Friday, November 27, 2009

ALLAHUKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Bilik No 4. Teratak Hj. Harun 10.40 pm 27 November 2009 / 10 Zulhijjah 1430H Assalamualaikum w.b.t ALLAHUKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Salam Eidul Adha untuk semua. Alhamdullilah kita masih dipanjang umur untuk merasa nikmat kehidupan dunia yang fana ini. Umur yang di pinjamkan ini seharusnya kita isi dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan pelbagai faedah untuk kita tuai di kemudian hari. Macam ustaz mahu beri ceramah pulak. Tidak la. Aku sekadar ingat mengingati antara kita sahaja. Sesudah usia sejauh ini, nikmat hari raya sebenarnya tidak terasa. Sekadar pergi menunaikan solat sunat di waktu pagi dan menziarahi kubur arwah bonda. Selepas itu pulang ke rumah melayan karenah stesyen TV ataupun melayan nafsu mata. Itulah keadaanya baik Eidul Adha mahu pun Eidul Fitri. Kenapakah agaknya budaya ini yang semakin menular pada masa kini. Ia seolah-olah penyakit berjangkit yang terkena pada semua rakyatnya. Kenapa? Kerana aku rasa perkara tersebut bukan hanya terjadi ke atas aku, namun juga ke atas mereka yang lainya. Kan..kan..kan.. Renung-renungkan.
khai. M

Sunday, November 22, 2009

Novel

Dorsett Hotel, Plentong Johor Bharu. 10.49 am 22 November 2009 / 5 Zulhijaah 1430H
Assalamualaikum w.b.t Aku baharu sahaja selesai membaca dua lagi novel tulisan Ramli Awang Murshid. Kali ini ia bercerita mengenai semangat hutan Keningau. Namun seperti biasa, jalan penceritaan yang digarap bagi aku sebenarnya berkait dengan kemasyarakatan. Apa yang paling aku suka ialah perkaitan dengan sifat dan kebesaran ALLAH. Apa juga kehebatan yang diceritakan ia akan kembali pada ALLAH. Untuk kali ini aku telah menghabiskan Novel Semangat Hutan & Tombirou Terakhir. Sepatutnya masih ada novel awal iaitu Tombirou. Walaupun tidak lengkap trologi ini, namun aku faham bagaiman kisah ini diceritakan. Pada pandangan aku, cerita ini tidak sehebat 3 novel yang aku baca sebelum ini yang juga tulisan beliau iaitu Cinta Sang Puteri, Hijab Sang Pencinta dan lupa tajuk sebuah lagi trilogi kisah tersebut. Apa yang aku cari dalam setiap novel ini ialah sifat dan kebesaran ALLAH yang sangat di agungkan oleh setiap watak yang ada. Aku cadangkan untuk kalian semua juga membaca novel tulisan ramli awang murshid ini. Semoga pengajaran yang ada dalam novel ini boleh kita jadikan panduan hidup kita bersama. p/s: saja nak kongsi cerita. sebab tak tahu nak tulis apa. khai. M

Thursday, November 19, 2009

Sunyi

Lama juga aku mendiamkan diri rupanya. Bukan maksud untuk melarikan diri daripada dunia sebenar. Namun dalam keadaan sekarang keletihan lebih menguasai diri berbanding untuk aku memasuki alam maya ini. Sunyi. Itulah keadaan sekarang. Namun keadaan ini perlu segera diserap. Keadaan ini aku akan alami sepanjang hidup selepas aku bila bergelar pekerja selepas ini. Namun, harap-harap tidak lah kebosanan dan kesunyian ini menghantui tanpa ada jalan penyelesaiannya. Banyak perkara baharu aku belajar sebenarnya. Ini adalah untuk memantapkan masa depan aku. Banyak teori-teori baharu aku masukan dalam 'hard disk' original ini. Namun data-data lama aku tidak pun deletekan. Ia amat berguna apabila digabung gunakan. Terasa rindu untuk berjumpa teman-teman lama seangkatan. Apa khabar kalian? Walau jauh pun kita, jangan kita putuskan silaturahim sesama kita. Selama aku hidup ini, ALLAH sentiasa menguji kita. Semunya adalah bagi menilai tahap iman hambanya yang lemah ini. Perkara yang selalu aku jumpa ialah rakan-rakan yang tidak menunaikan fardhu solat. Bagaimana untuk aku menegur mereka? Bukan kanak-kanak yang boleh ditegur. Lebih-lebih di tegur melenting dan sebagainya. Selemah-lemah iman, aku doakan pada ALLAH yang MAHA Kuasa untuk memberikan hidayah pada mereka semua untuk menunaikan kewajipan tersebut. Jumpa di lain catatan. khai. M

Monday, November 2, 2009

Pasir Gudang

Entry pertama dari Pasir Gudang, Johor Bharu. Sungguh mencabar mental aku. Keadaan benar-benar tidak sempurna. Tiada pengurusan yang ambil tahu pasal kebajikan kami. Tidak seperti di GEMs. Kawan-kawanku melaporkan mereka semua duduk di chalet-chalet selesa. Dalam aircond dan sebagainya. Tidak kira mereka berada di lumut, PD mahu pun cherating. Mereka tetap dalam keadaan selesa. Aku tidak minta itu semua. Cuma fikirkan dan berikan sedikit kebajikan pada kami disini. Ditempatkan disekolah tinggalan, denga kemudahan yang serba serbi kekurangan. Dengan keadaan air yang berbau dan kurang bersih. Bilik yang tidak langsung mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sangat menggusarkan aku. Itulah cabaran di sini. Gambaran untuk rakan-rakan se KUKTEM, keadaan tempat ini lebih teruk daripada KUKTEM 2003. Tidak mengapa, perjalanan aku seorang pelajar KUKTEM dan UMP memberi aku kekuatan mental untuk terus bertahan disini. Seperti biasa mendapat rakan-rakan baharu. Kebenyakannya lebih tua daripada aku. Bukan aku perasan muda. Tapi itu hakikatnya. Tapi yang aku paling tidak percaya, ada yang sudah bekerja 4 hingga 5 tahun sanggup berhenti kerja untuk mendapatkan sijil ini semata-mata. Besar pengorbanan mereka. Aku ada lebih kurang 8 bulan lagi di sini. ALLAH kurniakan kekuatan pada diri hambaMU yang lemah ini untuk terus berjuang demi masa depan yang cerah. Amen. Tapi.aku rindukan perniagaan aku. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...