Saturday, January 29, 2011

NAK JADI KAYA

My Laptop @ TSMSA
1728
26 Safar 1432 H / 29 January 2011



Assalamualaikum w.b.t

Untuk jadi kaya, kita kena bergaul dengan orang kaya. Eh betul ke statement ni. 

Then, kalau bergaul dengan orang yang kurang kaya, kita akan jadi kurang kaya juga ke.

Tak tepat la statement ni. Tak boleh pakai. 

Nak kaya & berjaya kita wajib berusaha. Tak kira la sesiapa yang kita bergaul. Kita ambil la salah seorang yang berjaya untuk fijadikan contoh.


khai. M

Valve 2

My Laptop @ TSMSA
0240
25 Safar 1432 H / 28 January 2011



Assalamualaikum w.b.t

Today we cont. with material selection.

The important part to manufacture the valve is material selection.

Normally customer requested based on their fluid service & resistance of corrosion.. As normal practice, all manufacture of valve followed guideline from API & ASME..

Apa yang aku boleh ringkas secara general, material devided by four.

1. Carbon Steel
2. Stainless Steel
3. Duplex Stainless Steel
4. Super Duplex Stainless Steel.

Itu sahaja buat masa ini.


khai. M


Wednesday, January 26, 2011

Atas Nama Cinta: Adakah Perlu Untuk Bersetubuh

My PC @ MV
1740
22 Safar 1432 H / 26 January 2011


Assalamualaikum w.b.t

Erm, macam tak da kerja pula aku. Sempat update laman ni.

Pandang belakang, oh bilik bos kosong. Mesti pergi meeting. Tak da tempat pula nak refer. Buat la kerja lain dulu.
Selalunya tak boleh nak update blog di office. Tapi hari ni semua boleh masuk. System tak block pun.

Aku nak bercerita tentang perkara halal tapi haram.

Kenapa halal, sebab memang itu salah satu tuntutan tapi dengan syarat setelah terlafaznya akad antara wali dan yang berkenaan. Rasanya dah faham apa yang aku maksudkan.

Kenapa pula haram, selagi belum ada lafaz antara wali dan yang berkenaan maka tidak sah untuk sesorang itu melakukan perkara tersebut. 

Bertunang belum membawa apa-apa makna kepada hubungan tersebut. Bukan menjadi lesen antara lelaki dan wanita tersebut melakukan perkara halal tapi haram (based on term & condition apply.hukum ISLAM la).

Inikan pula baru merisik. Perhubungan tersebut belum tentu akan sampai ke jinjang pelamin. Kenapa jauhnya hubungan tersebut sehingga seperti keadaannya bagai suami & isteri. 

Bersetubuh.

Aku malas nak tutup dan berselindung. Islam mana yang mereka anuti sehingga setakat hubungannya merisik sudah sampai ke tahap bersetubuh. 

ALLAH berfirman, 

"DAN JANGANLAH KAMU DEKATI ZINA, SESUNGGUHNYA ZINA ITU SATU PERBUATAN YANG KEJI & JALAN YANG BURUK" (Al-Isra':32)

Rasulallah bersabda:

"JANGANLAH SALAH SEORANG DARIPADA KALIAN BERDUA-DUAN DENGAN WANITA, KERAN SYAITAN MENJADI YANG KETIGANYA"

Alasan cinta belum mampu untuk merobohkan hukum yang Allah telah gariskan. Memang tidak ada sebarang alasan selagi belum lafaz pernikahan di lafazkan. 

Namun malang, mereka terjebak. Kenapa. Aku tiada jawapan yan tepat. Mungkin hidup mereka tidak diuruskan oleh ISLAM. Mereka hanya mengambil beberpa part sahaja dalam ISLAM untuk diamalkan. Itu pun kalau ada. Kalau dibuangnya jauh-juah ISLAM itu daripada hidup mereka. Maka gelap lah masa depan mereka. ALLAUAKBAR.

Sohaimi Meor Hassan, Altimet & Ana Rafali pun dah mendendangkan nasihat dalam lagu mereka, Kalau Berpacaran. mungkin hidup mereka terlalu moden dan kebaratan, lagu dalam Bahasa Melayu sudah mereka tidak faham. Kesian.

Nanti aku sambung lagi kalau rajin. Tapi aku benci!!!


khai.M

Saturday, January 8, 2011

08012011

PC @ BEST KK2
2053
Safar 1432 H / 8 January 2011



Assalamualaikum w.b.t

Oh, rupanya sudah 8 hari tahun 2011 berganjak. Pantas. 

Hidup masih sama. Bernafas. Alhamdullilah. Namun aku masih begini. kerja tidur kerja tidur. Boring. Memang boring. Tapi apakan daya kitaran hidup hampir tamat. Aku rasa semua orang hampir sama.

Akhir keceriaan hidup tamat ketika tamatnya pengajian. Hidup bekerja tidak sehebat dan seceria hidup pelajar. Kalau dulu aku tak merasa beban itu dan ini. Namun dalam hanya tujuh bulan bekerja, aku telah merasainya. Tambahan pula hidup di bandar metripolitan Shah Alam. 

Masakan tidak, kini segala infalasi yang melanda negara, aku juga merasa, kenaikan harga barang, aku juga terkena, kenaikan harga petrol, aku juga yang membayarnya. Maka beban ini menyebabkan aku mula tersa terbeban. 

Bohong kepada engkau-engkau yang kata tidak rasa apa3. 

Namun itu semua hal dunia. Nak tahu kenapa. Sebab semua benda itu tak dibawa ke alam yang satu lagi. 

Ibadah aku masih sama. Hanya solat lima waktu yang sempurna. Mana sunat-sunatnya. Pelengkap kepada ibadah wajib sedia ada. 

Terima kasih kepada kakak ku yang sering mengingati aku tentang ibadah. Juga kepada dia yang sering juga mengajak ku untuk menambah ibadah-ibadah sunat.
2011 moga semuanya berjalan lancar. Ameen.


~khai.M~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...