Tuesday, July 21, 2009

Farewell Ahmad Shah Reza

Lama aku tidak mengupdate. Penangan kulit buku atau FB menyebabkan kemalasan datang menimpa ke tahap langit ke tujuh. Tapi bagi menghargai rakan sekerja aku di PLC International. Beliau merupakan seorang engineer di sini dan akan memulakan tugas baharu beliau di Kuantan. Semoga berjaya dalam lapangan yang diceburi shah.

Aku upload gambar disini

khai. M

Wednesday, July 15, 2009

Aku Jadi Pemain Bowling Pulak

Staff & Famili PLC Group
Naib Johan ja team aku(Azfar, Een, Pn Mala (admin), khai. M & Zul)
Een, khairul amal & khiril amal (adik kembar een yg knn2 penyegan)
Mr Rizal(my SV), Azhar & Mr Reduan
Bro Hosni(SV Een) and his wife, Kak Jamaliah
Gumbira sebab asyik spare ja (een x spare plk)
Team Aku
Kecoh Kejap
Akhirnya tercapai juga hasrat kami untuk mengadakan PLC Group Bowling Tournament. Perjalanan untuk meng'handle' program ini berjalan dengan lancar sekali. Aku uploadkan beberapa gambar yang sempat di ambil ketika pertandingan berlangsung. Lihat-lihat la. Paling gembira bila team aku dapat naib johan. Alhamdullilah. Tak sia-sia aku pergi berlatih malam-malam di flamingo. Terima kasih kepada semua committiee dan kepada staff yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. p/s: cantik baju PLC Group yang aku design (masuk bakul angkat sendiri) khai. M

Saturday, July 11, 2009

Bowling & Badminton, Tiba-Tiba.....

Bowling Alhamdullilah. Sudah 8 minggu aku hidup di KL as practical student. Kerja-kerja sudah dapat aku adsorb and absorb. Sabtu kembali lagi. Ingatkan mahu pulang Kuantan. Tapi hari ini ada bowling tournament manage by company. Aku as committee members yang bertungkus lumus menyiapkan pertandingan pertama anjuran PLC Group. Tournament ini akan diadakan di Ampang Super Bowls di Pandan Lake (bukan Ampang Point). Setelah undian yang aku sendiri jalankan, aku ialah click ke 7 bersama Een(dak yg ngada2 xnk click dgn aku sbb aku xpandai maen.hehe.padan muka sbb dpt click dgn aku jg, tapi aku dah kalahkan boolat, xpandai ka aku?), Zul (accountant & admin xcutive) and Azfar (anak boss besor). Maka berjuang lah aku hari bermula jam 3 petang nanti. Jumpa anda disana. Badminton Setiap selasa malam rabu jangan kacau aku. Peumpamaanya macam orang dah beristeri, malam jumaat jangan kacau. Tapi aku bukan sebab sudah beristeri, tapi malam tersebut perlawanan badminton. Sampai sudah tahap gian. Memang tiap-tiap minggu kena wajib main badminton. Sepanjang aku bermain ini, pasangan yang serasi untuk beregu is Bro Hosni (SV Een) and En Rizal (SV aku la). Tempat bermain di KLRC. Peristima last week memang menyebabkan aku segan (bukan malu). I'm say sorry to bro Hosni. Tak perlu aku bercerita disini. Een sahaja yang tahu. Sebab aku bercerita dengan dia. Tapi si Een bukan selalu turun main badminton, sudah puas dipaksa baru nak turun. Tak mengapa alasan memang tepat, dia wanita dan rumahnya jauh. Tiba-Tiba.. Debat Sayu aku membaca entry Mas. Bukan apa banyak benar kenangan dalam debat. Kelab pertama yang aku join masa aku 1st year diploma dulu. Akhirnya kelab terakhir yang aku tinggalkan sebelum menamatkan degree. Maksudnya bermula dengan Kelab Orator berakhir pun dengan Kelab Orator. Tak nak aku bercerita panjang. Nanti mengarut pulak. InsyaALLAH, panjang umur next week kita akan berkumpul. khai. M

Thursday, July 9, 2009

Rangkuman Kes

1) Selamat kembali ke kampus kepada seluruh mahasiswa Malaysia. 2) Khas untuk mahasiswa baharu UMP, terimalah keadaan UMP seadanya kerana anda bernasib baik telah menjadi 'batch'ke tujuh yang berada di UMP dan keadaan persekitaran amatlah kondusif untuk belajar berbanding kami di 'batch' pertama dahulu. 3) Untuk MT CHEST, organise CHEST sebaik mungkin. Teruskan legasi CHEST sebagai sebuah persatuan yang kekal cemerlang, gemilang dan terbilang. Jika ada sebarang permasalahan dan ingin rujukan boleh email atau skype kepada aku. 4) Kepada adik-adik orator, teruskan usaha meningkatkan prestasi perdebatan UMP. Jangan kita mencari alasan kerana 1000 alasan yang hadir hanya menunjukan kelemahan diri kita sendiri. 5) Kepada rakan-rakan yang sedang LI, teruskan LI, tapi ingat, duit PTPTN itu gunakan sebaik mungkin. 6) Itu sahaja yang mampu aku coretkan setelah penat untuk menyiapkan assigment LI yang bertimbun. khai. M

Saturday, July 4, 2009

1971,1972, 1983, 1985 tikam nombor ke

24 ALLAH kurniakan kita dengan masa dua puluh empat jam sehari. Adakah cukup dengan masa tersebut untuk kita melakukan kerja-kerja seharian kita. Tentu ada yang kata tidak cukup. Ada yang cakap lebih sangat. Ada juga yang berkata, kalau kita pandai menguruskannya, tentu kita akan dapat memenuhi dengan aktiviti dan perkara yang berfaedah. Bagi pelajar, tentu sekali kata tidak cukup. Kononnya banyak sangat assigment yang diberikan oleh lecture dan sebagainya. Namun bagi aku itu semua alasan biasa bagi seorang student. Mungkin juga alasan tersebut pernah aku gunakan untuk menyelematkan diri. Aku sendiri pun tidak beberapa ingat. Kalau dalam TV, 24 merupakan sebuah drama Inggeris yang ditayang di stesen swasta. Kenapa tiba-tiba aku bercerita mengenai angka 24 ini. Tentu ada istimewanya. Entry kali ini memang istimewa. Entry ke 100 selama enam bulan laman ini dibuka sempena sambutan hari lahir aku yang 24. Alhamdullilah, bersyukur aku kepada ALLAh yang telah memanjangkan umur ehingga sejauh ini. Aku bersyukur atas pemberian yang telah diberikan. Kesihatan yang sempurna, keluarga yang berkasih-sayang, kawan-kawan yang bersama ketika susah dan senang, bakal orang rumah yang cantik akhlak dan berbudi bahasa, rezeki yang tidak pernah putus dan pelbagai lagi yang tidak aku dapat untuk coretkan sepanjang aku berumur 24 tahun ini. Bagi rakan-rakan yang bakal mengucapkan selamat hari lahir pada 6 Julai 2009 ini, aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengingati hari lahir aku walaupun kalian berada jauh di sisi. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk kakak aku.
1 Julai - Siti Khatijah Harun(Ctok-No 6) 5 Julai - Norashikin Harun(Along-No 1) 19 Julai - Samseema Harun(Kak Dah-No 2)
Terima kasih atas bantuan dan kasih sayang yang diberikan sejak aku kecil sehingga kini. Aku tujukan lagu ini khas untuk 3 kakak aku dan rakan-rakan yang menyambut hari lahir di bulan Julai.
Yang tulus ikhlas Ingin sekali sekala dirinya dibalas Walau hanya dengan dakapan di angin lalu Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima Cukup dengan salam dan manis doa Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta Dan leburkan saja serpihan calar derita Selamat ulang tahun sayang Kini kau bersayap, pergilah terbang Rentaslah langit cita cita mu Harap nanti kita 'kan bertemu Selamat ulang tahun sayang Janganlah engkau tak terbang pulang Ku nanti penuh kerinduan Selamat tinggal, selamat jalan Aku hanya inginkan engkau setia Kerana setia yang mencipta bahagiamu
SELAMAT ULANG TAHUN KE 24 KHAI MOGA ALLAH MERAHMATI DAN MURAHKAN REZEKI ANDA!!!
khai. M

Thursday, July 2, 2009

Leave for Trainee

Salam,

Please note that all trainees regardless from any university are given two (2) days leave for the whole period of their internship with us. This is the ruling set by all universities (including UTP, UMP, UTM, etc.). An official time off whereby no leave be deducted will only be approved if the university writes to us formally – like the case of Khairul.

Thanks,

Administrator

PLC International Sdn. Bhd.

khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...