Wednesday, September 23, 2009

Syahid Di Bumi Palestin

Salam Idulfitri.
Dalam kegembiraan menyambut kemenangan, dalam keperitan perut menahan tujahan air dan makanan, dalam lonjakan hati dapat bertemu rakan dan taulan. Sedar atau tidak, sahabat kita syahid di tanah air mereka. Sayu dan sedih kerana kejadian ini berlaku kepada sahabat sesama Islam di Palestin. Ubaida M.A Al-Qudis, syahid di tanah air beliau. Kejadian ini telah pun dimaklumkan oleh Saufi (rakan aku yang berada di UIA). Lantas aku mencari berita ini di internet. Bersyukur kita di bumi Malaysia, namun aku juga harapkan ALLAH sematkan kekuatan yang ada pada beliau dalam diri aku dan kita semua. Aku selitkan berita kematian beliau.
Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu. Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, "Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday." Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu. Kalau anda biasa beriqtiqaf di IIUM SHAH'S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa. Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini. Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya. Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya. Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.
Sumber : martinelli's blog
Teringat pula kata fazli (member sekolah) tempoh hari. Selemah-lemah iman, kita katakan tidak dalam hati. khai. M

Monday, September 21, 2009

Salam Eid Mubarak

Selamat Menyambut Idulfitri untuk semua rakan-rakan aku yang beragama Islam. Memang lambat entry ini. Tapi bak kata orang Melayu, raya kan sebulan. Jadi aku ambil kesempatan untuk wish pada semua. Tapi bagi yang tidak cukup sebulan jangan mahu beraya sakan. Gunakan bulan syawal yang mulia ini untuk mencari pahala bagi puasa enam pula. Sudah sebulan kita semua berpuasa, akhirnya alhamdullilah kita menyambut kemenangan bersama. Lebih manis kerana kita berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan jayanya. Mungkin bagi kita yang sudah besar belaka, Idulfitri hanyalah sekadar perkara biasa. Pagi bangun, mandi sunat idulfitri, pergi solat sunat idulfitri dan balik rumah tengok TV. Perkara ini lah sebenarnya yang hampir dilakukan oleh kita semua. Betul? Adakah kita perlu untuk menyalahkan stesen TV ini yang menyajikan pelbagai rancangan menarik? Itu lu pikirlah sendiri bak kata nabil. Disebalik sambutan idulfitri ini ada beberapa perkara yang kita tidak sedari. Pertamanya dimasa inilah kita berkumpul bersama famili dan bermaafan. Tuntas dalam masa yang sama mengeratkan kasih sayang antara keluarga. Susah sebenarnya untuk mengumpulkan semua jika tidak ada perkara atau sambutan seperti ini. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang ramai dan mempunyai kerjaya masing-masing. Keduanya, bagi yang sudah menceburi alam pekerjaan, tentu faham bagaimana sukarnya untuk cuti dan bertemu rakan-rakan lama. Namun terfikirkah kita ketika sambutan idulfitri inilah kita dapat berjumpa dan bertemu mata dengan sekalian rakan lama sama ada rakan sekolah, universiti atau rakan-rakan yang dikenali dimana-mana. Betul kan rakan-rakan aku yang bekerja? Rasanya itu sahaja coretan kali ini. Coretan pertama yang aku lakukan dari rumah di kampung halaman ini. Akhirnya sekali lagi aku ucapkan:
SALAM IDULFITRI UNTUK SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN
p/s: tq ilham dan ray @ aliff wish me hari raya via my blog. khai. M

DUIT masyuk KERJA daripada RUMAH

PERCUMA

membongkar rahsia KEKAYAAN

Thursday, September 10, 2009

Nak Tulis Apa?

Berkali-kali log in ke dashboard. Setiap kali itu juga hilang segala idea penulisan. Aku pun tidak tahu apa kah sebenarnya yang perlu aku tulis. Mungkin mood menulis belum tiba. Otak yang keletihan dan tekanan membaca lebih daripada seorang pelajar mungkin juga penyebabnya. Aku catatkan sahaja perkara penting dalam hidup ini agar laman ini tidak diam membisu sahaja: 1) Bulan Ramdhan dah mahu tinggalkan kita. Sedih rasa hati. Syaitan makin menjadi-jadi. 2) Berakhir Ramdahan, Syawal menjelma. Harapnya Syawal kali ini juga memberi seribu makna. Tapi kalau ada konvoi bersama rakan-rakan sekolah, mesti sudah kurang korumnya. Kerana ada yang sudah berumah tangga. 3) Seminggu selepas Idulfitri, aku akan bergraduasi. Jangan lupa memberikan hadiah yang berisi. Sekian.
khai. M

Tuesday, September 1, 2009

Tawar Dengan Sendiri

Salam Ramadahan untuk semua. Agak lama aku tidak meninggalkan sebarang coretan di laman ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi untuk menziarah laman ini. Tidak banyak aku mahu coretkan. Mungkin terlalu lama tersimpan di dalam hati, maka ia tawar dengan sendiri. Aku suka untuk katakan aku kembali kerna mencari yang hakiki, sinar pasti janji suci yang abadi. Adakah bertemu aku seperti yang tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Suka untuk ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan sekalian, ambil dan rebut lah peluang dalam penghulu segala bulan ini. Semai lah sebanyak mungkin benih-benih di dunia ini agar suatu hari nanti ia boleh untuk kita gunakan di alam yang satu lagi. Selamat berpuasa untuk pusingan kedua Ramadhan Al-Mubarakh.
khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...