Tuesday, April 27, 2010

Kisah Di Sebalik Percintaan 2

My Room @ TPP 6.48 am 29 April 2010 / 15 Jamadil Awal 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Pendapatan Azhari agak lumayan. Lebih-lebih lagi berstatus engineer dan masih bujang serta tiada tanggungan. Azhari mula menyimpan untuk kerja-kerja kahwin yang akan dijalankan dalam masa yang telah dirancang. Azhari menyimpan lebih separuh daripada pendapatannya semata-mata untuk hari bahagianya.
Budaya menyimpan yang dilakukan oleh Azhari sememangnya satu budaya yang bagus. Apatah lagi amalan ini sememangnya dapat menjamin masa depan yang lebuh stabil. Ini kerana jika Azhari berfikir, jika beliau membuat pinjaman maksudnya perkahwinan yang berlangsung akan bersifat negative daripada aspek kewangan. Humairah juga melakukan perkara yang sama. Namun simpanan yang beliau lakukan tidaklah sehebat yang dilakukan oleh Azhari. Sebenarnya, simpanan yang dilakukan oleh Azhari adalah hasil paksaan Humairah. Ini kerana Humairah berkeras mahu mereka berkahwin seperti yang dirancang. Simpanan Azhari sebenarnya melebihi daripada perbelanjaan bulanan beliau. Mesti fahamkan ayat ini. Maksudanya, perbelanjaan Azhari sebulan adalah tidak mencukupi dek kerana mengikut kata kekasihnya. Walaupun begitu beliau masih terus untuk menyimpan agar perkahwinan mereka dapat dilangsungkan. Apa yang berlaku ialah....
Sambungan, next entry. khai. M

Sunday, April 25, 2010

Kisah Di Sebalik Percintaan

My Room @ TPP 11.56 pm 25 April 2010 / 11 Jamadil Awal 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Azhari (bukan nama sebenar) baharu sahaja berjaya mendapat kerja yang di idamkan. Bekerja di syarikat besar dan berstatus besar memang menjadi impian beliau sejak di bangku sekolah lagi. Kini Azhari berjawatan engineer di syarikat P. Humairah (bukan nama sebenar) baharu sahaja terpaksa berpisah dengan kekasihnya buat sementara waktu kerana kekasihnya memulakan kerjaya di sebuah syarikat di negeri lain. Humairah juga berstatus engineer, namun hanya di syarikat biasa sahaja di sebuah negeri M. Azhari dan Humairah sebenarnya pasangan kekasih. ALLAH menemukan mereka melalui rakan masing-masing ketika di alam pengajian. Setelah berkawan hampir setahun mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Ini kerana Humairah melihat ramai rakan-rakan ketika belajar dahulu telah mendirikan rumah tangga. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama merasai kenikmatmatan membina masjid menuju jalan redha ALLAH. Namun dalam masa yang sama, Azhari dan Humairah sebenarnya belum bersedia daripada aspek material. Kerana masing-masing baharu sahaja memulakan kerjaya mereka. Namun dek kerana tidak mahu dikatakan lambat kahwin dan sebagainya, Humairah berusaha meyakinkan Azhari untuk berkahwin dalam masa setahun daripada tarikh mereka bersetuju untuk berumah tangga. Dek kerana belum bersedia daripada aspek material, Azhari tidak berhasrat untuk mengikat apa-apa ikatan bersama Humairah walaupun beliau menyanyangi kekasihnya. Setelah berpindah ke syarikat P, Azhari menetap bersama-sama rakan sepengajian yang turut mendapat kerja di syarikat P. Azhari awal-awal lagi sudah maklum kepada rakan-rakan yang mana beliau diajak oleh kekasihnya berkahwin dalam masa yang mereka tetapkan. Rakan beliau gembira kerana perkara tersebut mencegah daripada berlakunya sebarang kemungkaran. Pendapatan Azhari agak lumayan. Lebih-lebih lagi berstatus engineer dan masih bujang serta tiada tanggungan. Azhari mula menyimpan untuk kerja-kerja kahwin yang akan dijalankan dalam masa yang telah dirancang. Azhari menyimpan lebih separuh daripada pendapatannya semata-mata untuk hari bahaginya. Sehinggakan pendapatan bulanannya mencecah angka....... Sambungan, next entry. khai. M

Friday, April 23, 2010

Bro Basikal

My Room @ TPP 9.21 pm 23 April 2010 / 9 Jamadil Awal 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Al-kisah peristiwa hari Jumaat. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai pulak si anib dan bro azman. Aku dan Apip bergegas daripada office untuk masuk yard. Jam 8 pagi yard dah tutup gate susah pulak nak soal jawab dengan 'guard officer'. Ada pangkat baru pulak aku bagi. Macam biasa, kejap lagi ada tool box briefing. Tiap-tiap pagi, helper, scaffolder, welder, technician, rigger dan macam-maca lagi akan dengar bebelan daripada supervisor dan HSE mereka. Nasib la labu. Aku macam biasa, duk lepak dulu dalam lab. 8.22 pagi, aku bergerak daripada lab ke jaket (tempat kena buat pre heat). Jauh nya daripada lab aku ni, lebih kurang kena lalu empat kali padang bola. Jauh kan. Jalan lah aku berseorangan sambil memandang 6 modul yang bakal keluar daripada yard ni. Bro malik dan halim dah lama ada di jaket. Sampai di jaket, aku pun keluarkan hp daripada poket, hasratnya mahu call halim. Tiba-tiba, bila aku pusing belakang, seorang brother petronas tercegat belakang aku sambil duduk dia atas seat basikal beliau. Bro basikal:Dapat tak Aku: Blurr Bro basikal: Buka pukul berapa tadi? Aku: Oo..tak tutup pun. Bro basikal: Erm..buka 24 hour.so maintained berapa.? Aku: (dalam hati, 2 dia..mn aku th, aku br sampai, tp jawab jg). Macam biasa la 150 Bro basikal: La, kalau dah panas buat apa mereka bakar lagi. Aku: Ntah.(sambil aku memandang tempat mamat sedang membakar dan tak pandang-pandang dah ke bro basikal) Bro basikal: Terus pergi. Nasib baik. 1st time aku bercakap dengan client. Tapi.. Sebenarnya bro basikal dah kena tipu dengan aku. Sebab aku baru sampai. Buka jam berapa, maintained berapa, dah achieved suhu atau belum semua aku tak tahu. Aku dah la tak bawa apa-apa tools nk cek benda alah tersebut. Kesian bro basikal tadi (beliau eng petronas) Moral of the story yang mengarut ni : 1) Jawab itu yakin sahaja. Mimik muka mesti mahu confident. Semua orang pun boleh yakin dengan kita. 2) Jangan tipu selalu. Sekali sekala tidak mengapa. Sebab kalau tak sampai suhu nanti boleh crack. Bila crack kena repair. Aku juga susah. Nanti orang duk atas jaket tenggelam dalam air. khai. M

Saturday, April 17, 2010

Berubah Lah

My Room @ TPP 10.10 pm 17 April 2010 / 4 Jamadil Awal 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Terasa lama aku meninggalkan laman ini. Sayang aku pada laman ini tidak berubah. Cuma kepala sedikit gagal untuk berfungsi akibat keletihan fizikal yang teramat sangat. Berubah. Aku bukanlah ustaz yang boleh memberi kuliah apatah lagi ceramah kepada kita semua. Namun coretan ini adalah peringatan untuk diri sendiri agar terus melakukan perubahan. Semoga pesanan untuk diri aku ini berguna untuk rakan-rakan yang lain. Kenapa perlu berubah. 1- Untuk masa depan yang lebih baik (sudah pasti) 2- Membentuk diri dan akhlak yang lebih sempurna (impian setiap manusia yang mempunyai akal fikiran) 3- Untuk kesenangan orang disekeliling kita. 4- Untuk semua lah. Betul. Semua jawapan adalah betul. Tapi masing-masing ada sebab tersendiri untuk berubah. Sepanjang aku berada di kelas, aku dan rakan-rakan sekelas sering kali diingatkan tentang perlunya ingat kepada dunia yang satu lagi. Tentu semua tahu dunia yang satu lagi. Mungkin sudah lama aku mengabaikan iman yang dikurniakan ALLAH. Kenapa jadi begitu. Ini lah dek kerana Islam yang kita semua dapat adalah mudah. Mudah bagaimana.?Mudah sebab kita lahir sahaja sudah pun Islam. Berbeza dengan mereka yang bersusa payah mencari agama. Mereka akan hargai agama yang ada pada mereka. Satu artikel yang aku terbaca, bagaimana masyarakat Eropoh kini tertarik untuk menganut Islam sehingga gereja-geraja yang ditinggalkan di sana di turunkan salibnya dan dijadikan masjid. Begitu lah hebatnya mereka mencari agama. Maka kalau kita rasa belum cukup amalan untuk ke dunia satu lagi, maka berubah lah dengan kadar segera. Ingat, umur itu adalah sekadar angka, angka yang besar tidak semestinya meniggalkan dunia ini lebih awal daripada angka yang kecil. Jadi terus lah beramal dengan kadar kesihatan yang kita ada. Kenapa? Kini ramai orang muda yang tidak ingin berbicara mengenai akhirat dan kematian, kerana menurut mereka itu semua bicara orang tua-tua. Tapi tidak kah kita tahu, kematian itu akan datang bila-bila sahaja. Ada pula orang tua yang belum tergerak hati untuk memikirkan nasibnya di akhirat, padahal boleh jadi ALLAH memanjangkan usianya supaya memberi kesempatan untuk kembali kepadaNYA. Ramai antara kita keliru dalam berbicara mengenai umur. Berubah sebenarnya boleh berlaku dalam pelbagai perkara. Bukan sahaja daripada aspek agama, namun aspek kehidupan kita seharian. Dalam kehidupan seharian, tidak semua orang yang berada di sekeliling kita menyukai dengan diri kita. Kenapa.?Itu yang perlu difikirkan. Jangan jadi hati kering. Jangan jadi keras kepala. Jangan banyakan musuh di dunia. Jangan, jangan dan jangan. Fikir-fikirkanlah. Bagaimana caranya untuk berubah. BERMUHASABAH setiap hari. Bila? Seperti yang disarankan oleh Rasul ALLAH. Sebelum tidur muhasabah apa yang telah di lakukan pada hari tersebut. Sebagai umat ISLAM, celakalah bagi kita apabila hari ini lebih teruk daripada hari semalam. Maknanya kita perlukan perubahan setiap hari. Semoga kita sama-sama berjaya lakukan perubahan walaupun sedikit demi sedikit. Tapi yang penting, setiap perubahan yang kita lakukan mestilah ISTIQAMAH. InsyaALLAH berjaya. khai. M

Friday, April 2, 2010

Lagi

My Room @ TPP 8.27 pm 02 April 2010 / 77 Rabiul Akhir 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Dulu terasa bagai jauh untuk menghabiskan kursus ini. Walaupun short course, namun jangka masa yang panjang menyebabkan aku kurang yakin dapat menghabiskan selama ini. Sudah lah berlainan bidang, jauh pula di negeri orang. Namun alhamdullilah, selagi diri termotivasi dan ada motivasi, kita mampu untuk menempuhinya. Seminggu, Itulah angka yang tinggal untuk aku menghabiskan kursus ini. Walaupun begitu aku masih mempunyai 3 bulan lagi di sini bagi menghabiskan sisa LI di SST @ Sime Darby Pasir Gudang. Walau kita merancang dengan baik, tapi kita masih belum tahu rezeki kita dimana. Andai rezeki aku untuk terus di sini, aku terima sebaiknya, jika andai kata rezeki aku berdekatan dengan keluarga, aku redho. Itu suratan takdir. Apa yang penting, aku dapat untuk membantu famili tercinta. InsyaALLAH, aku akan adakan entry khas untuk sahabat-sahabat IMCT. Tunggu. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...