Thursday, December 31, 2009

Dua Kosong Kosong Sembilan ke Dua Kosong Satu Kosong

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 2.07 pm 31 Disember 2009 / 14 Muharram 1431H
Assalamualaikum w.b.t Uish..tamat sudah tahun dua kosong kosong sembilan. Pelbagai rintangan telah ku dan dan rakan-rakan lalui sepanjang tahun ini. Tentu sekali kamu semua begitu juga. Tidak perlu aku mencoret satu persatu semua kejadian yang berlaku bermula 1 Januari 2009 sehingga 31 December 2009 namun satu sahaja perkara yang paling aku sedih. Aku sudah tamat pengajian. Kini aku bukan lagi seorang PELAJAR. Walau pun kini aku masih belajar, namun ini semuanya adalah kursus untuk bekerja semata. Kini aku kehilangan rakan-rakan suka duka. Aku kehilangan gelak tawa mereka. Aku kehilangan gurau senda mereka. Aku kehilangan tempat untuk mengadu domba. Aku kehilangan tempat untuk menyindir dan bergaduh bersama. Aku kehilangan tempat buat kerja gila-gila. Aku rindukan mereka. Azliya Abd. Rahman (Yaya), Norhafiza Hamidon (Pja), Mohamad Fariz Ahmad (Shaari AF) dan rakan-rakan K03. Kini masing-masing mengambil haluan mereka. Kapal yang aku tumpangi bersama mereka kini berlabuh untuk selamanya. Maka kami mengambil bot masing-masing untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Terima kasih kawan-kawan semua. Moga kita dapat bersama lagi di lain masa. Tahun 2010 menjelang tiba. Adakah aku bersedia menghadapinya. Kamu, kamu dan kamu bagaimana?Angka umur aku meningkat daripada empat kepada lima. Apakah sebenarnya kesan sampingan yang ada. Walaupun tiada mereka aku akan kuatkan semangat untuk terus berjaya. Aku kini berada disamping famili tercinta. Mereka kini ransangan aku untuk meningkat kejayaan di hari muka. Aku bersyukur masih ada mereka. Baiklah. aku berhenti di sini sahaja. Kelas sudah malu bermula. Untuk tahun baharu ini, aku sarankan kepada kamu dan kamu-kamu semua untuk tanamkan azam untuk meningkatkan amal ibadah kepada ALLAH yang maha ESA. Selain tidak meninggalkan kehidupan di dunia. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
SELAMAT TINGGAL DUA KOSONG KOSONG SEMBILAN SELAMAT DATANG DUA KOSONG SATU KOSONG
khai. M

Tuesday, December 29, 2009

Happy Birthday BEST

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 12.46 pm 29 Disember 2009 / 12 Muharram 1431H
Assalamualaikum w.b.t BEST singkatan bagi Berjaya Strategi Enterprise telah berjaya menjalankan operasinya selama lebih kurang 1 tahun yang lepas. Alhamdullilah. Itulah pujian yang termampu untuk aku ucapkan kepada yang Maha ESA. Pelbagai rintangan dan dugaan aku dan rakan-rakan lalui untuk menjadi seorang usahawan. Bermula dengan KAKS di Hotel Sri Malaysia Genting Highlands tercetusnya idea gila-gila dari Pjan, Iman & Hare. Maka aku, Atiq dan Pja tercebur juga dengan hal ini. Maka panjanglah perjalanan untuk setup sebuah kedai printing yang lengkap. Memakan masa hampir 3 bulan. Aku dan yang lain-lain bergerak hampir satu Malaysia untuk server apa yang patut. Buat pinjaman sana-sini. Mohon nasihat dari si dia dan si dia. Akhirnya faham lah bagaimana untuk menjadi seorang usahawan. Tapi modal masih belum ada. Kedai sudah dapat. Bagaimana. Takdir ALLAH memurahkan rezeki aku dan rakan-rakan. Aku berjumpa dengan junior yang juga meminati busines. Syukur rezeki beliau lebih. Maka beliau dahulukan apa-apa yang patut untuk memulakan kedai tersebut. Kalau mahu cerita memang panjang sangat. Letih pula mahu menaip. Aku sekadar mahu merakakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang sama-sama bersusah payah untuk bersama aku selama ini. 1) Mohd Faizan bin Jamaluddin 2) Muhammad Daniel bin Mazelan 3) Nor Hafiza bt Hamidon 4) Ahmad Atiqurrahman bin Hasan 5) Noriman Hamizan bin Hamdan Tidak lupa untuk staf JHEPA 1) En. Reduan Yusoff 2) Pn. Kamalia 3) Dekan JHEPA Mereka sangat banyak membantu dalam menjayakan rancangan perniagaan ini. Untuk famili yang banyak memberi dorongan, aku ucapkan beribu terima kasih. Doa kalian sangat bermakna. Akhirnya, Selamat Hari Lahir Pertama untuk Berjaya Strategi Enterprise pada 31 December 2009. Seoga hayatmu panjang melebihi usia kami semua. khai. M

Saturday, December 26, 2009

Edisi Kahwin

Bilik No 4. Teratak Hj. Harun 8.01 am 26 Dicember 2009 / 09 Muharam 1431 H
Assalamualaikum w.b.t Edisi kahwin. Kepada rakan-rakan yang telah dan bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti perseklahan kali ini aku ucapkan tahniah. Aku doakan SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT. Mana yang sempat aku pergi, mana yang jauh aku terpaksa tengok masa dan keadaan. Itu sahaja.
khai. M

Thursday, December 17, 2009

Tahun Baharu

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 12.39 pm 17 Disember 2009 / 30 Zulhijjah 1430H Assalamualaikum w.b.t
Alhamdullilah, kursus aku telah berjalan selama satu bulan setengah. Tiggal lebih kurang empat bulan sahaja lagi kursus ini akan berakhir. Aku memang rindu untuk menulis di laman aku ini. Namun apakan daya masa yang terhad dan servis internet yang memang 'haram' menyebabkan hasrat terbantut untuk beberapa kali. Bulan Islam sudah smpai ke penghujungnya. Jika mengikut tahun Islam, umur aku akan menjengah angka dua enam pada petang ini. Namun bagi aku itu semua hanya nombor. Sebanyak mana nombor yang ada jika hubungan kita dengan Maha Pencipta tidak sekuat mana. Menjenguk tahun baharu ini seperti biasa pertamanya kita perlu meningkatkan amal ibadat kepada Maha Pencipta. Amal ibadat bukan hanya perlu duduk di atas sejadah sahaja, setiap perkara yang kita lakukan juga dikira ibadah dengan berpandukan niat yang betul. Seterusnya, meningkatkan prestasi diri dalam apa jua bidang yang sedang kita jalankan. Petang ini jangan lupa sama-sama kita ke masjid dan surau untuk berdoa akhir dan awal tahun. Semoga doa yang kita mohon daripada Maha Pencipta ini dimakbulkan. Akhirnya, selamat tahun baharu 1431 H buat semua ahli keluarga, akan-rakan, sahabat-sahabat, pensyarah dan semua yang mengenali aku. Aku mohon maaf daripada kalian semua untuk dosa-dosa aku tahun-tahun sebelumnya. khai. M

Friday, November 27, 2009

ALLAHUKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Bilik No 4. Teratak Hj. Harun 10.40 pm 27 November 2009 / 10 Zulhijjah 1430H Assalamualaikum w.b.t ALLAHUKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Salam Eidul Adha untuk semua. Alhamdullilah kita masih dipanjang umur untuk merasa nikmat kehidupan dunia yang fana ini. Umur yang di pinjamkan ini seharusnya kita isi dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan pelbagai faedah untuk kita tuai di kemudian hari. Macam ustaz mahu beri ceramah pulak. Tidak la. Aku sekadar ingat mengingati antara kita sahaja. Sesudah usia sejauh ini, nikmat hari raya sebenarnya tidak terasa. Sekadar pergi menunaikan solat sunat di waktu pagi dan menziarahi kubur arwah bonda. Selepas itu pulang ke rumah melayan karenah stesyen TV ataupun melayan nafsu mata. Itulah keadaanya baik Eidul Adha mahu pun Eidul Fitri. Kenapakah agaknya budaya ini yang semakin menular pada masa kini. Ia seolah-olah penyakit berjangkit yang terkena pada semua rakyatnya. Kenapa? Kerana aku rasa perkara tersebut bukan hanya terjadi ke atas aku, namun juga ke atas mereka yang lainya. Kan..kan..kan.. Renung-renungkan.
khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...