Assalamualaikum w.b.t
Terasa lama aku meninggalkan laman ini. Sayang aku pada laman ini tidak berubah. Cuma kepala sedikit gagal untuk berfungsi akibat keletihan fizikal yang teramat sangat.
Berubah.
Aku bukanlah ustaz yang boleh memberi kuliah apatah lagi ceramah kepada kita semua. Namun coretan ini adalah peringatan untuk diri sendiri agar terus melakukan perubahan. Semoga pesanan untuk diri aku ini berguna untuk rakan-rakan yang lain.
Kenapa perlu berubah.
1- Untuk masa depan yang lebih baik (sudah pasti)
2- Membentuk diri dan akhlak yang lebih sempurna (impian setiap manusia yang mempunyai
akal fikiran)
3- Untuk kesenangan orang disekeliling kita.
4- Untuk semua lah.
Betul. Semua jawapan adalah betul. Tapi masing-masing ada sebab tersendiri untuk berubah. Sepanjang aku berada di kelas, aku dan rakan-rakan sekelas sering kali diingatkan tentang perlunya ingat kepada dunia yang satu lagi. Tentu semua tahu dunia yang satu lagi.
Mungkin sudah lama aku mengabaikan iman yang dikurniakan ALLAH. Kenapa jadi begitu. Ini lah dek kerana Islam yang kita semua dapat adalah mudah. Mudah bagaimana.?Mudah sebab kita lahir sahaja sudah pun Islam. Berbeza dengan mereka yang bersusa payah mencari agama. Mereka akan hargai agama yang ada pada mereka.
Satu artikel yang aku terbaca, bagaimana masyarakat Eropoh kini tertarik untuk menganut Islam sehingga gereja-geraja yang ditinggalkan di sana di turunkan salibnya dan dijadikan masjid. Begitu lah hebatnya mereka mencari agama.
Maka kalau kita rasa belum cukup amalan untuk ke dunia satu lagi, maka berubah lah dengan kadar segera. Ingat, umur itu adalah sekadar angka, angka yang besar tidak semestinya meniggalkan dunia ini lebih awal daripada angka yang kecil. Jadi terus lah beramal dengan kadar kesihatan yang kita ada. Kenapa? Kini ramai orang muda yang tidak ingin berbicara mengenai akhirat dan kematian, kerana menurut mereka itu semua bicara orang tua-tua. Tapi tidak kah kita tahu, kematian itu akan datang bila-bila sahaja. Ada pula orang tua yang belum tergerak hati untuk memikirkan nasibnya di akhirat, padahal boleh jadi ALLAH memanjangkan usianya supaya memberi kesempatan untuk kembali kepadaNYA. Ramai antara kita keliru dalam berbicara mengenai umur.
Berubah sebenarnya boleh berlaku dalam pelbagai perkara. Bukan sahaja daripada aspek agama, namun aspek kehidupan kita seharian. Dalam kehidupan seharian, tidak semua orang yang berada di sekeliling kita menyukai dengan diri kita. Kenapa.?Itu yang perlu difikirkan. Jangan jadi hati kering. Jangan jadi keras kepala. Jangan banyakan musuh di dunia. Jangan, jangan dan jangan. Fikir-fikirkanlah.
Bagaimana caranya untuk berubah. BERMUHASABAH setiap hari. Bila? Seperti yang disarankan oleh Rasul ALLAH. Sebelum tidur muhasabah apa yang telah di lakukan pada hari tersebut. Sebagai umat ISLAM, celakalah bagi kita apabila hari ini lebih teruk daripada hari semalam. Maknanya kita perlukan perubahan setiap hari.
Semoga kita sama-sama berjaya lakukan perubahan walaupun sedikit demi sedikit. Tapi yang penting, setiap perubahan yang kita lakukan mestilah ISTIQAMAH. InsyaALLAH berjaya.
khai. M
No comments:
Post a Comment