Wednesday, May 16, 2012

Source Inspection



Assalamualaikum.

Penat beb. Itu je nak cakap. Hari ni aku ke Singapore atau tepat lagi ke 29, First Lok Yang Road untuk buat source inspection. Nak kata FAT tak sangat la. Tapi penting juga sebab material pipe ni is Duplex 22% Cr SS.

Aku just nak sharing perasaan jadi client ni. Dulu masa keje di MV atau TW jadi vendor kan. Bila jadi client, aku pun praktikan macam yang aku kena time jadi vendor dulu la. Bukan niat nak balas dendam. Kalau balas dendam itu namanya, sapi buat salah lembu dapat nama (eh ada kaitan ke?).

Thanks juga pada syibah, sebab share apa yang client selalu minta kan. Tapi sebenarnya Mill Cert., procedure n bla bla bla tu memang perlu vendor provide pun kan. Yang aku tak leh bla ckit sebab vendor ni macam tak baca pula MPDS yang dah stated dalam PO tu.

Adeh. Sakit beb. First time kena buat decision yang besooor. Memang terasa la bahu memikul tanggungjwab nanti. Yang lagi sedih, hp aku pulak x roaming. So boleh emergency call je. Wak betul kan. Tak kan aku nak call abang-abang polis and doktor-doktor pasal benda alah dalam MPS ni kan. 

Yang penting, aku memang betul-betul dapat experience hari ni. Thanks to my lead yang allowed me to witness (je ke) pipe tadi.

Orait. Jangan lupa. Kalau nak simpan emas call atau email me khair.harun@gmail.com.


Tuesday, May 15, 2012

Simpanan Solid




Assalamualaikum.

Kawan-kawan tahu tak simpanan emas tu berbaloi-baloi. Ha, tak tahu? 

Mari aku tunjukan sikit contoh la. Sekarang RM1.00 dapat beli 3 biji karipap (yum yum..sedap). Tapi 5 tahun lagi, dengan nilai RM1.00 dapat tak beli 3 biji karipap? Fikir-fikirkan. Tu maknanya. Duit kertas kita sudah susut nilai.

Tapi laen dengan emas. dalam 5 thn lagi, harga emas tetap meningkat. Maknanya sape yg simpan emas daripada sekarang memang berbaloi. Bukan setakat boleh maintain beli 3 biji karipap. Tapi dapat makan nasi lemak lagi.

Tu je nak story. Kalu tak faham juga, apalagi ringan-ringankan kakitangan untuk email aku: khair.harun@gmail.com

emas emas emas.

Wednesday, May 2, 2012

Tak BERSIH SangaT



Assalamualaikum w.b.t

Jarang aku rajin dalam waktu begini. Sebab tak nak tertidur dan terlepas fardhu Maghrib, kena la buat rajin macam ni. 

Sejak 28 April hingga la, status kawan-kawan aku di FB ramai berkisar pasal BERSIH. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang.

Walau apa pun, roh BERSIH itu sebenarnya bersih. Kenapa? 
Sebab tuntutan yang di buat oleh gabungan NGO ni sebenarnya adalah bagi membersihkan sistem Pilihanraya yang sedia ada.

Sistem yang ada sekarang kotor?

Bagi pandangan aku YA, kotor. Lihat sahaja pendedahan - pendedahan yang di lakukan.
1-  Ada yang dah meninggal pun masih ada dalam senarai pemilih.
2. Yang 1 rumah ada sampai 12 orang pengundi. Logik ke.?
3. Pertukaran tempat mengundi sesuka hati. Boleh ke?
4. etc.

Jadi la kan, lanjutan daripada benda alah di atas tu, terkeluarlah gabungan NGO ni membentuk BERSIH. Apa tuntutan BERSIH?

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Ni je yang BERSIH mintak. Salah ke? Bangun beb..bangun.


 

Tuesday, May 1, 2012

Ilmuan Islam: IBN Khaldun

Assalamualaikum w.b.t

Untuk kisah Ilmuan Islam kali ini, aku bawakan kalian seorang pakar ekonomi Islam iaitu Ibnu Khaldun. Banyak teori-teori ekonomi yang telah di keluarkan oleh beliau dan di gunakan di negara-negara barat. Walaubagaimanapun, masyarakat Islam sendiri kurang mengkajinya. Sumbangan pemikiran Ibnu Khaldun dalam ekonomi banyak di muatkan dalam karyanya, Al-Muqaddimah. Teori ekonomi yang terdapat dalam karya ini masih lagi releven dengan ekonomi semasa.
 
Nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti 
a)keadilan (al adl), 
b)hardworking, 
c)kerjasama (cooperation), 
d)kesederhanaan (moderation), dan 
e)fairness.

Berhubung dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.

Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul.

Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

Manusia dan Ekonomi

Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.

Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Teori Pengeluaran

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.

Teori Nilai, Wang dan Harga

Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.

"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.

Teori Pengagihan

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu.

Harapnya perkongsian ini akan membolehkan kita semua lebih mengenali tokoh-tokoh ilmuan Islam dan kepakarannya.



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...