Sunday, February 27, 2011

DIA BUKAN PEMIMPIN CEMERLANG

My Laptop @ TSMSA
1048
24 Rabiul Awwal 1432 H / 27 February 2011


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah pemilihan MPP di UMP telah selesai. Aku memang tidak terlibat apa-apa dengan pemilihan ini. Iyelah tak kan muka tak malu as alumni nak masuk campur. Pandai-pandai lah mereka memilih pimpinan mereka. Tugas aku sekarang ini memiliah pimpinan negara pula.

Cuma ada sorang dalam calon-calon umum yang bertanding memang aku tidak puas hati. Berikut aku berikan sedikit butir diri beliau.

ID No. : EC09086
Jawantan time aku kenal : Pengarah Expo Niaga
Kawasan bertanding : Umum
Status: Kalah

Berikut sebab kenapa aku tidak puas hati dengan beliau.

1) Kes nya mengenai tapak expo niaga 2010.

Seperti 3 tahun yang sebelumnya, aku berniaga bunga sempena expoconvo . Tahun lepas aku seperti biasa menunggu procedure untuk membuat tempahan di gerai konvo. 

Procedure:
1) Unit Usahawan (ketika itu)/JK Exponiaga akan keluarkan announcement di memo. 
2) Aku akan dapatkan borang di unit berkenaan.
3) Siap isi borang, hantar dengan bayaran yang ditetapkan.
4) Tunggu tapak yang akan disediakan.

Namun procedure tersebut tidak ada sehingga tarikh convo sudah hampir tiba. Setelah mendapatkan maklumat mengenai person in charges yang terlibat, lalu aku menilifon beliau.

Ringkasan perbualannya begini. Beliau mengatakan:

1) Tawaran lot gerai sudah dikeluarkan macam biasa.

Jawapan aku: Memang ada keluarkan announcement. Tapi semasa mereka keluarkan tawaran. Tapak gerai bunga awal-awal lagi mereka dah tutup. Tak ada tawaran pun dibuat. Mana ada ketelusan kerja disini. 

Aku mendapat tahu, salah tiga tapak gerai bunga diambil oleh mereka sendiri. Bila aku tanya. Beliau menjawab itu hak mereka untuk buat macam 2. Baiklah tidak mengapa. Yang paling aku terkejut.

2) Berapa percent keuntungan yang u dapat u bagi pada expoconvo.

Jawapan aku: Terkejut. Sejak bila pula ada nak kena bayar duit 'bawah meja' baru boleh dapat lot gerai? Kan bayaran dah ditetapkan dalam borang permohonan. Kenapa nak bagi percent lain pulak. Dia jawab sebab expoconvo sebelum-sebelum ni rugi. Aku beristigfar. Bukankah ini satu bentuk rasuah. Kena bagi duit lain pula baru boleh dapat lot gerai. Beginikah pemimpin yang buat kerja telus. Siapakah yang mengeluarkan arahan supaya percent keuntungan dibahagikan lagi dengan ecpoconvo selain bayaran sewa gerai. 

Akhirnya, setelah campur tangan pihak staff (terima kasih aku ucapkan), aku berjaya dapatkan lot gerai. Tapi barang di ingat, aku berniaga untuk mencari dana bagi Alumni UMP. Bukan semata-mata untuk diri sendiri. Maknanya aku mencari dana untuk persatuan yang beliau sendiri wajib menjadi ahli sebaik tamat pengajian di UMP. Maka duit tersebut juga akan mengalir ke program-program yang bakal dijalankan unutk beliau juga.

Bila bayaran nak dibuat.

1) Beliau bagi acc CIMB beliau sendiri.

Pelik Sepanjang aku memegang jawatan, persatuan tersebut tentulah mempunyai acc sendiri. Lebih-lebih lagi expoconco. Bila aku tanya kenapa pakai acc personnel. Beliau jawab. Bendahari UMP benarkan. Lagipun katanya kalau duit masuk bendahari susah kami nak keluarkan.

Susah atau senang anda yang kena uruskan. Yang penting mesti ada accountability. Mereka perlu berbincang dengan bendahari untuk mengurang birokrasi dan sebagainya. Barulah orang boleh percaya anda. Kepercayaan aku makin kurang.

Akhirnya aku contact sendiri staff yang terlibat untuk maklumkan aku akan bayar cash sahaja. Alhamdullilah beliau setuju.

Kesimpulannya: 

1) Beliau adalah manusia yang tidak bertolak ansur.
2) Mementingkan keuntungan semata-mata.*
3) Tidak ada ketelusan dalam menjalankan kerja. 
4) Susah untuk dibawa berbincang. 
5) Pentingkan diri untuk menunjukan beliau yang terbaik.

Enrty ini bukanlah untuk mengutuk beliau. Itu aku tak sebutkan nama & upload pic beliau. Tetapi adalah untuk:

1) Ketidakpuasan hati aku bekerjasama dengan beliau.
2) Untuk beliau bermuhasabah pendekatan sebagai seorang leader.
3) Bekerja dengan lebih telus.
4) Untuk pengajaran student leader di UMP.


Enty ni dah lama. Cuma tersimpan dalam draft. Sebab bz. So aku just uplod dan masukan sedikit info semasa.

Sekian. 

-khai. M-



2 Bulan YG BZ

My Laptop @ TSMSA
1227
24 Rabiul Awwal 1432 H / 27 February 2011




Assalamualaikum w.b.t

Barulah boleh aku menarik nafas lega. Lelah, semput dan macam-macam. Awal tahun memang banyak projek. Projek daripada Petronas saja dah menimbun. Hope kalau projek semua masuk, adalah bonus kami tahun ni.

Bermula daripada akhir 2010 sehingga last week projek masuk tak henti. Sama ada projek daripada Australia, Timur Tengah atau daripada Petronas sendiri. Sume nya nak kena siapkan proposal untuk projek tersebut. 

Tapi atas usaha aku yang amat gigih, selalu balik lambat walaupun Engineer tak da OT, selalu datang awal, walaupun HR xpernah nak tahu hargai kegigihan Engineer-engineer di engineering department ni. Akhirnya aku berjaya siapkan semuanya. Alhamdullilah.

Minggu depan, ada rakan sejawat baharu yang masuk. Hope sekepala lah mintaknya.


-khai. M-

Sunday, February 13, 2011

Pemilihan CHEST 2011

My Laptop @ PBI
1213
10 Rabiul Awwal 1432 H / 13 February 2011


Assalamualaikum w.b.t

Sejak sudah meninnggalkan dunia mahasiswa 1 tahun 4 bulan yang lepas, aku sudah tidak berkesempatan untuk mengambil tahu berkenaan pilihanraya kampus. Sama ada pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa mahupun pemilihan peringkat FKKSA kesayanganku iaitu Chemical Engineering Student Society. 

Mengikut status-status yang aku terbaca di FB junior-junior, kempen CHEST sudah pun bermula dengan pengenalan manifesto calon-calon pada malam semalam. Manakala pemilihan MPM, aku tidak berkesampatan nak jenguk FB rakan-rakan yang lain.

Apa-apa pun, bagi adik-adik yang menjadi calon untuk CHEST khususnya, silalah memegang amanah tersebut sebaiknya.

1) Jangan ingat pegang jawatan itu untuk glamour semata-mata. Lebih-lebih lagi memegang status president.

2) Jangan gunakan kesempatan memegang jawatan ini untuk 'tuang' kelas. Study tetap no .1.

3) Jangan buat program untuk exco-exco dan seretariat sahaja, tetapi berusahalah untuk tarik seramai mungkin ahli CHEST yang hampir 500 orang itu.

4) Fokuslah dalam menjaga kebajukan mahasiswa CHEST dalam isu major mahupun minor.
5) Kukuhkan dahulu organisasi CHEST dan jalinkan persefahaman antara kalian  apabila mengambil alih tampuk kepimpinan.

6) Terus kekalkan CHEST sebagai sebuah society yang HEBAT dan diSEGANI oleh MPM mahupun persatuan fakulti yang lain. CHEST, Cemerlang, Gemilang & Terbilang. 

7) Teruskan jalinan kerjasama CHEST dengan pihak industri mahupun dengan matrikulasi & sekolah di seluruh negara dalam mempromosi keupayaan mahasisa FKKSA memenuhi keperluan industri.

8) Eratkan perhubungan bersama alumni FKKSA bagi memudahan mahasisa FKKSA mencari peluang pekerjaan.

9) Mohon nasihat yang sepatutnya daripada penasihat CHEST dan juga mantan-mantan MT yang lain. Mean jangan buat kerja syok sendiri.

10) Terus kukuhkan hubungan baik dengan pentadbiran FKKSA dan UMP.

11) Terus berusaha untuk lahirkan usahawan mahasiswa dengan bantuan dan kerjasama CHEST.

Sekian,



MOHD KHAIRUL AFIZAN HARUN
Mantan President
Chemical Engineering Student Society (CHSET)
2006/2007
UMP.


khai. M 
  

Agent AIA




Assalamualaikum

Mahu la aku bercerita, last thursday, ada seorang mamat ni call, katanya dia daripada AIA Insurans.
AIA: bla..bla..
Aku: orait, saya dengar.
AIA: bla..bla..(10 min dah dia bercakap)
Aku: xpa, saya dah ada banyak insurans.
AIA: syarikat mana.
Aku: xperlu rasanya awak tahu. lagi pun saya ada simpanan juga dalam unit trust.
AIA:  jadi boleh saya tahu alamat en untuk saya hantar cover note.
Aku: xpa lah saya x berminat lagi sekarang.
AIA: en kena ambil skim ni
Aku: xpa2..saya x berminat.
AIA: eh en, no point kalau en banyak simpanan & invest dlm uni trust pn. en kena ambil AIA ni    
        juga...en ingat yang laen itu bagus ke..bla..bla..bla..bla..
Aku: (dlm hati, eh mamat ni boleh nk burukan company laen)

Then terus je putuskan talian.

Aku pun berfikir. Ada juga wkil insurans macam ni. Tidak dapat menerima penolakan dan tak tahu berbudi bahasa. 

Sepatutnya dia tidak ada hak untuk memburukan company lain dan dia tidak ada hak untuk paksa aku ambil skim dia. 

Pelik. Aku doakan dia berjaya nanti.


khai. M

Thursday, February 3, 2011

HAPPY CNY 2011

My Laptop @ TSMSA
1833
30 Safar 1432 H / 3 February 2011


Assalamualaikum w.b.t

Aku nak wish Happy Chinese New Year to all my Tiong Hua especially my friend Rhi Haw (eh betul x spell nama mamat ni), Wei Chek, Elein, Qio Hui, Kelvin Chong, dan yang lain.

Also to my boss Philip Wong & Farid Chia. My click KL Chuah.






HAPPY CHINESE NEW YEAR !!!!

khai. M


Kalah Teruk

My Laptop @ TSMSA
0049
30 Safar 1432 H / 3 February 2011


Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba, semalam Zack tersasul sebut bowling depan Pak Andi. Erm, Pak Andi yang sedang kebosanan terus setuju untuk main bowling.


1 practical student -ismail tolek-, 1 senior draughtsman -bro hasni-, 5 engineer -zack, bro zul, matt, khai, azmi-, 1 senior engineer -pak andi-, 1 VP - mr. is- mengambil bahagian. Tapi semua wangnya ditanggung beres oleh Pak Andi. Tempat di Ole-ole seksyen 18.

Kali ini 3 frame sekali maen. 1st time maen banyak macam tu. Tapi yang aku hangin pada diri sendiri prestasi memang teruk gila. Semua frame aku dapat corot & bawah 100. Apa da dengan tangan ni. Alignment dah lari kut.

Tapi bukan sebab tangan ja, bola pun tak berapa nak sedap. Tak ada lobang yang muat-muat dengan jari kacak aku ni. 

Puas hati sebab dapat maen ramai-ramai mereka. Tak puas hati sebab performance very bad. Hope lepas ni ada maen bowling lagi.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...