Sunday, April 25, 2010

Kisah Di Sebalik Percintaan

My Room @ TPP 11.56 pm 25 April 2010 / 11 Jamadil Awal 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Azhari (bukan nama sebenar) baharu sahaja berjaya mendapat kerja yang di idamkan. Bekerja di syarikat besar dan berstatus besar memang menjadi impian beliau sejak di bangku sekolah lagi. Kini Azhari berjawatan engineer di syarikat P. Humairah (bukan nama sebenar) baharu sahaja terpaksa berpisah dengan kekasihnya buat sementara waktu kerana kekasihnya memulakan kerjaya di sebuah syarikat di negeri lain. Humairah juga berstatus engineer, namun hanya di syarikat biasa sahaja di sebuah negeri M. Azhari dan Humairah sebenarnya pasangan kekasih. ALLAH menemukan mereka melalui rakan masing-masing ketika di alam pengajian. Setelah berkawan hampir setahun mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ini kerana Humairah melihat ramai rakan-rakan ketika belajar dahulu telah mendirikan rumah tangga. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama merasai kenikmatmatan membina masjid menuju jalan redha ALLAH. Namun dalam masa yang sama, Azhari dan Humairah sebenarnya belum bersedia daripada aspek material. Kerana masing-masing baharu sahaja memulakan kerjaya mereka. Namun dek kerana tidak mahu dikatakan lambat kahwin dan sebagainya, Humairah berusaha meyakinkan Azhari untuk berkahwin dalam masa setahun daripada tarikh mereka bersetuju untuk berumah tangga. Dek kerana belum bersedia daripada aspek material, Azhari tidak berhasrat untuk mengikat apa-apa ikatan bersama Humairah walaupun beliau menyanyangi kekasihnya. Setelah berpindah ke syarikat P, Azhari menetap bersama-sama rakan sepengajian yang turut mendapat kerja di syarikat P. Azhari awal-awal lagi sudah maklum kepada rakan-rakan yang mana beliau diajak oleh kekasihnya berkahwin dalam masa yang mereka tetapkan. Rakan beliau gembira kerana perkara tersebut mencegah daripada berlakunya sebarang kemungkaran. Pendapatan Azhari agak lumayan. Lebih-lebih lagi berstatus engineer dan masih bujang serta tiada tanggungan. Azhari mula menyimpan untuk kerja-kerja kahwin yang akan dijalankan dalam masa yang telah dirancang. Azhari menyimpan lebih separuh daripada pendapatannya semata-mata untuk hari bahaginya. Sehinggakan pendapatan bulanannya mencecah angka....... Sambungan, next entry. khai. M

2 comments:

Yopiscky said...

tolong..tolong jangan buat sambungan 'demi menyimpan wang beliau menyekat makanan seharian beliau'..
aku merayu ni haha

khai. M said...

haha..rayuan ko belum dterima..sbb lum sampai lg part 2..

eh ko mn th plk aku nk buat ayt 2...ni crt aku punya skrip la..ha3..

nk buat penulis skrip bersama ka..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...