Atas tuntutan diri sebagai wakil kepada anda sekalian. Maka saya titipkan nasihat ini untuk kita bersama.
Sejak akhir-akhir ini, dalam era kedatangan lecturer ke company masing-masing, maka angin bertiup kencang tanpa pokok bergoyang berkenaan hal untuk menamatkan Latihan Industri lebih awal daripada tarikh yang telah ditetapkan.
Tuntas perkara ini telah dipandang serius oleh pihak berkuasa fakulti. Ini kerana perkara ini telah bertiup di dalam kulit kesukaan ramai, itu sebab pokok tidak bergoyang, iaitu kulit buku atau bahasa orang putihnya, Facebook. Pihak berkuasa fakulti sangat risau jika perkara ini tersalah faham, atau disalah faham atau juga diambil kesempatan oleh pihak yang berkenaan.
Maka mereka telah menghulurkan tangan memberikan maklumat berikut:
kalau pun nak berenti LI, tak perlu spell out loud kat facebook. lain pulak ceritanya nanti. dan, pesanan untuk semua, tak semua kes fakulti akan luluskan. ketua program akan screen semua permohonan. so, bertindak dgn bijak..
dan, guna bahasa baik. cik bedah je. disrespectful. nak bercakap ikut sedap hati pun, guna la private message.
Jadi saya rasa, kita semua faham maksud message yang disampaikan dalam memo tersebut.
Lantaran message terus, saya telah mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai hal berikut:
saya pn nk mntk tlg jg..saya nk th status konvo kami..adakah benar akan ber konvo this oct atau mcm mn..?
sy mohon kerjasama ** atau pihak yang berkaitan untuk sekurang2 nya mengeluarkan memo @ announcement yg berkiatan. jangan gantung kami x bertali..
Hasil message tersebut, jawapan nya begini:
konvo confirm oktober. sbb tu evaluation LI buat awal. sbb senat nak luluskan u all awal, baru boleh konvo.
Saya kira, saya menjalankan kerja, bagi memenangkan kedua-dua pihak. Maka akhirnya, saya titipkan nasihat untuk semua agar perbincangan secara bersemuka kita lakukan dengan pihak berkuasa tersebut agar tidak timbul kekabutan di kemudian hari. Jika ada masalah ada eloknya terus berhubung dengan saya atau pihak fakulti.
Tapi di ingat kan juga, ini bukan saya bermaksud saya melarang demokrasi semua. Sekadar untuk tidak lebih menghitamkan keadaan yang sudah sedia ada hitam.
Akhir kata, salam sayang daripada saya untuk rakan-rakan dan juga pihak fakulti. Selamat menunaikan ibadah puasa. Tambahkan amal ibadah di bulan yang mulia.
Jaga akhlak, hiasi diri.
p/s:mesaage terpaksa di edit agar tidak menyinggung mana-mana pihak yang berkenaan.
Apa khabar semua? Sudah lama tidak mengemaskini laman kesukaan aku ini. Biasalah alasan yang sama dengan rakan-rakan yang lain.
Seperti yang sedia maklum, lecture akan datang ke tempat LI masing-masing dua minggu lagi. Maka ramai lah rakan-rakan yang bertanya mengenai report dan sebagainya.
Bagi memudahkan rakan-rakan yang bertanya, maka aku kongsikan bersama foramat report yang berkaitan yang perlu untuk disediakan. Harap-harap ia akan dapat membantu.
Rugi siapa yang tidak ambil peluang ini. Korang rasa kita akan jumpa lagi tawaran ini tahun depan. Jadi rebut lah peluang ini sementara masa ada. Jangan buang masa lagi. Nanti kita juga yang rugi.
Insyaallah, kita sama-sama menyambut tawaran hebat yang ada dalam penghulu segala bulan ini. Semoga sedikit amalan yang kita laksanakan dapat kita tuai disana suatu hari nanti.
'SELAMAT BERAMAL'
khai. M
duit masuk melimpah-limpahrahsia menjana duit daripada rumah
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.KenyangSepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
khai. M
duit masuk melimpah-limpahrahsia menjana duit daripada rumah
Malam ini aku hanya mahu ucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Hassan Ali kerana dengan beraninya 'memangkah maut' tindakan salah seorang Exco Selangor dalam proses untuk membenteras arak. Tindakan beliau yang 'tidak berlapik' adalah wajar untuk disokong bagi memastikan kemaslahatan ISLAM terjaga.
Sebagai umat Islam, keadaan seperti ini lah yang kita perlu untuk lebih sensitif walaupun sesetengah daripada kita mengatakan perkara ini isu-isu kecil sahaja.
Sedangkan jika kita fikir secara logiknya, arak juga merupakan salah satu punca kepada berlakunya masalah jenayah yang semakin meningkat saban hari. Jika kita dapat membenteras peminum arak dikalangan umat ISLAM khususnya, insyaALLAH kita akan dapat menurunkan statistik jenayah di negara kita yang tercinta.
Moga ALLAH membantu hamba-hambanya mendaulahkan ISLAM dibumi yang Fana ini.
khai. M
duit masuk melimpah-limpahrahsia menjana duit daripada rumah
Kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Aku uploadkan untuk korang senarai nama bagi penyelia universiti. Boleh lah korang download dari sini. Selamat membaca.
Aku jarang sekali ingin berkongsi business yang aku jalankan bersama rakan-rakan. Tapi kali ini aku mahu mengajak rakan-rakan sekalin yang asyik 'merempat' depan internet untuk mencuba program business yang amat mudah dijanlankan.
Business ini hanya dijalankan secara internet sahaja. Kuasa internet yang selama ini kita pakai untuk FB, blog san sebagainya kita tukar menjadi slah satu part yang menguntungkan kita.
Kalau rakan-rakan mahu mencuba kuasa program business ini daftar sahaja di sini dan di sana.
khai. M
duit masuk melimpah-limpahrahsia menjana duit daripada rumah