Sunday, February 13, 2011

Pemilihan CHEST 2011

My Laptop @ PBI
1213
10 Rabiul Awwal 1432 H / 13 February 2011


Assalamualaikum w.b.t

Sejak sudah meninnggalkan dunia mahasiswa 1 tahun 4 bulan yang lepas, aku sudah tidak berkesempatan untuk mengambil tahu berkenaan pilihanraya kampus. Sama ada pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa mahupun pemilihan peringkat FKKSA kesayanganku iaitu Chemical Engineering Student Society. 

Mengikut status-status yang aku terbaca di FB junior-junior, kempen CHEST sudah pun bermula dengan pengenalan manifesto calon-calon pada malam semalam. Manakala pemilihan MPM, aku tidak berkesampatan nak jenguk FB rakan-rakan yang lain.

Apa-apa pun, bagi adik-adik yang menjadi calon untuk CHEST khususnya, silalah memegang amanah tersebut sebaiknya.

1) Jangan ingat pegang jawatan itu untuk glamour semata-mata. Lebih-lebih lagi memegang status president.

2) Jangan gunakan kesempatan memegang jawatan ini untuk 'tuang' kelas. Study tetap no .1.

3) Jangan buat program untuk exco-exco dan seretariat sahaja, tetapi berusahalah untuk tarik seramai mungkin ahli CHEST yang hampir 500 orang itu.

4) Fokuslah dalam menjaga kebajukan mahasiswa CHEST dalam isu major mahupun minor.
5) Kukuhkan dahulu organisasi CHEST dan jalinkan persefahaman antara kalian  apabila mengambil alih tampuk kepimpinan.

6) Terus kekalkan CHEST sebagai sebuah society yang HEBAT dan diSEGANI oleh MPM mahupun persatuan fakulti yang lain. CHEST, Cemerlang, Gemilang & Terbilang. 

7) Teruskan jalinan kerjasama CHEST dengan pihak industri mahupun dengan matrikulasi & sekolah di seluruh negara dalam mempromosi keupayaan mahasisa FKKSA memenuhi keperluan industri.

8) Eratkan perhubungan bersama alumni FKKSA bagi memudahan mahasisa FKKSA mencari peluang pekerjaan.

9) Mohon nasihat yang sepatutnya daripada penasihat CHEST dan juga mantan-mantan MT yang lain. Mean jangan buat kerja syok sendiri.

10) Terus kukuhkan hubungan baik dengan pentadbiran FKKSA dan UMP.

11) Terus berusaha untuk lahirkan usahawan mahasiswa dengan bantuan dan kerjasama CHEST.

Sekian,



MOHD KHAIRUL AFIZAN HARUN
Mantan President
Chemical Engineering Student Society (CHSET)
2006/2007
UMP.


khai. M 
  

2 comments:

chocochoky said...

awat pelik je acronim, CHSET. kalau kat uitm panggil CHESS

khai. M said...

lain padang pain belalang..he3.

bukan CHSET la.....

tapi CHEST..chemical engineering student society...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...