Wednesday, August 19, 2015

Wood Group Mustang

Asslamualaikum...

Yoo...last post still keje kat MMHE rupenye. Rezeki time tu kat sana masih. Now dah keje kat Kumpulan Perkayuan Mustang. 

Post ni aku nak wish thanks to my friends yang bekerjasama ngan aku kat MMHE untuk buat Tapis R. Lagi2 sifu piping, Dzul Azlan a.k.a CEO of Dzul Engineering Sdn. Bhd. Kalu nak order material or buat service boleh la refer beliau. Memang power.

Now kat WGM aku masih buat Tapis. Tapi now buat Tapis B. Tak jauh pun dari Tapis R. Tapis B ni usia platform dah 30 tahun. OMG. Lama kan. Kalu korang duk ats platform ni, confirm la ade rasa yakin x yakin je untuk beberapa ketika. Tapi kalu dah biasa, no hal. Dah boleh turun naek daripada Upper deck to cellar deck.

Tapis B sebesar Tapis R (size x tahu kena tanya strucutre) sebab wellhead platfrom compare ngan Tapis Tapis is CPP. Tapis B di hubungkan dengan Tapis R melalui Tapis Q. Kami panggil Jambatan Kasi Sayang. 

Dulu kat Tapis R project Greenfield, now Tapis B project Brownfield. Buat brownfield ni nak cakap pun payah. Payah ckit la drp greenfield. Nak kena fokus dan study MFD lama skit. Lagi2 ade pulak macam2 phase. Pre-phase, phase 1.6, phase 1.8, phase 1, phase 2, phase 3. Setiap phase ade dua MFD, removal (R) and modification (M). Berkecamuk. Tapi alah bisa tegal biasa. Now, aku pun dah faham dan yang paling penting aku boleh dah terang kat designer2 aku perjalan Tapis B ni.

Team kat cni pun not bad. Ade 1 sr. eng piping (siddiq), 2 eng piping (min ngan aku), 1 lead designer (balan), 2 PDMS admin (dahari n syam) 4 sr. designer (rizal, nazri, mazdi, joyce), 10 designer (mar, anwar, emir, amir, fad, arif, helmy, hafiz, din n nizam). Sume nye boleh dan senang untuk discuss and bekerja. Tq sume. 

Ok lah. Nanti rajin cite lagi. Saje lepaskan mood sebab ponin den tengok MTO pipe support ni. Lepas ni kena sambung sampai siap MTO tu. 

Cheers..


Saturday, February 28, 2015

FDDE

Assalamualaikum n salam sabtu

Awal bangun weekend ni. Memang patut pun, sebab tidur selepas subuh ni memang dilarang oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

5 sebab tidur selepas Subuh mesti dielakkan:
1 ~ Bukan amalan para ulama dan orang soleh
2 ~ Terlepas menghirup udara segar
3 ~ Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut
4 ~ Pintu rezeki menjadi sempit
5 ~ Mendatangkan beberapa jenis penyakit pada badan

Jika terlalu mengantuk, tidur di luar waktu Subuh iaitu apabila matahari sudah terbit ketika masuknya waktu Dhuha.
Kredit - Dr Farhan Hadi Mohd Taib dalam majalah Gen-Q isu 20


FDDE? Apa ke bende tu. Aku sendir pun masih tercari2, kat mana singkatan ni mereka ambil. Kalu korang nak tahu full nama FDDE - FEED & design verification. So cer korang try singkatkan. Kalu aku singkat kan jadi FDDV. Hahahaha. Tak kisahlah asal mereka2 yang bagi nama tu gumbira.

Anayway, aku kan ada janji nak citer skit pasal FDDE ni. FYI, aku dah transfer to FDDE department ni since Oct 14. After aku complete kn Tapis R construction. FDDE ni office kat Level 31, Menara Daya Bumi Pasir Gudang Kuala Lumpur. Now dah kembali jadi orang kay ell.

Roll aku kat FDDE dah ubah. Previously Piping je, now dah buat mechanical juga. Nampak gempak kan. Tapi bertambah sakit kepala ada la. Cuma Alhamdullilah, experience makin bertambah tapi dari sudut kewangan je yang belum bertambah. 

Mula2 memang boring gak sebab project tak banyak. Lagi pun keje kat office sebab ala2 macam consultant kan. Verify drawing2 and document from consultant house. Aku pulak jenis yang tak boleh duduk setempat. Tapi bila dah 4 bulan, dah rasa happy sebab banyak kerja. Bila banyak kerja, banyak interface so banyak la movement yang ade. Lagi2 aku Engineering coodinator untuk FSO MaMPU. 

Team aku mechanical ada 3 orang, Sr. Eng. Bro RO, Aku,  sorang Jr. Eng. Kham. Lain2 ade la structure, piping, electrical, instrument, telecom, safety, process safety.

Ok la. Tu je nak bagi tahu. Sebelum tu..kalu sape2 baca2 entry ni..jgn pm aku tanya pasal vacancy..sebab mmg xde vacancy team FDDE ni..full house..hokey...

Selamat hujung mingguuuuuuu....

Sunday, February 1, 2015

Ramai Yang Lari

Hi geng...dalam masa2 free ni...gatal pulak aku nak coret2 kat wall aku ni.

Lari?

Mesti 1st interpretation korang pasal lari kerja kan?

Hahaha..bukan lah. Maksud aku lari daripada menjadi penulis tegar kat wall blog masing2. Time mula aku buat blog, aku antara orang terakhir buat. Tak pandai sangat nak ber sosial di blog kan.

Tapi now kawan2 yang buat blog lagi awal daripada aku pun dah tak menulis.

Mana tidak nye, aku tengok last mereka tulias 'last 3 yrs'..lama tu kan.

Sebabnye now apa2 pun mereka taip kat wall FB masing2 je. Malas kot nak log in account ni n taip panjang2.

Orite..chow dulu..

khai.M

Saturday, January 31, 2015

Selepas Setahun....AWAK DI MANA?



Assalamualaikum geng ....

Last date aku tulis kat wall ni setahun yg lepas. Tu pun sebab nak bg tahu yg aku dah 2 tahun d PG and MMHE. Bagi aku dh lama tu sebab 1st company yg aku dapat bertahan selama tu.

Now aku nak bagi tahu aku masih lagi di MMHE...#whattheH kan...

Tak sangka esok genap 3 tahun aku di MMHE. Cuma aku tak lagi di PG, tapi dah transfer ke Feed and Design Verification, Menara Daya Bumi KL. 

Nape boleh stay lama ek? Sebabnya, for the 1st 2 yrs aku sangat2 happy and satisfied dgn keje2 aku di MMHE. Aku boleh buat my own decision w/o any objection from boss. Boleh plan my work and bla bla. Tp yg penting sebab kawan2 yg sekepala. Tu lagi menyenangkan hidup gua.

Oppsss..satu lagi kalu korang nak tahu, kat yard aku focus on piping je, sebab piping engineer kan. Now aku dah terjerumus ke lembah Mechanical pulak, So jadi lah mechanical/piping engineer. Merangkak aku nak kejar apa benda la mechanical ni kan. Banyak package mechanical nak kena handle. Mudah lagi piping sebenarnya. 

Apa2 pun, selama aku di MMHE ni, aku dh ade experience onshore and offshore. Baru lah betul rasa OnG. 

Ade vacancy tak? Kalu ade roger2 aku k. Hahahaha.

Lepas ni plan nak story psl new department aku plk la. Adiosssss.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...