aku ucapkan kepada my Boss, Philip Wong. Banyak sangat tolong meng'build up' my career. Dengan kepercayaan yang diberikan, akhirnya aku dapat menjiwai segala gerak kerja as Technical Costing Engineer. 

Bukan mudah untuk aku menyaluti kepada otak ini berkenaan dengan pelbagai material yang ada di atas muka bumi ALLAH ni. Daripada basic material as Carbon Steel until Duplex SS dan lain-lain. Daripada forging material aku mengenali casting material. Daripada yield strength aku dapat tahu kelebihan setiapa material yang digunakan.

Ada juga entry-entry sebelum ini yang aku bercerita mengenai ball valve kan. Semua nya kerana pembacaan demi pembacaan yang aku buat selama aku di posisi TC Eng. 
Jika sebelum ini aku hanya tahu ASME B16.34 itu hanya surface sahaja, kini aku tahu pentingnya standard ASME B16.34 dalam dunia material. 
Sebelum ini aku tidak pernah dengar mengenai API 6D, kini aku sudah tahu bukan sahaja API 6D, tapi aku juga mengetahui berkenaan API6D SS dan API 6A. 

Banyak standard yang aku pelajari sepanjang aku di MIR. Terima kasih kepada Chuah KL and Siti Aishah. 
Banyak rupanya yang aku pelajari sepanjang di MIR. Tapi jodoh kami tak panjang, cuma sepuluh bulan sahaja aku bersama Engineering Department. Namun sepanjang disana, element kekeluargaan yang terbina menyebabkan aku senang untuk disamaping mereka.


Transwater API Sdn. Bhd.
Kini aku sudah bertukar syarikat. Masih lagi dalam dunia Valve. Jika di MIR aku bergelumang dengan ball valve. Kali ini aku bergelumang pula dengan Pressure Safety Valve and Pressure Relief Valve. 

Bermula semula episod pembacaan aku dengan standard yang dipakai. Contohnya API 520, API 526 and API 527. Jadi aku tidak lah boleh berceloteh panjang sangat kerana aku masih mencari rentak untuk memulakan dunia baharu. 

Di TW aku diletakan di Valve Division-Project.

Chhoooowww.

-khai. M-

SELAMAT HARI IBU

5 Jamadil Akhir 1423 H
319pm

Assalamualaikum w.b.t
Salam sayang untuk semua.
24 tahun lalu.

Aku tidak mengerti apa-apa. Siapa kah itu? Kenapa pakaian nya pelik daripada yang lain. Berbungkus dan berbalut. Lalu aku melihat dan meneliti wajahnya. Ya. Benar. Ini emak. Aku mengoncang mak. Bangun-bangun. Tidak ada tindak balas daripada beliau. 

Sekarang.

Ketika itu usia ku baru mencecah 2 tahun. Aku langsung tidak ingat dan tidak mengerti kenapa emak berpakaian demikian. Yang aku ingat sekadar apa yang aku ceritakan diatas. 

ALLAH lebih mengetahui. Kenapa aku langsung tidak ada memori bersama emak. Bagaimana rupa emak, gambar tinggalan sahaja yang mengenalkan aku kepada emak. Bagaimana kasih sayang emak, hanya cerita daripada kakak-kakak ku sahaja yang menjadi simpanan dalam memori ini. Selebihnya aku tidak tahu apa yang berlaku. 
Kini tiap tahun aku akan menziarahi pusara emak bersama adik beradik yang lain. Membacakan yassin dan mendoakan beliau ditempat kan dikalangan hamba-hamba ALLAH yang beriman. Tiap-tiap pagi aku akan mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah emak ku.

SELAMAT HARI IBU. KASIH IBU SAMPAI KE SYURGA.

 -khai. M-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...