Assalamualaikum w.b.t
Edisi Ilmu.
Sebab aku kerja di kilang buat Valve. Jadi aku kongsi lah berkaitan valve disini.
Valve merupakan satu alat (device) yang biasa digunakan untuk mengawal berkenaan pergerakan seperti pengaliran minyak, gas, air dan sebagainya. Valve di dalam BM dipanggil Injap (mcm xsedapkan).
Valve penting dalam industri pada hari ini. Kebanyakan indsutri menggunakan valve terutamanya dalam industri oil & gas. Valve akan mengawal pergerakan aliran bendalir di dala paip yang disambungkan.
Valve terbahagi kepada banyak jenis. Antaranya:
Ball Valve
Gate Valve
Butterfly Valve
Globe Valve
Check Valve
Floating Valve
Emergency Shut Down Valve
dan lain-lain.
Cukup setakat ini sahaja dahulu. Sukar untuk aku menaip dalam BM benda alah ni semua. Sebab ada term-term yang tak sesuai. Aku sambung lagi nanti. Adios.
~khai.M~
Wednesday, November 24, 2010
Valve 1
18 Zulhijjah 1431H/24 November 2010
2248
My Room @ TSM SS25
____________________________________________________________________
Tag:
Academition,
MIR,
MV,
Tips Sikit
Monday, November 22, 2010
R
16 Zulhijjah 1431H/22 November 2010
2300
My Room @ TSM SS25
____________________________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t
Bila dah kerja, politik kerja pun bermula. Kalau kita buat tak tahu tak boleh. Nak ambil tahu rasa meluat.
Al-kisah la, ada sorang pakcik ni. Aku namakan R. Ciri-ciri beliau:
Nama : R
Jawatan : Kuli Je
Department : Bukan Engineering
Tugas Hakiki : Mengampu semua Boss
Ciri-ciri Istimewa : Banyak Songeh & Suka cari pasal.
Pengajaran:
1. Inilah sifat Melayu, mengampu no 1. Apa yang dia dapat pun aku tak tahu. Bila la Melayu nak berubah.
2. Kalau mengampu nak naikn diri sendiri tak pa la. Ini semua orang dia nak salahkan. Dia sorang ja cerdik dan pandai buat kerja. Tapi setiap soalan yang dia tanya aku, ada dalam data sheet. Itulah mengampu pandai, baca malas. Alahai pakcik.
3. Jangan lah nak tunjuk alim time nak mengampu tu. Tak da maknanya kalau nak sebut2 nama ALLAH sambil ampu-ampu. Tak berkat juga.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya sendiri.
p/s: kalau ada yang baca dan terasa, jangan ambil hati. Ini wa punya laman peribadi. So ikut suka la nak taip apa-apa.
-khai. M-
Tag:
MV,
Ntah Apa-Apa,
Shah Alam
Sunday, November 7, 2010
Ego Lelaki
1 ZulHijjah 1431 H/10 November 2010
0813
My Room @ TSM SS25
Assalamualaikum w.b.t
Hello brother. Lu fikir sikit pasal maruah famili orang lain. Lu jangan fikir lu punya ego ja. Lu ingat lu buat onar macam tu, lu puas hati. Lu ingat lu buat macam tu lu dapat apa?
Lu orang ni lain kali fikir pakai KEPALA OTAK. Jangan fikir pakai KEPALA LUTUT atau lain-lain kepala yang tak patut lu orang guna.
Kata business man, perkara kecil macam molekul-molekul yang tak nampak pun lu orang tak boleh selesaikan? HAMPEH. Gua kecewa sama lu orang. No MORE RESPECT gua pada lu dua orang.
Lu fikir la, lu belajar agama. Dua dua ada background agama, IMAN yang lu ada, lu letak mana. Sebab lu simpan bawah kereta ke bawah karpet di rumah lu orang?
Lu orang bikin gua pulak jadi panas. Nasib sebab benda ni dunia punya hal. Lu jangan ingat lu orang punya EGO ja. Gua dan gua punya famili pun ada maruah k.
Pesanan dari aku. Lu orang ingat la, benda ni semua kecil punya hal, dunia punya cerita. Lu setel elok-elok la. Perangai lu orang ni macam budak-budak kecik sekolah rendah. Balik la semula pasa basic kehidupan. Aku tujuan untuk buat business. Apa tujuan kita bekerluarga. Kalau cari harta dunia sampai macam ni sampai bila-bila rezeki tak datang.
Walaupun lu orang 'ustaz', aku nak juga pesan dengan ayat-ayat berikut:
Firman ALLAH:
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan inagatlah, ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" - Ali Imran: 134
Firman ALLAH:
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa ALLAH mengampuni mu? - An Nur: 21
Firman ALLAH:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menajadi fasik, maka) amat buruklah sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah dia beriman dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim" - Al Hujarat: 11
-khai. M-
Subscribe to:
Posts (Atom)