Assalamualaikum w.b.t.
GOSSSIP !!!!
Tangan menyeluk poket. Lalu hp dikeluarkan. Buka phone book. Mencari nama Masitah. Junior debat aka ex mantan Presiden Orator selepas aku.
Deringan nun jauh kedengaran dan seketika kemudian panggilan diangkat.
Mas : Hello
khai. M : Assalamualaikum
Mas : Waalaikumsalam
khai. M : di mana?
Mas : R & R Temerloh
khai. M : Makan banyak
Mas : Mana ada makan (ayat menafikan untuk tidak kelihatan *****)
Part seterusnya di potong. Sebab tidak ada kaitan dengan Mas mahu pun aku.
khai. M : siapa ####### yang follow p UM
Mas : adalah
khai. M : alah, itu pun nk rahsia-rahsia
Mas : ade gossip
khai. M : pasal apa, dengan siapa, siapa terlibat, siapa dengan siapa?
Mas : x boleh2..x boleh cerita. nanti saya kena rejam. bukan rejam jah..nanti kena ISA jg.
khai. M : motif benar dak ni..nk cerita sekerat-sekerat.
Mas : xboleh2...nnt kena rejam
khai. M : xpa2..nnt saya cari sendiri..
(cerita ini ada sedikit pengubahsuaian)
Itulah gosip sekerat yang cuba dibawakan oleh Mas. Kalau dulu pembawa gosip is Daus, sekarang Mas sudah ambil alih tahkta Daus. May be Daus sudah bersara.
Astagfirullahalazim. Sejak bila pula aku follow gosip-gosip macam ini. Pasal apa pun aku tak tahu. Tapi ini aja idea yang ada untuk update laman aku ini.
Sekian.
khai. M
Wednesday, February 17, 2010
GOSIP Sekerat !!!!
Kelas Instrument, Measurement & Control Technology
12.12 pm
17 February 2010 / 3 Rabiul Awal1431 H
Thursday, February 11, 2010
DUA B u l a N
Kelas Instrument, Measurement & Control Technology
2.25 pm
11 February 2010 / 27 Safar 1431 H
Assalamualaikum w.b.t
11 February 2010. Genap dua bulan sebelum aku pergi untuk meninggalkan tempat menambah ilmu. Pelbagai ragam manusia yang aku temui sepanjang aku berada disini. Baik yang baik, mahu pun yang tidak baik. Namun secara keseluruhannya mereka semua baik belaka.
Alhamdullilah, dapat rakan yang mengambil berat antara satu sama lain, dapat juga rakan yang menolong ketika susah. Walaupun mereka rata-rata lebih muda daripada aku, namun perkara tersebut tidak membezakan kami semua. Bergaul dengan ramah, bergelak ketawa bersama dan sebagainya.
Dua bulan bukanlah satu jangka masa yang lama. Aku pasti tidak lama lagi akan sampai masa untuk meninggalkan mereka semua. Seperti biasa, aku pasti sedih kerana keakraban kami seperti adik beradik. Jika dahulu aku menjadi perhatian dek kerana aku seorang student leader. Tapi kini aku menjadi perhatian kerana perkara yang mengarut. Kena-mengena antara kami seperti biasa. Yang penting jangan ambil hati. Gurau senda ini menceriakan suasana setiap hari.
Dulu masa yang ada aku isikan dengan study dan meeting society. Ke sana ke mari sibuk dan menyibukan diri. Kini aku lapang. Siang hari aku ke kelas, malam nya selain menghabiskan waktu seketika mencari tempat LI, sempat juga aku menonton bola sepak. Seronok dapat mencari waktu untuk diri sendiri. Mungkin semua ini telah ditakdirkan ke atas aku. Terasa lapang setelah usia meningkat sebigini.
Sekarang aku cuma berdoa agar mendapat tempat LI yang terbaik untuk aku dan rakan-rakan. Semoga semua masa depan kita cerah untuk mencapai cita-cita.
khai. M
Tag:
Academition,
Pasal Aku,
PG
Monday, February 1, 2010
Bosan Dengan Hidup Dunia
Location Biarlah Rahsia
11.34 pm
01 February 2010 / 17 Safar 1431H
Assalamualaikum w.b.t
Jam terus berdetik. Kepala masih berpusing. Dinding di depan bagaikan tembus. Bagai boleh melihat masa depan.
Walau dinding seolah-olah dapat diceroboh, namun keadaan terus kelam. Kekelaman tersebut terus menebal bagai awan berarak untuk meluahkan hujan.
Beginilah keadaanya jika sudah teramat bosan dengan hidup dunia. Tiada tempat mengadu domba, blog juga menjadi pendengar setia.
Kata orang jiwa kacau memang serabut. tapi aku masih belum faham macam mana jiwa boleh kacau.
Pelik, keadaan begini datang sendiri. Mungkin ini lah sebab dek memendam rasa dan asyik terasa.
Aku sendiri tidak mengerti dengan diri ini.
khai. M
Tag:
Pasal Aku
Subscribe to:
Posts (Atom)