Assalamualaikum w.b.t
11 February 2010. Genap dua bulan sebelum aku pergi untuk meninggalkan tempat menambah ilmu. Pelbagai ragam manusia yang aku temui sepanjang aku berada disini. Baik yang baik, mahu pun yang tidak baik. Namun secara keseluruhannya mereka semua baik belaka.
Alhamdullilah, dapat rakan yang mengambil berat antara satu sama lain, dapat juga rakan yang menolong ketika susah. Walaupun mereka rata-rata lebih muda daripada aku, namun perkara tersebut tidak membezakan kami semua. Bergaul dengan ramah, bergelak ketawa bersama dan sebagainya.
Dua bulan bukanlah satu jangka masa yang lama. Aku pasti tidak lama lagi akan sampai masa untuk meninggalkan mereka semua. Seperti biasa, aku pasti sedih kerana keakraban kami seperti adik beradik. Jika dahulu aku menjadi perhatian dek kerana aku seorang student leader. Tapi kini aku menjadi perhatian kerana perkara yang mengarut. Kena-mengena antara kami seperti biasa. Yang penting jangan ambil hati. Gurau senda ini menceriakan suasana setiap hari.
Dulu masa yang ada aku isikan dengan study dan meeting society. Ke sana ke mari sibuk dan menyibukan diri. Kini aku lapang. Siang hari aku ke kelas, malam nya selain menghabiskan waktu seketika mencari tempat LI, sempat juga aku menonton bola sepak. Seronok dapat mencari waktu untuk diri sendiri. Mungkin semua ini telah ditakdirkan ke atas aku. Terasa lapang setelah usia meningkat sebigini.
Sekarang aku cuma berdoa agar mendapat tempat LI yang terbaik untuk aku dan rakan-rakan. Semoga semua masa depan kita cerah untuk mencapai cita-cita.
khai. M
No comments:
Post a Comment